Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

~Istimewanya ISTERI~

SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca dalam akhbar dan media massa tentang keruntuhan rumahtangga masyarakat Islam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan bawahan malah golongan berada juga tidak dapat lari daripada permasalahan ini. Ia juga tidak terhad dalam kalangan orang tidak mempunyai didikan agama malah kumpulan ini juga seringkali terjerat di dalam polemik ini.

Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat terhadap orang lain, tetapi sebahagian daripada kita alpa untuk mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita. Sebenarnya Rasulullah SAW lebih mengutamakan melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan kepentingan memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya. Umpamanya, Rasulullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud: “Ingatlah, terimalah wasiatku, gauli wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik.” - Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah di atas jelas memberi panduan kepada kita tatacara bagaimana pergaulan antara suami isteri harus dilakukan. Ia juga menitikberatkan hak dan tanggungjawab bersama. Malah tanggungjawab mendidik isteri yang terletak di bahu suami juga diperincikan sehingga dalam keadaan isteri melakukan perkara yang menyimpang dan keji telah diberikan garis panduan menanganinya.
  
  
Oleh yang demikian melayani isteri dengan cara yang terbaik amatlah dituntut dalam Islam. Wanita dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk kiri lelaki yang mempunyai signifikan amat besar. Tulang rusuk itu sebenar terlalu hampir dengan hati. Oleh itu wanita hendaklah sentiasa berada di hati lelaki (suami) untuk dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada kepala untuk dijunjung atau dipuja oleh lelaki, mereka juga tidak dijadikan daripada kaki untuk dipijak atau dihina. Inilah kedudukan istimewa wanita yang telah dinobatkan oleh Islam. Tulang rusuk yang bengkok itu pula simboliknya perlu diluruskan dengan penuh hati-hati dan penuh hikmah agar tidak patah semasa diluruskan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik. Dan sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya.” - Riwayat Ahmad.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah bersabda maksudnya: ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri yang solehah.” - Riwayat Muslim, Nasai Ibn Majah dan Ahmad
Jelaslah daripada dua hadis yang dinyatakan di atas ketinggian kedudukan isteri di samping suami. Hakikat ini perlulah disedari oleh golongan suami. Ini adalah kerana sebahagian suami mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak wanita itu sendiri.
Memanglah kuasa ketua keluarga itu diberikan kepada para suami namun kuasa tersebut hendaklah ditadbirkan dengan adil mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri.

Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna sudah tentu akan mengundang polemik antara suami isteri tersebut dan suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna sudah tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan itu. Kuasa tersebut sebenarnya bukanlah suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendaklah digalas dengan sempurna.

Dalam Islam, apabila suatu keistimewaan diberikan kepada seseorang ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang dibebankan kepada seseorang.

Walaupun suami dibebankan dengan tanggungjawab, isteri juga tidak terlepas daripada peranan yang perlu dijalankan dalam sesebuah keluarga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidak seorang lelaki pun yang mengajak isterinya ke katilnya (untuk disetubuhi) lalu isteri itu enggan kecuali malaikat yang di langit marah kepadanya hinggalah suami tersebut reda kepada isteri itu.” - Riwayat Muslim

  
Alangkah indahnya hubungan antara suami isteri yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas, berteraskan kepada akhlak yang digariskan oleh Rasulullah. Islam menganjurkan perbuatan baik kepada isteri dan ahli keluarga sama ada dengan memberi layanan yang baik ataupun menggembirakan hati mereka dengan memenuhi hasrat mereka yang munasabah dan di dalam kemampuan suami.

Dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa hubungan suci suami isteri ini hendaklah berasaskan kepada piawaian hukum syarak bagi mengemudi bahtera rumahtangga agar apabila dilanda badai dan ombak bahtera rumahtangga ini tetap utuh. Itulah sebabnya perbandingan yang sering dibuat kepada pembinaan rumahtangga sebagai pembinaan sebuah masjid.

Meruntuhkan rumahtangga samalah seperti meruntuhkan sebuah masjid. Meruntuhkan sebuah masjid mempunyai implikasi besar kepada umat Islam kerana sebuah masjid yang makmur menggambarkan umat Islam yang bersatu dan berteraskan kepada syariah Islam.

Kesimpulannya, seorang suami hendaklah menghargai apa yang dilakukan oleh isterinya di dalam membentuk rumahtangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain. Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan oleh agama. Isteri pula harus akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.


Semangat dan falsafah hadis di atas sebenarnya telah diolah kembali dan digubal di dalam Undang-Undang Keluarga Islam dan juga Undang-Undang Jenayah Syariah. Undang-undang tersebut memperuntukkan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh suami isteri. Ia juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang boleh di hukum seperti mencuaikan isteri, nusyuz, ingkar perintah mahkamah dan lain-lain. Namun undang-undang dan mahkamah hendaklah dijadikan jalan terakhir penyelesaian kemelut rumahtangga. Didikan dan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab adalah lebih utama berbanding aspek hukuman.

Oleh DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 09 September 2015

Monday, 11 May 2015

3M dalam PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum....


Apa itu 3M?
1- Membaca
2- Mengira
3- Menulis

Kerajaan Malaysia mensasarkan setiap warganegara Malaysia berupaya mengaplikasikan 3M ini dalam kehidupan mereka...

Harapnya muda mudi sekarang ini berupaya membaca tulisan jawi juga..

SELAMAT HARI GURU... 😄😘💗👍

Tuesday, 10 February 2015

NAMAKAN PENERIMA SIMPANAN KWSP ANDA HARI INI JUGA!

Pengenalan
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.
Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.
Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
·         Anda berumur 18 tahun atau lebih.
·         Anda seorang warganegara Malaysia.
ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk  mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
Bukan Warganegara Malaysia yang
o    Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU

o    Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Siapa Yang Boleh Dinamakan? 
·         Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar' sebagai penama/pentadbir. Mana-mana ‘orang sebenar' adalah merujuk kepada individu dan bukannya organsasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.
·         Anda dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu/bapa untuk menerima/mentadbir simpanan anda. Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris.
Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam
·         Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak.
Penamaan Bagi Ahli Bukan Islam
·         Penama adalah merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia.
·         Bagi ahli bukan beragama Islam, jika penama meninggal dunia
o    Sebelum kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat ahli yang meninggal dunia.
o    Selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama. Ini kerana penama adalah pemilik mutlak simpanan ahli yang meninggal dunia.
Bagaimana Membuat Penamaan?
Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut  dengan lengkap dan teratur:-
·         Borang Penamaan (KWSP 4)
·         Salinan Kad Pengenalan Diri sama ada;
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)
ATAU
Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan sendiri oleh ahli di mana-mana Pejabat KWSP.
CATATAN:
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.
Saksi-Saksi Yang Dibenarkan
Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan dalam borang penamaan itu, petugas kaunter KWSP dan anggota KWSP.
Bagaimana Penamaan Anda Boleh Terbatal?
Penamaan yang dibuat boleh terbatal sekiranya:-
·         Semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa ahli masih  hidup.
·         Ahli mengemukakan Notis Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
·         Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
CATATAN:
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.
Wasiat tidak membatalkan penamaan.
Bagaimana Mengemaskini Penamaan?
Penamaan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum anda mencapai umur 75 tahun. Pengemaskinian penamaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru. Borang KWSP 4 yang baru akan membatalkan penamaan anda yang terdahulu.
Bagaimana Penamaan Boleh Disemak?
Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh menyemak penamaan tersebut melalui cara berikut:-
·         Menyemak status penamaan melalui kemudahan i-Akaun (Ahli);
·         Hadir di mana-mana Pejabat KWSP;
·         Melengkapkan Borang Semakan Penamaan (KWSP 4B) dan menyertakan salinan kad pengenalan/bukti pertalian ke alamat seperti berikut:-

Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.
(U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)
STATUS PENAMAAN KE ATAS AHLI YANG MEMBUAT PENGELUARAN 55 TAHUN BAGI TEMPOH-TEMPOH BERIKUT;


SEBELUM
1 NOVEMBER 2007

TEMPOH PERALIHAN
1 NOVEMBER 2007 –
31 JANUARI 2008

MULAI 1 FEBRUARI 2008
·         Sekiranya ahli telah membuat pengeluaran keseluruhan kredit di bawah pengeluaran 55 tahun. Penamaan yang dibuat oleh ahli sebelum pengeluaran 55 tahun dianggap tidak terpakai bagi caruman baru yang dibuat.
·         Dalam ertikata lain jika ahli mencarum semula dan kemudiannya meninggal dunia -
            i.        Penamaan terdahulu tidak terpakai;
           ii.        Pembayaran dibuat kepada waris menurut Peraturan 8 "Pembayaran atas kematian ahli jika tiada penamaan."
·         Sekiranya ahli membuatpengeluaran umur 55 tahun sekali gus iaitu mengeluarkan kesemua simpanan, maka penamaan yang dibuat sebelum ini tidak lagi terpakai.
·         Sekiranya ahli masih bekerja dan memilih untuk mencarum semula, ahli hendaklah membuat penamaan baru bagi caruman baru tersebut.
·         Sekiranya ahli membuat pengeluaran umur 55 tahunselain daripada sekali gus(sama ada pengeluaran bila-bila masa atau bayaran bulanan), maka penamaan ahli yang telah dibuatsebelum ini adalah terpakai selagi ahli masih mempunyai baki simpanan di KWSP(termasuk simpanan di mana-mana sub akaun).
·         Pengeluaran 55 tahunsama ada penuh, sebahagian, bulanan atau secara kombinasi tidak membatalkan penamaan. Pembatalan penamaan hanya merujuk kepada keadaan-keadaan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan KWSP 2001.
 

Pertanyaan
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai penamaan, sila hubungi:-
·         Mana-mana Pejabat KWSP
·         Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-89226000
·         Maklum balas online, http://enquiry.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli apabila berurusan dengan KWSP.
Anda Keutamaan Kami


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads