Showing posts with label JoDoH. Show all posts
Showing posts with label JoDoH. Show all posts

Thursday, 6 August 2015

~Belaian Jiwa~


~BELAIAN JIWA~
 ~ INNUENDO~

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia

Oh belaian jiwa


Thursday, 29 August 2013

::PasTiKan::


::PASTIKAN::
~Siti Nurhaliza~


Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


♥♥♥


Wednesday, 28 August 2013

~SYURGA untuk WANITA yang MENTAATI SUAMI~



Bismillahirrahmanirrahim....

Sudah hampir 1 minggu keseorangan kat rumah sewa...
Minggu lepas pun sama...
Sunyi sebab takde kawan untuk bercerita... Huhu...
Jadi memandangkan sudah lama tidak mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias, jadilah video ini sebagai sumber ilmu dan penghibur hati...
Beshhhhh.... =D

Jom dengar tazkirah dari Ustaz Kazim Elias....
Nasihat untuk wanita yang bergelar isteri....
Ada juga diselitkan nasihat untuk lelaki yang bergelar suami...
Semoga mendapat manfaat... Amiinn...




~ (^_^)~

Friday, 23 August 2013

::PETUA MEMBELAI CINTA::

Petua Membelai Cinta
~Ustadz Ismail Kamus~




        INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

        Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri"

        Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

        Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

        Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

        Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

        Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.


WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK 

        Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

        Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN? 

        Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

        Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

        Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasanga kala peringka pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA 

        Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.

        Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

        Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

        "Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, sisuami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

        Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

        Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.


TEGUR CARA BERHIKMAH 

        Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: 

"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan."

        "Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

        Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

        Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya, 

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." 

        Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

        Nabi bersabda, "Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."


Dedahan Ustaz penuh bermakna.



Wallahu'alam.



Friday, 14 June 2013

R.I.N.D.U


Surat rindu...
Standard ayat budak remaja ke standard ayat orang tua jiwang...
Hehehe...

Copy paste dari internet...
Bukan buat sendiri okeh... 
Thanks pakcik Google... =)


Friday, 1 March 2013

~KASIH~

Bismillahirrahmanirrahim....


Antara kasih dan ingin...
Antara kasih dan kenyataan...
Antara kasih dan kasihan....

Dia kasih tetapi dia sakit....
Dia kasih tetapi dia sedih...
Dia kasih tetapi dia berlalu pergi....

Tanda kasih ialah menjaga....
Tanda kasih ialah mendoakan...
Tanda kasih ialah berkorban...
Tanda kasih ialah jujur akan segalanya....
Tanda kasih ialah berusaha menjadi yang terbaik...

Masih adakah kasih untuk dia??? 
Pergi meninggalkan tanpa sebarang kata dan mahu bertandang pada bila-bila masa sahaja...

Kasih sejati bukan pada harta atau wang ringgit...
Cukuplah menggunakan keduniaan semata-mata untuk menagih kasih...
Sebab kasih yang sebenar lahir dari hati...
Teristimewa untuk yang benar-benar menghargai...

Kasih itu bukan untuk dia...
Carilah kasih lain yang akan hadir khas untuk dirinya...
Carilah tanpa ego, dan dendam yang membara...
Carilah dengan hati supaya tiada lagi menyakiti...
Supaya kasih yang hakiki akan diketemui...


~I LOVE YOU~
♥♥

::Syamimi Hj Rahman::

Thursday, 13 December 2012

::Tweet-Tweet Cinta::

Bismillahirrahmanirrahim....



Cinta selepas nikah...
Ungkapan yang mudah diungkapkan...
Tetapi agak sukar dipraktikkan...
Entah di mana yang sukar...
Adakah pada perasaannya, atau pelaksanaannya...
Benar, semua itu perlukan kekuatan dan kesungguhan...

Insan bergelar Hawa, pastinya mereka tidak mahu cinta itu sekadar ungkapan...
Sudah pastinya disertai dengan tindakan yang meyakinkan...
Naluri kelembutan mereka senantiasa mahukan perhatian dan kasih sayang...
Dan di sini selalunya syaitan membisikkan...
"Kalau cinta, berilah segalanya supaya si dia takkan lari ke mana-mana.."
Itulah perhitungan yang silap dan membawa padah...
Kerana si dia bukanlah putera impian yang diharapkan...



Dek kerana cinta yang terlalu mendalam...
Kadangkala perempuan tersalah langkah...
Perasaan yang tidak berbelah bahagi hanya untuk cinta hati mereka...
Mereka terlupa bahawa cinta itu hanya untuk suami yang sah baginya...
Bukan kepada lelaki yang tahu bermain kata...
Sehingga mereka sanggup berkorban jiwa, raga dan segalanya...
Dan ada yang membuang keluarga...


Bagi wanita...
"Action speaks louder than words"...
Bukan hanya pada kata-kata, tetapi pada perbuatan juga...
Bukan dia tidak cinta, tetapi dia sedaya upaya cuba menjaga batasnya...
Memang dia cinta sedalam-dalamnya...
Sehingga terkadang dia hampir mengalah....
Namun dia sedar, dia perlu bersabar...
Bukan untuk siapa-siapa...
Tetapi untuk yang Maha Esa...
Bila perbuatan cinta itu berlandaskan syariat, sudah pasti manisnya sangat terasa...



Cinta bukan merosakkan tetapi menyembuhkan...
Cinta bukan menghina tetapi menjaga...
Cinta bukan menyesatkan tetapi membimbing ke arah yang lebih baik...
Tiada cinta yang lebih utama, melainkan cinta kepada ALLAH...
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah... (^_^)

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu... 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah...
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi ingatan..."
::Imam Hassan Al-Basri::



Saturday, 17 November 2012

::Jauh Di Mata, Dekat Di Hati::

Bismillahirrahmanirrahim...



Istilah yang seringkali kita dengar apabila pasangan yang diuji dengan hubungan jarak jauh...
Seorang di timur, seorang di barat...
Seorang di utara, seorang di selatan...

Sungguh mencabar namun ada hikmah akan aturan Allah ini...
Jauh di mata bukan bermakna turut jauh di hati...
Tidak sama sekali kerana ianya satu kelebihan dalam mematangkan perhubungan...
Bahkan boleh dianggap sebagai satu proses didikan...



Didikan kepercayaan...
Didikan kesetiaan...
Didikan toleransi...
Bahkan juga didikan diri dalam pengharapan kepadaNYA...

Bukankah hati kita semua milik Allah Taala..
Hanya dengan mengingatiNYA, hati kita akan menjadi tenang...
Bila kita menyerahkan hati pasangan kita kepada Allah untuk dijaga, dan dipelihara...
Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan...
Percayalah dan yakinlah dengan Allah yang Maha Pemelihara lagi Maha Penyayang...

Selain berdoa, berusahalah agar jarak yang jauh itu menjadi dekat...
Supaya tempoh jarak itu tidak terlalu lama...
Dan membolehkan kita sentiasa di sisinya tatkala susah dan senang...




Dear HEART...
Please be tough and be patient...
(^_^)

Thursday, 25 October 2012

::Bukan Lagi Sebuah Kisah::



Dia pernah dicintai oleh seseorang....
Dia juga pernah menghampakan hati insan yang lain...

Bukan kerana dia memilih...
Bukan juga kerana dia sengaja menyakitkan...
Tetapi dia tidak pernah mengharap kasih yang keterlaluan buat dirinya...
Di saat dia sendiri tidak bersedia...

Cuma dia tidak akan menjadikan segalanya menjadi sia-sia...
Sudah pasti dia akan memberikan kata-kata yang tegas tetapi cukup untuk difahami....
Dia sesekali tidak akan membiarkan insan itu terus-terusan mengharap pada yang tidak pasti...
Walaupun terpaksa melukai...

Namun begitu, dia tidak akan membiarkan insan itu menjadi lemah longlai...
Hanya dengan kata putus yang dilontarkannya...
Tetapi dia cuba membimbing, memberi kata nasihat...
Memberi kekuatan supaya apa pun yang berlaku, insan itu akan sentiasa kuat...



Ya, dia sesekali tidak akan menjadi racun kepada insan yang mencintai dirinya...
Walaupun cinta itu tidak akan dibalasnya....

Dan di saat itu segalanya menjadi begitu mudah...
Insan itu terus maju melangkah tanpa perlu dijatuhkan...
Seakan sedar akan si dia yang tidak mungkin dimiliki...
Bahkan mula akur dengan takdir Ilahi...

Solusinya sangat mudah...
Dia punyai prinsip untuk tidak mengalah...
Tetapi dia takkan pernah membiarkan insan itu lemah...
Sehingga pada satu tahap, dia dan insan itu tidak lagi menjadi sebuah kisah....


♥♥♥
"Some days, I worry about my actions and thoughts...
Some days, I wonder if what I'm doing is right...
But then, I remember You are the One to look to...
The One I should trust in most...
ALLAH, You are the Giver of Mercy...
And I Love You..."
♥♥♥

Wednesday, 17 October 2012

::PeriHaL JoDoH::



Bila bercakap pasal jodoh, masing-masing ada persepsi yang tersendiri... Bagi mereka yang masih sendiri iaitu  yang belum berkahwin, perihal jodoh boleh jadi sesuatu yang membahagiakan hati mereka ataupun seseuatu yang sangat melukakan hati mereka... Jodoh selalu kita kaitkan dengan seseorang yang kita kahwini kerana perasaan cinta dan sayang padanya... 

" Jodoh itu rahsia Allah... 
Dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak... 
Kerana takdir telah menentukan JODOH ITU MILIK KITA... 
Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali...." 

(JODOH ITU MILIK KITA)

Ada orang bercinta bertahun-tahun, tetapi mereka tiada jodoh, dan masing-masing berkahwin dengan orang lain... Aishh, banyak sangat situasi yang berlaku... Tapi itulah yang dinamakan jodoh... Takdir dan ketentuan Allah...

Perkahwinan di Malaysia kebanyakannya sangat goyah... Bayangkan, kes penceraian berlaku setiap 15 minit di Malaysia (klik sini).. Semoga kita semua dijauhkan dengan semua itu... Adakah jodoh yang salah atau sebenarnya cara mencari jodoh itu yang salah... Mana mungkin salah memilih jodoh sekiranya pasangan yang dikahwini adalah pilihan hati, bahkan bertahun menyulam kasih dengan semua perkara seperti sudah diketahui... Warna apa yang disukai, makanan apa yang digemari, binatang apa yang ditakuti dan sebagainya... 

...DOA UNTUK AWAK YANG TERISTIMEWA... 

Pelik bin kelakar... Sebab dalam membina rumah tangga, asas ini bukanlah yang terpenting.... Asas yang sebenarnya bermula dalam diri kita dan pasangan kita...Ya, asas dalaman...  Bukan yang luaran.... Bagaimana hubungannya dengan keluarga, rakan2, dan mereka yang di sekeliling.. Cukupkah solatnya, puasanya... Bagaimana dia mengendalikan perasaan amarahnya, dan juga bagaimana dia melontarkan kata-katanya.. 

Selain itu kita juga perlu sedar apabila kita berkahwin, kita sebenarnya bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, bahkan juga dengan keluarga pasangan kita... Ayah, emak, adik beradik, pakcik makcik, atuk, nenek, saudara mara... Lihat, ramai kan.. Bermacam orang, bermacam ragamnya... 

Perkahwinan yang baik dibina berdasarkan kasih sayang, rasa hormat, kesabaran, dan saling melengkapi di antara suami dan isteri... Dan yang paling penting, kasih dan sayang kepada pasangan kita semata mata kerana Allah... Bukan kerana rupanya, hartanya, atau keturunannya... Tetapi kerana agamanya... Selain itu, jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan kita, kerana dia adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekurangan... 

Suami, jangan pernah melukakan hati isteri anda.. Sayangi dia dan bimbinglah dia.... Isteri, hargailah kasih sayang suami anda... Kerana syurga seorang isteri terletak pada redha suaminya.... Bukankah redha Allah terletak pada redha suami... Sentiasalah berusaha yang terbaik untuk pasangan anda... Kerana syurga sedang menanti anda berdua.. InsyaALLAH.... (^_^) 


"When nails grow, we cut the nails; not the fingers...
Similarly, when misunderstandings grow, we should cut the misunderstandings; not the relationship..."

~Syamimi Hj Rahman~

Wednesday, 19 September 2012

::Ujian CINTA::


.

...LOVE STORY...

Cerita yang seakan indah tetapi sebenarnya penuh dengan onak dan duri...
Permulaan memang manis belaka... 
Tetapi di pertengahannya memerlukan hati dan minda yang kuat..
Tidak semua cerita akan berada pada tahap yang menyenangkan...
Pasti akan terselit kisah duka...
Sebagai syarat kepada Ujian Cinta...

Memilih teman hidup bukannya keputusan main-main...
Bukannya satu perjudian...

Dia tanggungjawab kita...
Masa hadapan kita...
Bukan sahaja di dunia...
Tapi di akhirat sana...

Bukan cakap-cakap kosong semata...
Tapi perlukan mujahadah dan doa sentiasa...
Mengimpikan dia dan kita akan bertemu di syurga yang abadi...

Ingatlah...
Dia hanyalah pinjaman daripada ALLAH...
Hati dan tubuh dia milik ALLAH...
Bila ujian cinta datang, sedarlah...
Hanya pada ALLAH kita serahkan segalanya...
Bertawakkal...


Bila satu masa dia pergi dari kita...
Bertemu cinta yang lain di dunia ini...
Atau bertemu cinta abadi di akhirat sana...

Melangkahlah dengan penuh kekuatan...
Dengan kecekalan...
Berbekalkan doa dan harapan...

Allah Maha Mengetahui...
Allah Maha Mengasihi...
Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...


Thursday, 16 August 2012

♥...Aku Terima Nikahnya...♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Video daripada Ustaz Kazim Elias untuk perkongsian semua...
Semoga mendapat manfaat... ^_^

Link bawah ni untuk Aku Terima Nikahnya ( Video 2 )

Wednesday, 15 August 2012

:: Cerita Cinta, Cerita Kahwin, Cerita Isteri Solehah ::

Klip Satu: Apa itu Cinta?
Klip Dua: Kenapa Bila Kahwin Ada Masalah?
Klip Tiga: Nikmat Mendapat Isteri Solehah
~ Selamat Menonton ~ (^_^)

:: Kahwin Kerana Agamanya ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini tuan punya blog nak kongsi video daripada Ustaz Kazim Elias berkenaan dengan pemilihan calon pasangan....
Pilih yang beragama, tahu agama, dan ada 'willing' untuk belajar agama... 
Selain beragama, baik perangai, berbudi dan bijak dalam mengendalikan masalah juga merupakan ciri2 yang patut ada pada pasangan suami isteri....
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video ni....
InsyaAllah....


(Klip satu: Berkahwinlah kerana Agamanya)
(Klip dua: Pilih lelaki yang beragama)
p/s: Selamat Menonton.. 

Tuesday, 31 July 2012

::Nukilan Si Gadis::


Kawan pemuda itu pernah cuba menyampaikan...
Menerangkan kenapa mata si pemuda selalu melirik kepada si gadis itu..
Menerangkan rahsia senyuman pemuda itu tatkala terserempak dengan si gadis...
Sehingga cuba mendapatkan cerita yang cuba dikemas simpan dalam hati..

Si gadis cuba menjauhkan diri..
Bukan mahu menafikan dan bukannya menjual mahal..
Tetapi tidak senang dengan kelakuan si pemuda...
Mata melirik ke arah si gadis itu, tetapi mendekati gadis-gadis yang lain...

Ya, kerana si gadis bukannya sebarangan perempuan yang mudah didekati...
Dibawa ke sana ke mari...
Sehingga berpagi pagi...


Pemuda itu telah menggunakan teori yang salah...
Teori berkenalan dengan ramai gadis dan kemudiannya mahu menjadikan isteri di kalangan mereka...
Logik akal dan hati mana yang dia cuba praktikkan...

Bukankah dia tidak tahu dia telah menyebabkan kawan si gadis memendam rasa, mengalirkan air mata...
Perkenalan yang rancak, disusuli bait-bait pemanis kata...
Rupanya kawan si gadis hanya dianggap sebagai pengisi kesunyian dan kawan semata-mata...

Pemuda,
Gadis mana yang kamu inginkan?
Adakah gadis yang mudah ditakluki hatinya oleh ramai pemuda...
Adakah gadis yang sentiasa bermanja dan mudah bermesra dengan pemuda yang lain...
Adakah gadis yang mudah diusung ke sana ke mari oleh kamu atas dasar teman...
Sehingga berpagi pagian...
Adakah gadis yang sentiasa melayan mesej pemuda yang lain di laman sosialnya..
Hanya kerana semua pemuda kenalannya diistilahkan sebagai kawan dan teman...

Kalau itu yang kamu cari,
Kamu bukan mencari si gadis itu...


Dan si gadis itu tetap setia sebagai pemerhati..
Selangkah si pemuda rapat kepadanya, beribu langkah dia menjauhkan diri...
Mungkin kerana gelagat si pemuda selalu di depan matanya...
Menyebabkan si gadis muak untuk mendekatinya, apatah lagi menerimanya..

Namun sampai bila si gadis perlu melarikan diri...

Tatkala si pemuda berusaha mendapatkannya..
Usaha dengan cuba menjadi yang terbaik..
Usaha memenuhi syarat-syarat si gadis...

Maaf..
Syarat itu bukan untuk kamu...
Walau kamu menawarkan harta dan kemewahan kamu...
Walau kamu seakan akan sudah menyesali perbuatanmu...

Maaf..
Bukan peluang si gadis yang kamu perlukan sebenarnya...
Tetapi peluang yang satu lagi...
Peluang untuk kamu membaiki kesilapan kepada kawan si gadis...

Maaf..
Si gadis bukan mencari sang 'buaya'...
Tetapi bapa kepada anak-anaknya...
Peneman setia disisinya..
Sehingga ke SYURGA-NYA...

:: NuKiLaN Si GaDiS ::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads