Showing posts with label NoVeL Blog Saya. Show all posts
Showing posts with label NoVeL Blog Saya. Show all posts

Friday, 1 February 2013

::Kau yang TERINDAH::

Pagi Jumaat yang mendamaikan....
Bermulanya satu sejarah dalam hidup Zahra...

"Assalammualaikum... Boleh saya bercakap dengan Cik Zahra?" kedengaran suara lelaki di talian... 

"Waalaikumussalam... Ya, saya Zahra.."

"Saya Saiful, peguam dari Zulkifli & Co... Begini Cik Zahra... Saya peguam arwah En. Daniel bin Datuk Mustakim ingin menyampaikan wasiat arwah kepada Cik Zahra..... "

"Arwah Daniel?? Wasiat??? Apa maksud En.Saiful??" Astaghfirullah... Danny.... Ya Allah, apa sebenarnya yang berlaku.....

"Maaf, saya tak boleh nak beritahu apa-apa di telefon sekarang... Boleh saya tahu Cik Zahra ada di mana sekarang... Sebab saya dan keluarga arwah mahu menemui Cik Zahra berkenaan wasiat ini..." suara tegas peguam tersebut menyebabkan Zahra tersedar semula... Seakan tidak percaya akan kata-kata lelaki tersebut....

"Saya minta maaf En.Saiful... Saya tidak percaya..." Ucap Zahra tegas sambil mematikan talian.... 

Arwah Danny.... Betul ke apa yang aku dengar tadi... Hampir lima bulan sejak aku dan Danny putus... Aku tekad tidak mahu berjumpa dengan dia... Ahh.. Tak mungkin aku akan bagi peluang kepada dia setelah dia berlaku curang.. Di depan mata aku lagi.... Tapi sekarang Danny dah tak ada kat dunia ni... Susahnya aku nak percaya.... Air mata ni... Kenapa deras sangat mengalirnya... Danny, apa yang terjadi pada awak....


________________________________________________

Berpuluh panggilan dari nombor yang berlainan memang aku tidak layan.... Sehingga mesej dari seseorang yang aku kenal...

"Salam Zahra... Aku minta maaf banyak-banyak... Bukan aku sengaja, tetapi arwah Danny yang minta aku rahsiakan.... Danny dah takde Zahra... Dah sebulan arwah tinggalkan kita semua... Aku tahu kau mesti sedih dan marahkan aku sangat-sangat... Aku tahu kau ada kat Kuala Lumpur sekarang ni... Esok, aku ambil kau... Kita jumpa keluarga arwah untuk urusan wasiat.... Aku minta maaf Zahra..." 

Mesej dari Loqman aku biarkan tanpa balas... Sampai hati Loqman... Aisha?? Tidak mungkin Aisha tahu sebab Aisha yang beria sokong aku untuk tinggalkan Danny... Dan perasaan aku saat itu sangat sedih....   Airmata mengalir deras... Sedih kerana aku tidak berada di sisi Danny sehingga akhir hayatnya... Ya Allah... 


_________________________________________________

Dalam kereta Loqman, sepatah perkataan pun aku tidak keluarkan... Dan Loqman faham akan tingkah laku aku yang  marah sangat dengan dia....

Kereta Loqman berhenti di bangunan syarikat yang sememangnya aku kenal... Syarikat ibu Danny....

"Zahra, jom kita naik atas.. Datin Kamariah dan adik beradik arwah dah tunggu kau...."

Sebaik sahaja Loqman menghabiskan ayat dia, aku menangis tanpa henti.... 

"Sampai hati kau Man buat aku macam ni... Danny sakit apa?? Kenapa mesti berahsia sangat dengan aku... Astaghfirullah...Lima bulan Man aku cuba lupakan dia... Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa dia buat aku macam ni... Pastu, tiba-tiba kau cakap dia dah tak ada... Kau ingat aku ni takde hati dan perasaan??" Esakan aku makin kuat...

"Zahra... Danny ada barah otak... Selepas dia berjanji untuk datang rumah kau, dia baru dapat tahu berita dari hospital di London...  Danny buat 'operation' tetapi tak berjaya.... Kau ingat aku sengaja ke nak rahsiakan ini semua dari kau... Arwah berkeras suruh aku rahsiakan sebab arwah sangat sayangkan kau.... Adegan dia curang itu pun memang sengaja dia buat supaya kau tinggalkan dia..." Loqman membuka pintu kereta dan keluar meninggalkan aku menangis tanpa henti....

Setengah jam berlalu, dan esakan aku makin perlahan.... Loqman di luar kereta membiarkan aku dengan perasaan aku sendiri....

"Man, jom kita balik.... Aku tak boleh jumpa Datin... Lagipun aku memang tak layak untuk terima apa-apa daripada arwah..."

"Tak boleh Zahra... Aku dah janji dengan arwah untuk bawa kau datang masa wasiat itu dibacakan... Kau sabar eh.... Aku tahu kau kuat.... Kau pergi toilet, basuh muka kau tu... Buruk aku tengok kau menangis..."

______________________________________________________

Apabila wasiat dibacakan, aku sangat terkejut.... Arwah memberikan seluruh saham di syarikat ibunya untuk aku... Tidak termasuk sebuah rumah banglo, sebuah kereta, dan sejumlah wang bulanan yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank aku....

Dan sejurus wasiat dibacakan, aku dapat lihat muka keluarga arwah yang sangat terkejut dan tidak berpuas hati... Apa yang aku dapat lakukan hanya berdiam diri.... Dan semestinya bangkangan yang dibuat oleh adik lelaki arwah mengejutkan aku... Bayangkan aku seorang gadis biasa, yang tidak punyai apa-apa, tiba-tiba mendapat apa yang semua inginkan hanya sekelip mata.... Linangan air mata sahaja yang aku mampu keluarkan tika itu.. Ya Allah, aku sangat lemah... Ujian apa yang Kau berikan kepada aku saat ini...

"Cik Zahra, segala proses berkaitan wasiat ini termasuk penukaran nama akan bermula sebulan daripada sekarang... Saya harap Cik Zahra dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya... Memandangkan Cik Zahra merupakan pemegang saham kedua terbesar di syarikat ini selepas Datin Sharifah, Cik Zahra akan diberikan seorang 'PA' dan seorang 'driver' untuk kemudahan Cik Zahra... Dan untuk pengetahuan Cik Zahra, sekarang ini Cik Zahra adalah ahli lembaga pengarah bagi syarikat ini... Segala dokumen berkaitan akan diterangkan oleh PA Cik Zahra... Dan sebarang persoalan berkaitan wasiat, penamaan dan sebagainya, Cik Zahra boleh berurusan dengan saya....," ujar En.Zulkifili, peguam yang menguruskan segalanya.

__________________________________________________

Perjumpaan dengan Datin Sharifah menambahkan lagi kesedihan aku... Datin mengaku arwah sangat sayangkan aku... Arwah berubah menjadi seorang yang baik setelah mengenali aku... Dua tahun arwah sanggup menunggu aku habis belajar untuk meminang aku sehingga dia mendapat berita yang menyedihkan jiwanya... Dan sekarang arwah menyerahkan segala kepunyaannya kepada aku untuk menunjukkan kasih dan sayangnya....

Aku pasrah....Aku redha padaMu ya Allah... Engkau lebih menyayangi arwah... Tetapi aku perlu lakukan sesuatu supaya aku tidak menerima semua ini...

Dua hari aku berada di KL, aku bermalam di rumah Datin untuk menghadiri majlis kenduri arwah Danny... Dan kemudian sebelum aku pulang ke kampung, aku singgah ke kubur arwah Danny... Sayu aku melihat kuburnya...

"Danny, saya minta maaf sebab menuduh awak yang bukan-bukan... Saya minta maaf sebab tidak dapat terima pemberian awak ini... Saya harap awak dapat maafkan saya..." Air mata aku kembali deras mengalir...



____________________________________________________

Aku sudah buat keputusan... Selesai sahaja proses penamaan ini, aku akan menjual saham Danny, termasuk menjual rumah banglo dan kereta Danny... Kemudian, aku akan memberi hasil duit itu kepada mereka yang memerlukan.... Aku sudah pun melantik peguam yang aku percaya untuk menguruskan segalanya... Sekiranya keluarga aku mengetahui perkara ini, mereka pasti tidak setuju... Tetapi aku sesekali tidak ada hak ke atas harta Danny....

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk aku... Wasiat arwah Danny benar-benar menyebabkan aku runsing dan tidak dapat melelapkan mata... Aku paham akan hasrat arwah Danny tetapi aku benar-benar tidak layak untuk semua ini... "Maafkan saya Danny..."

Untuk arwah Danny, hanya doa sahaja aku dapat sampaikan... Setiap kali selepas solat malam, aku gagahkan diri untuk membaca Yassin untuk arwah... Pemergian Danny benar-benar mengejutkan aku... Aku yakin Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat diri aku... Namun, setakat ini sahaja kisah aku dan Danny... Aku perlu memberi peluang kepada kehidupan aku sekarang..... Semoga Danny ditempatkan di kalangan hambaMu yang Soleh.. Aminn ya Rabb....



Monday, 9 July 2012

::Peminat Yang Bukan Sekadar Minat::

"Zahra, dah siap ke?" tanya Aisha.

"Ok, siap.. Cepatnya Loqman sampai.. Ingatkan 10 minit tu, tambah lagi 10 minit....," ujar Zahra sambil tersengih..

===============================================================
Dalam kereta, kelihatan Loqman serius... Membuatkan Zahra dan Aisha tertanya-tanya..

"Kau ni Man, senyap je memanjang.. Bukan kitorang tau yang paksa kau belanja makan.. Kau yang nak sangat ajak kitorang temankan beli cincin untuk tunang kau... Kan Zahra....," usik Aisha menghangatkan suasana..

"Betul tu.. Aisha, agaknya Man tengah pikir berapa 'budget' untuk cincin.. Pastu nak belanja kita lagi, tu yang dia pening...," gelak Zahra..

"Haa.. Gelak.. Korang orang perempuan apa tahu... Tahu nak itu ini... Hantaran berbelas ribu, tunang nak cincin yang ada mata, majlis nak besar besaran... Tak tahu kami ni lelaki pening dengan belanja kahwin... Lainlah aku ni anak jutawan...," balas Loqman..

"Man, rilekslah... Mungkin si Aimi tu bergurau... Nak tengok kau ni berkira ke tak... Takkanlah dia nak susahkan kau.. Lagipun majlis kahwin ni kejap je... Yang penting selepas kahwin..," Zahra cuba memberi pendapat.

"Bergurau kau kata.... Ni dia tengah merajuk sebab aku nak beli cincin yang biasa-biasa je... Takpelah Zahra, aku tahu kau ni baik.. Untunglah siapa yang jadi suami kau..."

"Sebab tu aku suruh kau carikan Zahra ni ustaz.. Kat tempat keja kau kan ramai ustaz yang solo lagi... Betul tak Zahra?" Aisha menepuk bahu Zahra.

"Aisha, awak ni memang nak kena eh... Saya ni tak layak pun dengan ustaz.. Macam langit dengan bumi.. Cukuplah suami saya itu seorang yang taat kepada perintah Allah, boleh bimbing saya sampai ke syurga walaupun dia bukan ustaz.... Tapi kalau Man ada calon, saya tak menolak......," senyum Zahra sampai ke telinga..

"Yalah.. Nanti aku kenalkan kau dengan seseorang... Tapi Zahra, kau jangan memilih... Kata nak menikah tahun ni...," kata Loqman sambil mengangkat kening...

"Eh Man.. Mana aci main perli-perli... Tak salah kan kita memasang impian... Masa depan siapa yang tahu... Dahlah, malas cakap dengan kau," rajuk Zahra..

"Eleh, taknak cakap dengan aku.. Tapi bila cakap pasal jodoh, beria minta tolong aku carikan eh.. Dah, buruk bebenor aku tengok kau merajuk.. Malas aku nak pujuk.. Lainlah Aimi yang merajuk.... Hehe...," gelak Loqman...


"Please... Merajuk dan taknak cakap tu, dua 'terms' yang berbeza ok... Huh... Aku pun malas nak layan kau...," Zahra cuba pertahankan diri....


"Ha... Dah sampai pun...  Kita makan dulu eh, Cik Zahra... Aisha, kau gi pujuk kawan kau ni.. Takut aku tengok jelingan dia tu...  Kang ada yang tercekik masa makan nanti.. Hehe...," perli Loqman..

===============================================================
Di meja makan..

"Korang tunggu sini.. Aku nak order makanan... Khas untuk korang.. Zahra, kau mesti nak aiskrim coklat kan... Arini tak payah diet.. 'Abang' belanja...," ujar Loqman sambil tersengih..

"Abang?? Aisha, kawan kita sihat ke tidak ek? Gelinya dengar dia bahasakan diri abang," tanya Zahra seperti bergurau..

"Abang lain kot Zahra.. He.. Alamak, rasa nak pergi tandas pulak.. Awak tunggu sini ya Zahra..," balas Aisha.

"Okey.. ," lantas Zahra membelek 'handphone'nya sementara menunggu kawan-kawannya....


================================================================

"Assalammualaikum..."

Alamak.. Siapa pulak yang bagi salam kat kedai makan ni... Mentang-mentanglah aku duk sorang-sorang... Huh...

"Assalammualaikum Cik Fatimah Zahra.."

Zahra terpaku saat melihat wajah pemberi salam tersebut... Seorang yang sangat tidak disangka-sangka... Wajah yang sudah lama tidak ditatapnya... Wajah yang sering dielakkan untuk berjumpa hatta dalam mimpinya... Peristiwa tiga tahun dahulu menerjah kembali di minda dan di hatinya...

"Awak...," perkataan yang hanya terkeluar dari mulutnya... Nafasnya terasa amat berat...

"Ya saya.. Awak taknak jawab salam saya dulu ke?" sapa pemilik suara itu..

"Err.. Waalaikumussalam... Danny... Bila awak balik Malaysia? Kebetulan pulak kita berjumpa kat sini..," suara Zahra seperti jelas dan tidak.. Macam mana mamat ni boleh ada kat sini.. 

"Dah 2 minggu saya di Malaysia... Sebenarnya Cik Zahra, ini bukan kebetulan.. Saya minta tolong Loqman dan Aisha untuk berjumpa dengan awak.. Sebab saya tahu awak takkan setuju untuk jumpa dengan saya... Betul kan....," jelas Daniel sambil tersenyum..

Astaghfirullah... Loqman.. Aisha.. Kawan aku berdua ni memang nak kena.. Sampainya hati diorang... Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini...

"Tapi, kenapa awak nak jumpa saya?" Zahra cuba mencari jawapan..

"Assalammualaikum Bro... Dah lama sampai ke? Jemputlah duduk.. Sorilah.. Cik Zahra ni memang suka buat muka 'blur'... Lagi2 bila kena kejutan macam ni...  Kan Zahra...," usik Loqman..

Siap kau Loqman.. Kenakan aku eh... Geramnya.... Apa aku nak buat ni?? 

Tapi kenapa hati aku berdegup kencang? Perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ni... Mata dia.. Sangat mendamaikan..  Wajah dia sangat bersih... Sangat bercahaya.. Dia bukan Danny yang aku kenal dulu.. Betul ke dia dah berubah? Astaghfirullah.. Aku rasa nak balik je.. Tak dapat makan 'free' pun takpe... Malu sangat...

==============================================================

Satu jam berlalu... Sepatah suara pun aku tak keluarkan.. Loqman dan Aisha yang banyak menghangatkan suasana... Bertanya itu dan ini kepada Daniel... Dan aku hanya memasang telinga... Mendengar perkembangan kerjaya dan hidup Daniel.. Sangat merendah diri walaupun dia sudah mempunyai syarikat.. Anak orang kaya yang hidupnya seperti anak orang biasa.. Sama seperti rakan baik aku, Diyana... Tidak mahu menumpang kesenangan orang tua, dan sanggup memulakan perniagaan dengan modal sendiri...

"Zahra, awak jangan marah Loqman dan Aisha... Saya yang suruh mereka berjanji untuk merahsiakan perjumpaan ini...," kata-kata Daniel menghentikan lamunan Zahra..

"Marah? Takdelah... Buat apa nak marah... Lagipun saya bersyukur sangat sebab ada orang belanja makan..," balas Zahra tanpa melihat muka Daniel.. Serius, tak boleh tengok muka dia... 

Daniel,saya minta maaf..  Saya tak boleh tengok muka awak.. Sebab hati saya sedang bergetar yang amat... Saya rasa nak balik sekarang jugak...

================================================================

Selepas makan, solat, dan membeli cincin untuk pertunangan Loqman, mereka pun membawa haluan masing-masing... Tetapi kata-kata yang diucapkan Loqman kepada Zahra sebelum berpisah tadi membuatkan hati Zahra tidak tenang...

"Zahra, awak masih ingat hajat saya tiga tahun dulu? Sebelum saya ke London?" tanya Daniel...

"Hajat? Maksud awak?" Alamak Zahra.. Kenapa kau buat-buat tak tahu pulak ni...

"Cik Fatimah Zahra, sudi tak awak menjadi isteri saya? Menjadi ibu kepada anak-anak saya? Mendidik mereka menjadi zuriat yang soleh dan solehah? Bersama-sama saya berusaha ke SyurgaNYA?" Daniel melamar Zahra di hadapan Loqman dan Aisha...

Ya Allah.. Apa yang harus aku buat ni.. Tanpa ditahan lagi, airmata Zahra menitis satu persatu... Menggambarkan hatinya yang sangat syahdu ketika itu...

"Zahra, saya minta maaf.. Saya tidak paksa awak... Awak tak perlu beri jawapan sekarang.. Minggu depan saya akan datang ke rumah awak berjumpa dengan emak dan ayah awak... Saya harap pada waktu itu awak dapat memberi jawapan kepada soalan saya...," ujar Daniel lembut....

"Okeylah Man.. Hati-hati bawak kereta tu.. Tahniah sebab bakal bertunang.. Jangan lupa doakan aku.. Aisha, terima kasih sebab sudi temankan Zahra..." 

"Zahra, ni hadiah untuk awak... Sesuatu yang awak impikan.. Aisha bagitahu saya yang awak memang berhajatkan hadiah ni... Jaga diri ya.. Hari Sabtu depan, saya datang rumah awak.. Jangan lupa balik kampung... Assalammualaikum...," bisik Daniel kepada Zahra sambil tersenyum...

"Waalaikumussalam..," jawab Zahra dengan suara yang amat perlahan...
================================================================

Peristiwa petang tadi seakan mimpi.. Seseorang yang cintanya pernah ditolak aku, telah melamar aku untuk kedua kalinya...  Dan kali ini hati aku seperti mengiyakan lamarannya...  Hati yang dulunya tiada sekelumit perasaan kini sedang mekar, bercambah... Subhanallah... Kami tidak pernah berhubung melalui telefon.. Sepuluh emel yang diberi Daniel sepanjang dia di London, hanya lima sahaja yang aku balas...

Hadiah sweet yang aku dapat daripada Daniel.. Apple i-pad.. Penuh dengan gambar-gambar dia masa di London... Oooppss, kena telefon emak.. Harap-harap emak tak terkejut sebab aku memang tak pernah cerita apa pun pasal Daniel.. Bersiap sedialah Cik Fatimah Zahra untuk ditemuduga oleh emak dan ayah dek peristiwa yang mengejutkan ini..... 

Dia bukanlah peminat yang bukan sekadar minat.. Tetapi peminat yang betul-betul minat.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... (^_^)

~Peminat yang bukan sekadar minat~

Saturday, 17 March 2012

Cerpen: Maafkan Saya


"Psst.. psst...," Danny cuba menarik perhatian Zahra.

Iskh, apahal mamat ni. Tiba-tiba psst psst... Tak tahu ke ni library. Orang datang sini nak study, bukannya nak mengorat. Baik aku buat tak tahu je.

"Assalammualaikum Zahra... Sibuk ke?" kenapalah si Zahra tutup dia muka dengan buku bila nampak aku.. Aku cuma nak tegur dia je...

"Waalaikumussalam.. Eh, kau Danny... Aku tak sibuk pun.. Baru ingat nak tido atas lantai ni...," ambik sebiji... Dah nampak aku baca buku, boleh tanya aku sibuk ke tidak....

"Aii, perli nampak.. Hehe.. Kebetulan aku nak cari buku, nampak kau duduk sini.. Tu yang aku tegur kau..."

"Yalah tu... Dah dapat cari buku ke belum?" 

"Belum... Takpelah.. Aku nak berbual dengan kau dulu.."

Suka hati je nak berbual kat library... Aku dahlah ada test toxicology lusa... Aku ni study kat library sebab nak fokus, senang faham nota.. Bukan nak berbual... 

"Kau ni masa dalam kelas tak pernah pun tegur aku... Mimpi apa tiba-tiba nak ajak aku berbual? Ke kau nak minta no.telefon coursemate aku yang cun tu, si Liza?" dengan nada perlahan Zahra membalas kata-kata Danny..

"Aku bukan taknak tegur kau kat kelas, tapi aku ni kan cuma menumpang je kat kelas kau tu... Yalah,  budak engineering yang sesat sebab kena repeat paper... Emm, Liza tu cun ke.. Pada aku dia biasa je.. Aku rasa kau lagi cun... Sekarang kau gemuk pun cun, bila kau kurus mesti lagi cun melecun... Konfem ramai nak ngorat kau... Kau tak nak diet ke Zahra? "

Astaghfirullah.. Sabar Zahra, sabar... Mamat ni memang tak reti jaga mulut agaknya... 

"Ooops, sori Zahra.. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu...," kau pun satu Danny... Cakap main lepas... Kesian Zahra.

"Takpe Danny.. Aku dah biasa dengan gelaran gemuk ni... No big deal... Tapi yang kau risau sangat aku ni gemuk, kenapa?"

"Sebagai kawan, aku ambik berat pasal kau... Yalah, bila badan besar ni, banyak penyakit boleh datang... Kau tak cuba pergi pusat rawatan kuruskan badan tu ke? Aku tengok ramai yang berjaya..."

"Emm, sejak bila kita jadi kawan ni.. Kelakarlah.... Emm, kau ni Danny... Agak-agaklah.. Aku kan student.. Mana ada duit nak buat rawatan tu.. Kalau aku keja pun, aku rasa still tak mampu.. At least RM10 000 kena ada dalam poket.. Baik aku beli kereta... Kau lainlah Danny, anak usahawan berjaya...,"

"Kalau kau nak, RM10 000 tu aku boleh usahakan... Sebenarnya duit kat bank aku banyak... Aku tak kisah kalau kau pakai duit aku..."

"Danny, kau ni tak sihat eh... Tiba-tiba suruh aku kurus.... Nak bagi pinjam duit lagi... Iskh, tak payah... Baik kau guna duit tu sedekah kat anak yatim ke, masjid ke... Eh Danny, hari ni kan hari Sabtu.. Kau tak keluar dengan  Tina ke? Buah hati kau tu..." 

"Alah Zahra.. Aku serius ni nak tengok kau kurus... Sedekah duit kat masjid lain, bagi kau guna duit aku lain Zahra... Tina? Dia tu kawan biasa je... Lagipun dia bukan minat kat aku pun.. Minat kat duit aku..."

"Biasalah Danny... Kalau kau approach seorang perempuan tu dengan duit kau, mestilah dia akan terpikat dengan duit.. Cuba kau pikat dengan hati, insyaAllah kau akan dapat yang ikhlas..."

"Kau takde pun macam Tina.. Aku nak bagi RM10 000 pun kau taknak.."

Mamat ni memang dah sewel agaknya... Sesuka hati dia nak bagi aku duit ribu riban.. Ingat aku ni apa... 

"Okeylah Danny.. Aku nak balik kolej... Dah waktu lunch ni... Kau sambunglah cari buku tu ya...," kalau aku duduk lama kat sini, memang sah aku tak study...

"Eh, dah waktu lunch ke.. Jomlah aku hantar kau balik kolej... Tapi sebelum tu aku belanja kau lunch...," aku baru nak selami hati dia.. Minah ni nak balik dah.. Dia memang lain dengan budak perempuan yang aku pernah kenal sebelum ni...

"Eh, takpe Danny... Aku memang allergic dengan Honda Jazz... Tak boleh duduk, nanti badan aku gatal-gatal... Aku jalan kaki je... Lagipun nak keluarkan peluh.. Yalah, aku kan gemuk..."

"Kau ni agak-agaklah Zahra nak keluarkan peluh tengah hari buta ni.. Jazz aku kat workshop.. Aku bawak kereta mak aku.... Jomlah, aku hantar kau..."

Alamak... Kereta favourite aku tu... Mercedes dua pintu... Astaghfirullah... Tak boleh.. Kalau budak kelas tahu aku tumpang Danny, konfem jadi skandal.... Peliklah Danny ni.. Tak pernah tegur aku kat kelas, tiba-tiba serang aku kat library ni... Oh, aku pernah marah dia sebab bising masa kelas Dr Asri.. Dahlah duduk belakang aku, pastu bolehlah pulak buat adegan romantik dengan si Tina.. Aku memang sound direct je.. Nampak je aku lembut... Tapi kalau sekali aku marah, terkejut beruk orang.. Hihi... 

"Danny, lain kali eh... Kau kan nak cari buku.. Pergilah cari... Aku balik dulu...," bingkas Zahra meninggalkan meja.

"Zahra, tunggu...," suara Danny antara jelas dan tidak.. Cuba mengawal nada suara supaya tidak terlalu kuat..

Aishh, mamat ni kejar aku pulak... Tak paham bahasa betul...  Malas aku nak layan...

"Zahra, jangan sampai aku tarik tangan kau...," jerit Danny sebaik sahaja mereka keluar daripada library.. Tak kisahlah kalau orang sekeliling dengar...

Ya Allah... Beraninya mamat ni nak pegang tangan aku... Nak lari ke, atau nak minta tolong budak-budak yang ada kat sini... Ya Allah, selamatkanlah aku...

"Zahra... Tolong berhenti.. Please..."

"Danny, kau ni kenapa? Aku ada test lusa ni.. Tolonglah.. Aku memang taknak tumpang kau..."

"Zahra, please... Kita cari tempat duduk kejap, boleh tak? Ada benda aku nak cakap dengan kau..."

"Nak cakap apa lagi? Kan kita dah bercakap masa kat dalam tadi...," mamat ni sangat menakutkan.. Tiba-tiba jadi serius.. Mata dia pun macam dah berair je aku tengok.. 

"Zahra, sekejap je...  Aku janji aku lepaskan kau pergi kalau kau bagi aku cakap dengan kau.."

"Okey, kita duduk kat sini.. Sekejap je.. 5 minit.... Ha.. Cakaplah Danny...," lebih 5 minit, konfem aku pergi terus...

"Zahra, aku...  Aku... Sebenarnya aku suka kat kau... Since kau marah aku masa hari tu, hati aku dah mula suka kat kau... Bila kat kelas, aku suka perhatikan kau... Kau ni baik... Kau tak kisah kawan dengan siapa-siapa pun... Kau tak macam budak perempuan yang aku kenal... Diorang rapat kat aku sebab aku kaya... Sebab nak tumpang kereta aku... Nak kikis duit aku... Serius, aku suka sangat kat kau Zahra...," alamak Danny.. Kenapa air mata kau boleh mengalir ni.... Tapi betul, hati aku rasa lega sangat dapat luahkan kat Zahra...

Danny menangis ke? Pertama kali aku tengok lelaki menangis.. Lelaki, bukan budak lelaki... Umur pun dah 25 tahun..... Patutnya dia lagi matang daripada aku.. Aku ni dahlah pangkat adik dia.. 23 tahun... Takkanlah nak luahkan perasaan pun sampai mengalir air mata... Aku ni yang kejam ke? Huu....

"Danny, kau okey?  Aku... Aku  tak tahu nak cakap macam mana.... Aku rasa kau suka aku sebagai kawan je kot..," betul ke apa yang aku cakap ni.. First time ada orang luahkan perasaan kat aku... Dan sekarang ni first time jugak aku nampak air mata lelaki mengalir live... 

"Zahra, aku pasti dengan perasaan aku... Aku nak kau jadi isteri aku... Aku akan berubah jadi baik.. Aku takkan keluar dengan Tina lagi, atau mana-mana perempuan... Bulan Mei ni aku habis degree, aku hantar rombongan meminang ke rumah kau...."

What???? Sah, Danny ni memang tak sihat...

"Danny, macam nilah...  Aku bagi kau nombor telefon aku... Lepas zuhur kau contact aku ya... Kau tenangkan hati kau.. Gi lunch, pastu solat... Aku balik dulu.. Assalammualaikum...," cukup 5 minit...

"Zahra, aku minta maaf kalau cara aku drastik sangat... Tapi aku tak tipu..."

"Ya Danny, aku tahu kau tak tipu.. Tapi aku nak balik dulu... Ni nombor aku... Okey, take care ya...," baik aku beredar cepat... Tak dapat naik kereta idaman pun takpelah.. Tapi kenapa hati aku rasa sayu sangat bila Danny melamar aku... Ya Allah, adakah dia jodoh aku.. Aku mohon petunjukMu Ya ALLAH...

======================================================================

"Assalammualaikum Zahra.... How are you? Saya harap awak sihat... Setahun lagi saya akan balik ke Malaysia.... Kalau awak masih belum berpunya, izinkan saya menjadi imam awak dunia dan akhirat..."

Emel yang aku terima daripada Danny malam tadi benar-benar membuat aku terkejut... Aku tak sangka Danny masih berharap pada aku lagi.... Kisah 2 tahun yang lalu masih tersemat dalam hati... Aku beri dia nombor telefon palsu... Hanya emel luahan hati aku yang mampu aku sampaikan kepada dia... Biarlah dia menilai sendiri adakah perasaan suka dia itu hanyalah suka semata-mata ataupun perasaan sayang yang diilhamkan Allah untuk melamar diriku ini untuk menjadi isterinya yang sah....

Setahun lagi.. Dan aku belum pun kurus... Aisshh..... Susah betul nak berdisiplin dalam mencatu makanan... 

Danny, maafkan saya.... Saya tak bermaksud nak mainkan hati awak... Saya taknak mengharap pada sesuatu yang tidak pasti... Awak pun tahu jodoh itu rahsia Allah... Dalam masa setahun, apa jua kemungkinan  boleh berlaku... Sekiranya awak benar jodoh saya, pasti kita akan bersatu dalam ikatan yang halal.. InsyaALLAH.... 

"Wa'alaikumussalam Danny... Alhamdulillah, saya sihat... Sekejapnya masa berlalu kan... Dah setahun awak di London... Danny, sekiranya kita ditadirkan antara satu sama lain, pasti kita akan disatukan..  Take care Danny.. May Allah bless you.... "





Sunday, 26 February 2012

PereMpuaN yang Bukan BiaSa-BiaSa



“Awak sudah kahwin?” tanya bos India yang muda itu.

“Belum,” balas Shikin.

“Bertunang?”

“Belum juga,” jawab Shikin tersenyum sambil dalam hatinya memikirkan apakah motif bos muda itu bertanyakan soalan sedemikiam.

“Sudah ada yang istimewa?” lelaki itu seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Shikin.

“Belum lagi,” Shikin semakin tidak selesa dengan soalan yang diajukan. Tapi Shikin positif. Emm, boleh jadi dia ingat aku ingin bekerja di syarikatnya kerana ingin dekat dengan bakal suami. Tapi aku memang masih single.

“Umur U berapa tahun?”

“25 tahun...”

"Pelik sebab awak masih belum mempunyai kekasih walaupun rupa awak bukan yang biasa-biasa,” tegas bos muda itu lagi. Seakan tidak percaya akan jawapan Shikin.

"Maksud encik?” Nasib baik temuduga. Kalau sekadar perbualan biasa, dah lama aku angkat kaki. Shikin sedang menahan sabar. Cukuplah dengan jawapan yang aku berikan. Apa yang pelik sangat tak tahulah.

"Yalah, zaman sekarang ni dengan rupa yang biasa-biasa pun orang boleh mendapat seseorang yang istimewa… Cuba awak tengok, budak sekolah pun dah pandai bercinta… SMS, telefon selalu… Keluar sana sini dengan kekasih hati… Tapi awak yang ada rupa bukan biasa-biasa, masih sendiri lagi… Hati awak ni kuat.."

"Sebenarnya encik, rupa saya biasa-biasa sahaja.. Mungkin kebetulan encik lihat rupa saya hari ini bukan biasa-biasa.. Hmm.. Dan memang saya sedang kuatkan hati saya... ," balas Shikin sambil memandang meja.



Setelah selesai temuduga, hati Shikin mula bermonolog...

"Adakah rupa yang bukan biasa-biasa ini adalah tiket untuk aku menggoda mana-mana lelaki untuk dijadikan kekasih.. 


Apakah perbezaan mempunyai rupa yang biasa-biasa dan mempunyai rupa yang bukan biasa-biasa.. 


Dan apakah perbezaan menjadi perempuan yang biasa-biasa dan perempuan yang bukan biasa-biasa..  


Apa yang aku tahu aku tidak mahu menjadi perempuan yang biasa-biasa, walaupun rupaku bukan biasa-biasa.. 


Tetapi aku ingin menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun rupaku biasa-biasa sahaja... 


Mari sini aku jelaskan... 


Sekiranya aku perempuan yang biasa-biasa, sudah pasti aku sudah mempunyai kekasih untuk aku melampiaskan kasihku dan cintaku padanya... Walaupun rupaku biasa-biasa sahaja.. 


Kerana fitrah manusia itu ingin berpasangan dan selalunya cintalah yang akan menarik lelaki dan perempuan itu untuk berpacaran... Aku dan dia akan selalu bermesej, berjumpa dan mengungkap kata-kata cinta serta janji tanpa mengetahui bahawa jodohku sebenarnya adalah rahsia Allah.. 


Dan apabila rupaku bukan biasa-biasa, sudah tentu peluangku untuk mencari lelaki lain akan sentiasa ada sekiranya aku putus dengan kekasih lama... 


Wah, begitu senangnya mengungkap kata cinta... Ya, ketika itu aku adalah perempuan yang biasa-biasa dengan cinta yang biasa-biasa.... Sepertinya kelihatan cintaku seperti cinta yang murah....


Tapi, aku bukan begitu.... Aku adalah perempuan yang bukan biasa-biasa... Sebenarnya, aku sedang berusaha... 


Ketika ramai rakan kuliahku, dan kini rakan sekerjaku mengerling ke arahku, aku masih tetap mahu menundukkan wajahku... 


Aku tidak mahu menggunakan rupaku yang bukan biasa-biasa ini menjadikan diriku perempuan yang biasa-biasa... 


Aku sedar, umur aku sentiasa meningkat.. Bukankah dengan berperangai sedemikian menyebabkan aku seorang yang menjual mahal lantas menidakkan kehadiran jodohku.. Oh, tidak.. Tolong jangan salah sangka... 


Aku sedang berusaha menjadi seorang perempuan yang baik, dan menjadikan mereka lelaki yang lebih baik juga... Aku tidak mahu mereka yang mengerling ke arahku tersasar daripada perasaan yang tidak sepatutnya... 


Aku hanya mahu lelaki yang berani... Bukan berani memandangku tetapi berani untuk berjumpa emak dan ayahku melamar aku... 


Aku bersyukur kerana telah diajar sejak kecil oleh abang-abangku untuk menjaga diriku... 


Abang-abangku sangat tegas dan garang dalam hal yang berkaitan dengan lelaki.. Mungkin kerana mereka ialah lelaki... Mereka tahu apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan.. 


Aku ingat lagi kata-kata yang pernah keluar dari mulut abang-abangku ketika aku masih belajar... Walaupun aku tahu ada antara situasi ini yang pernah mereka lakukan, aku turutkan sahaja.. 


Kerana prinsip yang diajar oleh guruku, jangan lihat siapa yang beri nasihat, tapi lihatlah apa yang dinasihatinya.. Sekiranya baik, ambillah...

"Jangan pernah bawa lelaki balik ke rumah walaupun sekadar kawan..."
"Kalau abang nampak engkau keluar dengan lelaki, atau kawan-kawan abang mengadu nampak engkau keluar dengan lelaki, siaplah...."
"Jangan nak bercinta, pegang-pegang tangan... Macam budak depan ni..."
"Jangan bonceng motosikal dengan lelaki... Ingat pesan abang..."
"Belajar yang penting, bukan bercinta...  Kalau setakat bersms, telefon, ajak jumpa selalu.. Lupakanlah.... Lelaki yang berani sahaja akan jadikan engkau isteri... Masa tu dah jadi suami isteri, nak bercinta sakan, bercintalah.. Bercinta tengah belajar, merosakkan adalah....."

Banyak sungguh nasihat abang-abang aku sampai suatu tahap aku mahu melupakan nasihat mereka.. 


Aku mahu bercinta... Ya, aku mahu dikasihi, dicintai, berkongsi hal yang aku lakukan setiap hari.... 


Dan aku juga mahukan hadiah harijadi daripada si dia yang istimewa... Hadiah patung beruang comel yang besar yang sentiasa aku dambakan... Kerana aku perempuan, dan aku sukakan yang comel.. Dan apabila memeluknya di malam hari membuatkan diri menyedari ada sang kekasih yang sedang merindui.. 


Sungguh kelakar, kerana sehingga hari ini aku tidak pernah memperolehnya... Kerana aku masih teringat ingat akan amaran abang-abangku... Cukuplah aku memeluk patung beruang yang comel di pasaraya  sekadar untuk memenuhi tuntutan jiwaku... 


Masa berlalu dengan pantas... Dan aku masih berusaha menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun langkahku pernah tersasar juga...  


Ya, kerana aku sedang berusaha... Menyebabkan langkahku hampir tersasar dalam mencari si dia... Aku tertanya tanya adakah dia sekarang ini jauh daripadaku, atau dekat denganku... 


Sekarang aku masih berusaha mencari... Cuma aku tidak tahu cara manakah yang perlu aku lakukan... Aku takut tersalah lagi... Dan kerana itu, aku masih lagi sendiri walaupun umurku sudah menginjak 25 tahun... 


Walaupun begitu, aku masih positif dan optimis dalam pencarianku dengan berdoa padaNYA... 


Semestinya impianku tidak lagi  berpaksikan untuk memiliki patung beruang besar yang comel, tetapi cita-cita ku ingin menggapai cinta yang direhaiNYA iaitu cinta suamiku agar aku menemui cinta Allah yang Satu.... 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diriku... Moga suatu hari nanti aku ketemu juga dengan jodohku... InsyaAllah....


Walau siapapun jodohku, hanya dia yang layak untuk cintaku yang sememangnya BUKAN CINTA BIASA... 




~PereMpUan yaNg bUkan BiaSa-BiaSa~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads