Showing posts with label My LiFE. Show all posts
Showing posts with label My LiFE. Show all posts

Thursday, 20 August 2015

Fasa Berjalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Anak kesayangan rajin berlatih jalan di rumah pengasuh a.k.a Kak Ju namanya...
Hari ini Kak Ju bagi video Danish berjalan sambil bawa beg baju dia...
Sampai di meja, dia cuba nak letak beg atas meja pulak...
Adoyaii anak rajinnya awak ni.. 

Umur 1 tahun 2 bulan baru Danish berjalan tatih sikit sikit..
Jatuh duduk sampai tersembam benjol pun ada..
Lepas puas nangis, dia sambung berjalan semula... 
Teruskan sayang mama..
Lepas ni berlari pulak tau... Mmuaahhss...

-20 Ogos 2015- 
Danish ambik beg nak pergi sekolah ye sayang

-20 Ogos 2015- 
Danish tarik beg sampai depan TV

-13 Ogos 2015 - 
Ni video pertama Kak Ju bagi masa Danish dah mula berjalan


-13 Ogos 2015-
Muka puas hati dapat berjalan 
(^___^)


Sukanya dia dapat jalan...
Mama perasan anak mama suka sangat berkawan...
Alhamdulillah akak-akak dan abang-abang pon baik dan suka berkawan dengan buah hati mama ni.. =)


Wednesday, 12 August 2015

K.A.W.A.N vs S.A.H.A.B.A.T

Bismillahirrahmanirrahim....



Aku ada kawan, ramai kawan...
Dan sebenarnya aku tidak memilih kawan...
Tapi tak semua kawan boleh menjadi sahabat..
Sebab ada juga yang berkawan untuk mengambil kesempatan...
Aku tahu pasti ada yang pernah melalui pengalaman dikhianati kawan...
Begitu juga aku, pengalaman ini betul betul mengajar aku berhati hati dalam berkawan...

Aku bersyukur sebab sahabat aku tidak pernah mengecewakan aku...
Mereka ada bila aku susah, sedih dan kesempitan...
Pada aku mereka layak bergelar sahabat sebab rahsia aku disimpan baik..
Benar, sahabat yang baik tidak akan sesekali mengajak sahabatnya ke jalan yang buruk..
Sahabat yang baik akan sentiasa memaafkan walaupun kau pernah tersilap langkah...




Alhamdulillah...
Sahabat aku terima aku seadanya...
Kebaikan aku, keburukan aku, 'kengada ngadaan' aku...
Bila bergaduh, kami berbaik semula dan kami akan tetap bersahabat sampai bila bila....

Sahabat, maafkan aku kalau aku tidak seperti dahulu...
Maafkan aku kalau masa aku buatmu terhad..
Jaga diri baik baik wahai sahabat...
Sahabat, sungguh aku sangat rindu padamu..

Thursday, 6 August 2015

Bila Kematian Dapat Dihidu

Bismillahirrahmanirrahiim....

Kematian pasti menghampiri siapa jua...
Kita semua akan mati...
Masa tu semua harta, duit dan orang yang kita sayang terpisah dari kita..
Melainkan 3 perkara...
Pertama sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat; dan ketiga doa anak yang soleh...



Ada orang yang menghidap penyakit serius seperti barah, selalunya akan tahu bila dia akan mati..
Awal-awal lagi dia akan buat wasiat ke mana harta dia akan wariskan...
Sudah tentu kepada yang tersayang...
Dan dia akan banyak melakukan amal soleh dan sedekah jariah...
Memang sedih bila kita dapat tahu kita tidak lama di dunia ni..
Sebab selalunya doktor akan bagitahu 6-12 bulan tempoh hidup...
Tapiiiii... Kita kena ingat kematian tu rahsia Allah...
Mungkin orang yang menghidap barah tu akan mati tetapi tidak mustahil kalau dia meninggal disebabkan kemalangan dan bukannya barah...

Sangat takut bila cerita bab kematian...
Terutamanya bila berkaitan dengan orang yang kita sayang...
Sedih dan teringat sehingga bertahun-tahun, tersemat dalam hati..
Bila bersama dengan orang yang kita sayang, pengalaman ini mengajar kita...
Dia akan pergi, aku pun akan pergi....
Saat itu, sejuta kekuatan cuba mempasakkan kaki di bumi supaya tidak tumbang...
Hanya Allah Maha Mengetahui bila dan di mana kita akan berakhir di bumi ini...                                            

                                                       

Thursday, 23 July 2015

Emak Garang

Aku mengaku emak aku seorang yang garang... Ayah garang tapi sebab aku anak perempuan kesayangan, ayah kurang garang dengan aku....

Aku bersyukur emak dan ayah aku garang.. Sebab alhamdulillah aku menjadi orang walaupun orang biasa-biasa sahaja.. Bayangkan kalau emak ayah tak garang, mesti aku ingat semua yang aku buat betul... 

Garang emak memang membuatkan aku menangis duduk dalam bilik teresak esak sampai makan pun aku tak ada selera.. Kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa aku ni anak angkat sebab tak tahan kena marah selalu, cubitan di badan, hanger singgah di kaki dan telinga kena piat... Tapi garang-garang emak, aku masih sayang dan hormat pada emak.. Garang- garang emak, aku cukup makan, cukup pakai, bila aku demam emak tak tidur malam jaga aku...Sebab tu aku sayang dan rindu sangat pada mak aku.. Buktinya, bila aku sekolah asrama tiap malam aku akan call emak tanpa 'miss' sampai aku habis sekolah guna public phone (duit syiling sudah tentu banyak habis) dan bila aku belajar di universiti aku kurang sikit call emak sebab kawan-kawan selalu panggil aku anak emak @ anak manja dan alasan ada boyfriend itu memang bohong..

Aku bukan anak manja tapi mungkin ada sesuatu yang aku kekurangan dalam diri aku menyebabkan kalau aku jumpa makcik-makcik, atau akak-akak yang matang, aku akan menjadi manja ibaratkan mereka ni seperti emak aku.. Sudahnya, ramai nak angkat aku jadi anak angkat, adik angkat.. Terus terang, aku memang tak suka  angkat-angkat ni.. Pada aku hubungan tetap terjalin dengan baik tanpa perlu diangkat.. Tapi macammana baik aku dengan mereka, emak aku tetap nombor satu dalam hati aku... Kalau harta aku melimpah, emaklah yang aku akan bagi tanpa berkira.. Cuma yang melimpah sekarang ni kasih sayang dan doa tanpa henti buat emak dan ayah aku...

Sekarang ni aku dah ada anak... Sudah tentu aku takut kalau aku terlebih garang atau terlebih manjakan dia.. Cuma aku taknak jadi emak yang takut dengan anak-anak dan anak-anak takut dengan emaknya... Biarlah bersederhana... 

Nanti aku sambung lagi sebab banyak keja kena buat....

************************************************************************

Monday, 6 July 2015

Tips Belajar dan Berjaya di Universiti

Assalammualaikum semua...


Hari ini banyak masa pula saya nak rewind zaman belajar di Universiti...
Tiba-tiba saya rindukan kenangan bersama kawan-kawan...

Seseorang yang mahu berjaya di Universiti perlu menjadi proaktif, rajin dan sentiasa bersemangat..
Maksudnya di sini, kalau esok pagi subjek Kimia, malam sebelum dia dah ulangkaji subjek Kimia tu..
Mana yang kurang faham, dia boleh direct tanya kepada pensyarah...
Tidak perlu tunggu esok lusa, atau kelas seterusnya...

Lagi satu pelajar kena rajin...
Rajin pergi kelas, rajin bertanya dan rajin berkongsi ilmu dengan kawan..
Jangan kedekut ilmu..
Rahsia sebenar dalam pembelajaran, makin kita kongsi ilmu kita, makin kuat dan faham kita terhadap ilmu tu..
Rajin ulangkaji supaya mudah ingat dan tidak mengambil masa yang lama untuk faham bila tiba musim peperiksaan...
Rajin buat nota untuk memudahkan ulangkaji..
Dan paling penting, rajinlah berdoa kepada Allah..


Seperkara lagi, seorang pelajar yang bercita cita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Universiti wajib sentiasa bersemangat setiap hari..
Kalau tak gemar subjek yang diambil contoh Fizik disebabkan susah dan kurang faham, jangan putus asa..
Selalu bertanya kepada pensayarah dan kawan yang memang pandai dalam subjek tersebut...
Dan kalau boleh elakkan dari mengikut kawan yang tidak bersemangat..
Paling penting fokus untuk belajar...
Bukan fokus mencari kekasih hati dan perkara yang melalaikan..

Saya mengaku saya bukanlah seorang yang bijak, dan tidaklah terlalu rajin...
Berdasarkan kesilapan saya ketika belajar Diploma, saya pastikan ianya tidak berlaku ketika saya menyambung Ijazah Sarjana Muda...
Saya pastikan setiap kali kelas, saya mesti fokus , tidak bermain dan tidak berbual atau bercakap dengan kawan...Bercakap bila perlu..
Kemudian, saya akan buat nota selepas kelas.. 
Assignment yang diberikan pensayarah, saya pastikan siap dalam tempoh tiga hari sebab saya tahu akan ada assignment dari subjek lain yang menunggu untuk disiapkan...
Saya juga rajin bertanya dan buat kuiz sesama rakan saya untuk menguatkan lagi kefahaman saya...

Bila ada test bagi subjek yang saya rasa susah, saya akan ke library untuk buat ulangkaji suapaya lebih fokus..
Begitu juga setiap kali peperiksaan...
Library adalah bilik belajar saya..
Dan saya akan cari meja individu untuk mengulangkaji..
Bagi subjek yang susah dan memerlukan pengiraan, saya akan mencari kawan yang boleh membantu saya..

Okey, itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan..
Harap boleh membantu adik-adik yang bersemangat menuntut ilmu...



Tuesday, 30 June 2015

Ramadhan ke 12

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, hari Isnin 29 hb Jun 2015..
Ramadhan yang ke 12...
Alhamdulillah, genap perkahwinan aku dan suami untuk tahun yang ke 2..
Dan bulan ini jugak permata hati kami, Danish sudah berusia setahun..
Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Usia 2 tahun sebenarnya usia yang sangat muda..
Kami masih merangkak menuju jalan yang masih panjang...
Mohon doa semua supaya pernikahan kami ni kekal hingga ke Syurga...
Amin..

Monday, 13 April 2015

Pernah tak kau rasa?




Pernah tak kau rasa?
Seakan hidup ini sudah tiada makna lagi..
Ibarat sudah psampai enghujungnya...
Kau tidak lagi mahu meneruskannya...
Penat dengan semuanya..
Penat dengan segala benda yang kau tanggung di dada....

Pernah tak kau rasa?
Kau ingin mulakan kehidupan dengan ingatan baru...
Tanpa sedikit pun mengingati perkara lalu...
Sakitnya, pedihnya hanya Tuhan sahaja Maha Mengetahui...

Pernah tak kau rasa?
Air mata yang tak pernah surut mengalir...
Bergenangnya hanya menunggu masa empangannya pecah...
Dan apabila ia menangis seakan mahu pecah dada...

Pernah tak kau rasa?
Rasa pedih dan sakit yang dibawa seakan tidak pernah dapat diubati...
Kalau kenangannya menyesakkan dan menyakitkan hati....
Rasa seperti mahu mati....

Tapi jangan kau ikutkan rasa hati sebab betul kau akan mati...
Jasadnya seperti kau hidup lagi, tapi dalamannya kau sudah tiada lagi...
Berdoa dan bersabarlah duhai hati...

Allahu...
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani...
Ampunkanlah dosa hambaMU ini ya Allah.. T_T




Monday, 9 February 2015

Merenung Luar Jendela


Sekarang ni, bila tengok tingkap terbayang lirik lagu....
"Merenung ke luar jendela"...
Bila ingat balik rupanya lirik daripada lagu Najwa Latiff...


Tajuk:  AdaMu...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan


Friday, 9 January 2015

Maafkan Aku Wahai Suami



MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

 Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu
Tekanan terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

 Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku
Kau kepunyaanku
  
Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini
Maafkan diriku wahai suami......



Thursday, 8 January 2015

Kami SERUPA

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...
Begitulah kehenseman yang dimiliki oleh anak aku...
Diperturunkan dari mamanya yang cute lagi comel......
Ini gambar aku masa kecil, tapi kurang jelas...
Dua dari kiri, aku yang paling kecik tu...
Okeh aku memang cute...
Thanks sebab puji.. Heheh... =D


Kat bawah ni gambar buah hati, intan payung aku...
Anak soleh ni nama manjanya Danish...
Muka awak serupa dengan mama....
Mmmuuuahhhhh.... ♥♥♥


Assalammualaikum semua..
Saya Danish...
♥♥♥


Kopi Dalam Tin

Slurrpppp......
Tiba2 hari ini teringat  kopi dalam tin...
Dimakan bersama dengan roti bakar inti mentega dan kaya...
Cuaca sejuk pulak tu....
Nyaman bangattt....

Kali pertama dikenalkan dengan kopi dalam tin semasa kerja di kilang Faiza...
Lupa nama uncle tu tapi dia memang rajin belanja makan...
Kopi tu memang sedap...
Letak dalam tin dan ada tutupnya...

Dalam seminggu mesti Uncle tu belanja kami makan sekurangnya dua kali...
Nasi arab, pizza hut, rojak pasemboq, aiskrim susu kambing dan lain-lain...
Murah rezeki uncle ni...
Dan lagi satu kami memang kuat makan.... Hehe...

Ada satu kedai makan di Penang pun ada jual kopi ais atau kopi panas dalam tin....
Tapi Chinese lorhh....
Boleh tengok sajalah... Huhu...

Okeh ini gambar pinjam dari Uncle Google...
Lebih kurang macam ni lah kopi dalam tin tu...
=)




Monday, 8 December 2014

Makanan puree 'solid food' untuk bayi



Bismillahirrahmanirrahim....

InsyaAllah 12hb Disember ni Danish genap 6 bulan... 
Tarikhnya jatuh pada hari Jumaat..
Lagi empat hari je nak bagi solid food pada Danish... Huhu..
Sedang belajar cara nak prepare puree ni...
Maybe akan pilih cara stim berbanding rebus untuk kekalkan khasiat makanan...
Banyak yang perlu disediakan...
Okeh, mama kena rajin....



First puree mungkin mama akan pilih epal untuk Danish... Yummy..


Inilah buah hati pengarang jantung mama...
Sekejap dah besar ye sayang...
Mama doakan Danish sihat selalu... Aminn...






Thursday, 13 March 2014

:: Kehamilan 26 minggu::

Assalamualaikum semua...


~Baby Mama dan Papa~
♥♥♥WE LOVE U SAYANG♥♥♥

Alhamdulillah, sudah 26 minggu baby dalam perut mama...
Dan macam-macam pengalaman dilalui...
Tapak tangan selalu kebas, seperti dicucuk-cucuk..
Dan kadang-kadang bila bangun pagi, tangan tak boleh genggam... 
Memang tak selesa.. Huhu...
Bila tanya matron, matron bagitahu kurang Vitamin B complex dan juga calsium...
Maksudnya mama kena banyakkan lagi minum susu...
Itulah taknak dengar cakap papa...

Mama bersyukur sangat sebab papa selalu ingatkan mama minum susu...
Bila mesej mama, papa always tanya susu dan jajan baby..
Uiikk bukan jajan sembarangan tau... Kurma, kismis.. 
Dari mula baby dalam perut mama, itulah bekal yang selalu papa belikan untuk baby.. 
Bekal yang selalu papa ingatkan mama untuk makan dan minum.. Penuh kasih sayang...
Terima kasih papa... Mama dan baby sayang papa sangat2... Muuahh... ♥♥♥
Nanti mama buat entri pasal jajan baby ye..
Yang papa selalu belikan tu... Untung baby... (^__^)

::Jajan Baby::
...Terima kasih Papa...
LOVE U
Ok, sambung cite...
Badan bila dah besar ni, cepat mengah dan jalan pun dah  macam raksasa.. Heheh...
Oppss, memang dah besar pon..
Yang penting baby sihat membesar.. Aminn... =)

Tidur malam memang selalu kepanasan... Rasa macam bahang sangat...
Kalau boleh nak basahkan badan, dan terus tido..
Normal kan sebab ada baby dalam perut ni...

Dan bila tido, kerap tak selesa.. Nak mengiring, rasa baby mengeras..
Takut mungkin tertindih baby... Huhu...
Nak tido melentang, tak elok untuk tulang belakang...
Nanti cepat lenguh...
Kadang-kadang tu, tido je posisi mana yang rasa badan pon tak sakit dan selesa..
Dahlah mama ni kuat tido.. 
Selalu jugak terjaga dari tido dan sedang mengiring.. 
Masa tu jugak rasa baby mengeras.. Sori baby... >__<

Penat, sakit kaki, sakit badan plus emosi tak stabil...
Apa yang dirasakan semua ni betul2 buat diri insaf..
Teringat pengorbanan emak mengandung, melahirkan dan membesarkan kami semua...
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segalanya...
Dan juga untuk pengalaman ini.. Sangat-sangat bersyukur... =)

THANK YOU ALLAH
ALHAMDULILLAH



♥Anugerah Allah♥

Bismillahirrahmanirrahim..


Betullah org cakap cinta itu buta..
Dan tanpa melihat rupanya saya telah jatuh cinta...
Dan amat menyayanginya....
Terlalu kasih, terlalu sayang..

Augerah Allah ini sgt berharga bagi saya..
Semasa dalam sedih, permata yg di dalam perot ini bergerak gerak seakan memujuk..
Semasa dalam gembira, kehadirannya yg terlalu aktif sentiasa mengingatkan saya agar tidak lupa akan dirinya....

Alhamdulillah , saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasa kebahagiaan ini..
Merasa adanya nyawa yg bergerak sentiasa menemani diri ini...
Ketika suka atau duka...
Seakan memahami dan memujuki..

My promise...
Mama will always love you dear... ♥♥♥



Thursday, 20 February 2014

~Perkahwinan Jarak Jauh~

Assalammualaikum....



“Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!”


Wah, sedar tak sedar dah menghampiri bulan Mac...
Maksudnya lagi 3 bulan pernikahan saya dan suami mencecah anniversary pertama...
Huwaa, nak tulis entri ini pun air mata saya bergenang (dah mengalir pun)...
Sudah lebih 6 bulan saya bekerja jauh dari suami (taknak mengaku PJJ)... Huhu...
Memang cemburu melihat pasangan yang dekat antara satu sama lain..
Tapi saya yakin akan ketentuan Allah..
Hanya mampu berdoa dan berusaha  supaya cepat2 pindah dekat dengan suami...
Alhamdulillah, dan sekarang zuriat kami sedang membesar dengan sihat dalam perut mamanya...
Syukur pada Mu ya ALLAH...

Apa jua kepayahan, keperitan sepanjang berjauhan ini hanya ALLAH yang tahu...
Thinks positive, always thinks good, banyakkan bersabar, banyakkan berdoa...
Semuanya akan menjadi okey... All is well, insyaALLAH...
Walaupun kadang2 (selalu kot) terburai air mata ni.. Hahaa... (iye, cuba menjadi cool)

Sini saya nak kongsikan nasihat daripada Ustaz Hasrizal...
Usaha selagi termampu untuk hidup bersama..
Takmo lama-lama berjauhan...
Semoga dipermudahkan Allah semuanya.. AMinnn... =)

Sebelum tu saya nak kongsi pantun dari Semanis Kurma;

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan tuhan,
Biarpun jauh tetap SETIA...


              Hasrizal Abdul Jamil
·         Berkahwin tetapi berjauhan daripada pasangan, boleh memberikan ‘nikmat’ yang tidak dikecapi sama ada oleh orang bujang mahu pun yang telah berumahtangga iaitu hidup macam orang bujang tetapi tiada tekanan untuk berkahwin sebab sudah berkahwin.


              Hasrizal Abdul Jamil
·         PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja memang susah. Yang penting jangan mengalah!


              Hasrizal Abdul Jamil
·         Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik. Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.


~Selamat Mengambil Input~

(^__^)


Thursday, 13 February 2014

::Aku dan Baby::

Assalammualaikum....

Alhamdulillah,  syukur pada Allah....
Minggu ni genap baby dalam perut 22 minggu...
Bertambah nafsu makan dan kelaparan...
Berganda kemalasan untuk melakukan kerja...
Bercambah ke 'gembeng' an emosi seorang mama...
Dan makin giat mimpi2 buruk setiap malam... Huhuu...

Hari- hari rasa pergerakan baby dalam perut...
Kadang2 kuat, kadang2 lemah gemalai...
Maybe berpandukan kemalasan atau kerajinan mamanya...

Setiap kali usap perut...
Bila lihat wajah sendiri di cermin setiap pagi..
Selalu bertanya pada diri sendiri...
Sampai bila nak sentiasa lemah, sentiasa malas...
Cuba kuat untuk anak dalam perut tu...
Kalau baby selalu tengok muka mama dia yang lesu, mesti baby pun tak bersemangat...
Astaghhfirullah....

So, from now...
Kena positif, banyakkan berdoa..
Jangan malas, jangan fikir yang bukan2...
Baby dalam perut ni kan ada temankan mama dia...
Mama sayang baby, terlalu banyak..... Muuahhhhhhh.... 
Nanti kite ajak papa jumpe doktor, scan baby ye..   * Wink wink... =)

Thursday, 23 January 2014

~Merancang Zuriat Soleh~

Assalammualaikum...

Panduan buat bakal ibu dan bakal bapa.. =)


Sila klik image untuk besarkan...

::Pengalaman Mengandung::

Assalammualaikum...

::Trimester Pertama::
Alhamdulillah, saya takde morning sickness...
Kadang2 saya akan mual dan loya..
Sekali je muntah, masa tu terperangkap dalam traffic jam...
Cumanya, selepas waktu bekerja, automatik saya akan mual dan takde selera makan..
Cuma fikir nak baring dan berehat sahaja...

Penat dan cepat letih itu yang saya rasakan sepanjang mengandung...
Badan ni memang nak minta urut, nak minta supaya berehat...
Tapi saya gagahkan juga, taknak nampak lemah...
Emosi jangan cakaplah, memang tak stabil...
Sedih, nak nangis, fikir macam2  terutamanya bila dah letih sangat plus mual, loya...

Dulu sebelum mengandung saya suka sangat minum air milo..
Tapi sekarang memang nk tengok milo pun tak berselera...
Suami dah start suruh makan kurma, kismis dan minum air susu...
Sunnah Rasulullah S.A.W yang saya cuba amalkan sepanjang mengandung ni...
Terima kasih sayang sebab selalu ingatkan...

Oh ya, saya kurang gemar makan ayam..
Dan lebih suka makan ikan dan udang...
Untuk hilangkan rasa mual, saya pilih air Ribena dan Sunquick...


::Trimester Kedua::
Sekarang baby dalam kandungan ni dah 19 minggu... Alhamdulillah...
Masuk trimester kedua, saya mula demam, batuk dan selsema plus sakit badan..
Bila search kat internet, perkara ni normal sebab antibodi wanita mengandung berkurangan...
Semuanya dah bagi pada baby supaya baby sentiasa sihat...
Bertarung nyawa sekalipun saya sanggup untuk baby saya ni, insyaALLAH..
Baru saya tahu perasaan dan pengorbanan seorang ibu.. Huhuuu...

Batuk masih lagi, dan saya sering sakit kepala...
Kadang-kadang sujud tak boleh lama, tapi kena gagahkan juga...
Yelah, masa sujud tu Allah dekat dengan kita dan nak minta apa jua...
Dan saya ada alahan gatal2 juga, malah selalu lupa...
Bila fikir semula, itulah harga yang perlu dibayar untuk bergelar seorang ibu...
Dan dari sinilah kita akan akan lebih menghargai pengorbanan ibu kita sendiri...



Kepada ibu mengandung dan juga bakal ibu, jangan risau dan jangan sedih...
Ini semua perkara biasa yang akan dialami oleh setiap ibu...
Semua ni pengorbanan kita untuk anak yang dikandung...
Sentiasa berfikiran positif....
Rezeki yang diberi oleh Allah, bersyukurlah... 
Ada yang tak dapat merasai pengalaman ini...
Dan banyakkanlah berdoa...
Nasihat untuk saya juga...

Saya doakan semua yang bergelar isteri termasuk diri saya dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu dan dikurniakan anak yang sihat sempurna, soleh dan solehah.. AMinn... (^__^)



Tuesday, 7 January 2014

::Secebis coretan awal mengandung::

Assalammualaikum semua...



Ingat lagi masa tu dalam akhir bulan September 2013...
Ada staff tegur tengok muka saya lesu sgt, macam org pregnant...
Tapi saya cuma tersenyum dan mengaminkan dalam hati...
Berkali jugak dalam minggu dia suruh saya buat ujian kehamilan, tapi saya tolak..
Sebabnya saya belum lewat untuk datang period...
Lagipun, taknak terlalu mengharap...

Awal bulan Oktober 2013, saya dah start mual, loya...
Suami mengusik...,  "Mengandung ke?"
Saya cuma senyum dan cakap insyaAllah sambil mengaminkan dalam hati...

Pada masa yang sama, saya perlu ke Penang untuk berkursus...
Saya bagitahu pada suami, kemungkinan saya mengandung...
Rasa takut jugak untuk travel jauh, bayangkan dari Pahang ke Penang...
Suami bagi kata putus...
"Kalau naik bas, abang tak izinkan... Tapi kalau naik plane, boleh... Lepas ni tak boleh travel jauh2..."
Dalam hati doa sangat dapat naik plane, dan saya berjaya dapat.. Alhamdulillah...

Di Penang, saya rasa sakit perut, macam senggugut...
Saya tak pernah rasa sakit macam ni bila nak period...
Selalunya masa period baru sakit...
Sanggup ajak kawan2 pergi Shopping Mall berdekatan untuk beli pad sebab tak bawak stok...
Sebab staff hotel tu cakap dekat, kami ambil keputusan jalan kaki..
Ok, saya berjalan dlm 3 km dengan kasut tinggi lagi...
Mmg dlm hati dah konfem period dgn sakit perutnya...
Tapi bile balik hotel, takde pun...

Sampai hari last di Penang, naik plane balik ke Kuantan, Pahang...
Saya kena transit di KLIA, baru ke Kuantan...
Setiap kali landing, saya doa banyak... Bergegar jgn cakaplah, dgn hentakan lagi...
Zikir, istighfar mmg saya tak tinggal sebab saya dah dapat rasakan ada sesuatu dalam tubuh saya...
Menitis jugaklah airmata saya sebab rasa bersalah sangat pada baby, pada suami...
Alhamdulillah, baby kuat...
Tapi tak berhenti kat situ... Bile bgn pagi esoknya ada tompok darah sebesar duit syiling 10 sen...
Mmg tak duduk diamlah saya.. Terus check kat internet, rupanya 'implantation embrio'..
Oh, ok.. Saya pasti itu yg berlaku sebab takde darah lain yang keluar....

Balik jumpe suami, saya cakap nak wat ujian UPT (Urine Pregnancy Test)...
Weekend tu kami balik kampung, beli test kit tu kat Guardian if tak silap...
Pagi ahad saya check, ada keluar dua line, tapi line satu lagi sgt kabur..
Suami cakap negatif, saya beria cakap positif...
Ok, tak melawan... Sebenarnya taknak mengharap sebab saya masih belum lewat datang period lagi...
Lagi seminggu untuk pastikan...
Selepas seminggu, saya buat ujian UPT sekali lagi.. 
Dan akhirnya, kami bersyukur sangat pada ALLAH...
Memang jelas clear dua line untuk keputusan ujian UPT, maknanya saya mengandung....
Alhamdulillah....

InsyaALLAH,saya akan kongsikan next entri berkaitan pengalaman saya ketika mengandung trimester pertaman....
Dan juga persiapan dari segi supplement sebelum dan semasa saya hamil...
Doakan supaya saya dan baby sentiasa sihat...
Aminn.. =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads