Showing posts with label MoTiVaSi. Show all posts
Showing posts with label MoTiVaSi. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

~Istimewanya ISTERI~

SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca dalam akhbar dan media massa tentang keruntuhan rumahtangga masyarakat Islam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan bawahan malah golongan berada juga tidak dapat lari daripada permasalahan ini. Ia juga tidak terhad dalam kalangan orang tidak mempunyai didikan agama malah kumpulan ini juga seringkali terjerat di dalam polemik ini.

Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat terhadap orang lain, tetapi sebahagian daripada kita alpa untuk mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita. Sebenarnya Rasulullah SAW lebih mengutamakan melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan kepentingan memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya. Umpamanya, Rasulullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud: “Ingatlah, terimalah wasiatku, gauli wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik.” - Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah di atas jelas memberi panduan kepada kita tatacara bagaimana pergaulan antara suami isteri harus dilakukan. Ia juga menitikberatkan hak dan tanggungjawab bersama. Malah tanggungjawab mendidik isteri yang terletak di bahu suami juga diperincikan sehingga dalam keadaan isteri melakukan perkara yang menyimpang dan keji telah diberikan garis panduan menanganinya.
  
  
Oleh yang demikian melayani isteri dengan cara yang terbaik amatlah dituntut dalam Islam. Wanita dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk kiri lelaki yang mempunyai signifikan amat besar. Tulang rusuk itu sebenar terlalu hampir dengan hati. Oleh itu wanita hendaklah sentiasa berada di hati lelaki (suami) untuk dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada kepala untuk dijunjung atau dipuja oleh lelaki, mereka juga tidak dijadikan daripada kaki untuk dipijak atau dihina. Inilah kedudukan istimewa wanita yang telah dinobatkan oleh Islam. Tulang rusuk yang bengkok itu pula simboliknya perlu diluruskan dengan penuh hati-hati dan penuh hikmah agar tidak patah semasa diluruskan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik. Dan sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya.” - Riwayat Ahmad.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah bersabda maksudnya: ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri yang solehah.” - Riwayat Muslim, Nasai Ibn Majah dan Ahmad
Jelaslah daripada dua hadis yang dinyatakan di atas ketinggian kedudukan isteri di samping suami. Hakikat ini perlulah disedari oleh golongan suami. Ini adalah kerana sebahagian suami mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak wanita itu sendiri.
Memanglah kuasa ketua keluarga itu diberikan kepada para suami namun kuasa tersebut hendaklah ditadbirkan dengan adil mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri.

Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna sudah tentu akan mengundang polemik antara suami isteri tersebut dan suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna sudah tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan itu. Kuasa tersebut sebenarnya bukanlah suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendaklah digalas dengan sempurna.

Dalam Islam, apabila suatu keistimewaan diberikan kepada seseorang ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang dibebankan kepada seseorang.

Walaupun suami dibebankan dengan tanggungjawab, isteri juga tidak terlepas daripada peranan yang perlu dijalankan dalam sesebuah keluarga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidak seorang lelaki pun yang mengajak isterinya ke katilnya (untuk disetubuhi) lalu isteri itu enggan kecuali malaikat yang di langit marah kepadanya hinggalah suami tersebut reda kepada isteri itu.” - Riwayat Muslim

  
Alangkah indahnya hubungan antara suami isteri yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas, berteraskan kepada akhlak yang digariskan oleh Rasulullah. Islam menganjurkan perbuatan baik kepada isteri dan ahli keluarga sama ada dengan memberi layanan yang baik ataupun menggembirakan hati mereka dengan memenuhi hasrat mereka yang munasabah dan di dalam kemampuan suami.

Dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa hubungan suci suami isteri ini hendaklah berasaskan kepada piawaian hukum syarak bagi mengemudi bahtera rumahtangga agar apabila dilanda badai dan ombak bahtera rumahtangga ini tetap utuh. Itulah sebabnya perbandingan yang sering dibuat kepada pembinaan rumahtangga sebagai pembinaan sebuah masjid.

Meruntuhkan rumahtangga samalah seperti meruntuhkan sebuah masjid. Meruntuhkan sebuah masjid mempunyai implikasi besar kepada umat Islam kerana sebuah masjid yang makmur menggambarkan umat Islam yang bersatu dan berteraskan kepada syariah Islam.

Kesimpulannya, seorang suami hendaklah menghargai apa yang dilakukan oleh isterinya di dalam membentuk rumahtangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain. Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan oleh agama. Isteri pula harus akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.


Semangat dan falsafah hadis di atas sebenarnya telah diolah kembali dan digubal di dalam Undang-Undang Keluarga Islam dan juga Undang-Undang Jenayah Syariah. Undang-undang tersebut memperuntukkan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh suami isteri. Ia juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang boleh di hukum seperti mencuaikan isteri, nusyuz, ingkar perintah mahkamah dan lain-lain. Namun undang-undang dan mahkamah hendaklah dijadikan jalan terakhir penyelesaian kemelut rumahtangga. Didikan dan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab adalah lebih utama berbanding aspek hukuman.

Oleh DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 09 September 2015

Thursday, 6 August 2015

Bila Kematian Dapat Dihidu

Bismillahirrahmanirrahiim....

Kematian pasti menghampiri siapa jua...
Kita semua akan mati...
Masa tu semua harta, duit dan orang yang kita sayang terpisah dari kita..
Melainkan 3 perkara...
Pertama sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat; dan ketiga doa anak yang soleh...



Ada orang yang menghidap penyakit serius seperti barah, selalunya akan tahu bila dia akan mati..
Awal-awal lagi dia akan buat wasiat ke mana harta dia akan wariskan...
Sudah tentu kepada yang tersayang...
Dan dia akan banyak melakukan amal soleh dan sedekah jariah...
Memang sedih bila kita dapat tahu kita tidak lama di dunia ni..
Sebab selalunya doktor akan bagitahu 6-12 bulan tempoh hidup...
Tapiiiii... Kita kena ingat kematian tu rahsia Allah...
Mungkin orang yang menghidap barah tu akan mati tetapi tidak mustahil kalau dia meninggal disebabkan kemalangan dan bukannya barah...

Sangat takut bila cerita bab kematian...
Terutamanya bila berkaitan dengan orang yang kita sayang...
Sedih dan teringat sehingga bertahun-tahun, tersemat dalam hati..
Bila bersama dengan orang yang kita sayang, pengalaman ini mengajar kita...
Dia akan pergi, aku pun akan pergi....
Saat itu, sejuta kekuatan cuba mempasakkan kaki di bumi supaya tidak tumbang...
Hanya Allah Maha Mengetahui bila dan di mana kita akan berakhir di bumi ini...                                            

                                                       

Thursday, 23 July 2015

Emak Garang

Aku mengaku emak aku seorang yang garang... Ayah garang tapi sebab aku anak perempuan kesayangan, ayah kurang garang dengan aku....

Aku bersyukur emak dan ayah aku garang.. Sebab alhamdulillah aku menjadi orang walaupun orang biasa-biasa sahaja.. Bayangkan kalau emak ayah tak garang, mesti aku ingat semua yang aku buat betul... 

Garang emak memang membuatkan aku menangis duduk dalam bilik teresak esak sampai makan pun aku tak ada selera.. Kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa aku ni anak angkat sebab tak tahan kena marah selalu, cubitan di badan, hanger singgah di kaki dan telinga kena piat... Tapi garang-garang emak, aku masih sayang dan hormat pada emak.. Garang- garang emak, aku cukup makan, cukup pakai, bila aku demam emak tak tidur malam jaga aku...Sebab tu aku sayang dan rindu sangat pada mak aku.. Buktinya, bila aku sekolah asrama tiap malam aku akan call emak tanpa 'miss' sampai aku habis sekolah guna public phone (duit syiling sudah tentu banyak habis) dan bila aku belajar di universiti aku kurang sikit call emak sebab kawan-kawan selalu panggil aku anak emak @ anak manja dan alasan ada boyfriend itu memang bohong..

Aku bukan anak manja tapi mungkin ada sesuatu yang aku kekurangan dalam diri aku menyebabkan kalau aku jumpa makcik-makcik, atau akak-akak yang matang, aku akan menjadi manja ibaratkan mereka ni seperti emak aku.. Sudahnya, ramai nak angkat aku jadi anak angkat, adik angkat.. Terus terang, aku memang tak suka  angkat-angkat ni.. Pada aku hubungan tetap terjalin dengan baik tanpa perlu diangkat.. Tapi macammana baik aku dengan mereka, emak aku tetap nombor satu dalam hati aku... Kalau harta aku melimpah, emaklah yang aku akan bagi tanpa berkira.. Cuma yang melimpah sekarang ni kasih sayang dan doa tanpa henti buat emak dan ayah aku...

Sekarang ni aku dah ada anak... Sudah tentu aku takut kalau aku terlebih garang atau terlebih manjakan dia.. Cuma aku taknak jadi emak yang takut dengan anak-anak dan anak-anak takut dengan emaknya... Biarlah bersederhana... 

Nanti aku sambung lagi sebab banyak keja kena buat....

************************************************************************

Monday, 6 July 2015

Tips Belajar dan Berjaya di Universiti

Assalammualaikum semua...


Hari ini banyak masa pula saya nak rewind zaman belajar di Universiti...
Tiba-tiba saya rindukan kenangan bersama kawan-kawan...

Seseorang yang mahu berjaya di Universiti perlu menjadi proaktif, rajin dan sentiasa bersemangat..
Maksudnya di sini, kalau esok pagi subjek Kimia, malam sebelum dia dah ulangkaji subjek Kimia tu..
Mana yang kurang faham, dia boleh direct tanya kepada pensyarah...
Tidak perlu tunggu esok lusa, atau kelas seterusnya...

Lagi satu pelajar kena rajin...
Rajin pergi kelas, rajin bertanya dan rajin berkongsi ilmu dengan kawan..
Jangan kedekut ilmu..
Rahsia sebenar dalam pembelajaran, makin kita kongsi ilmu kita, makin kuat dan faham kita terhadap ilmu tu..
Rajin ulangkaji supaya mudah ingat dan tidak mengambil masa yang lama untuk faham bila tiba musim peperiksaan...
Rajin buat nota untuk memudahkan ulangkaji..
Dan paling penting, rajinlah berdoa kepada Allah..


Seperkara lagi, seorang pelajar yang bercita cita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Universiti wajib sentiasa bersemangat setiap hari..
Kalau tak gemar subjek yang diambil contoh Fizik disebabkan susah dan kurang faham, jangan putus asa..
Selalu bertanya kepada pensayarah dan kawan yang memang pandai dalam subjek tersebut...
Dan kalau boleh elakkan dari mengikut kawan yang tidak bersemangat..
Paling penting fokus untuk belajar...
Bukan fokus mencari kekasih hati dan perkara yang melalaikan..

Saya mengaku saya bukanlah seorang yang bijak, dan tidaklah terlalu rajin...
Berdasarkan kesilapan saya ketika belajar Diploma, saya pastikan ianya tidak berlaku ketika saya menyambung Ijazah Sarjana Muda...
Saya pastikan setiap kali kelas, saya mesti fokus , tidak bermain dan tidak berbual atau bercakap dengan kawan...Bercakap bila perlu..
Kemudian, saya akan buat nota selepas kelas.. 
Assignment yang diberikan pensayarah, saya pastikan siap dalam tempoh tiga hari sebab saya tahu akan ada assignment dari subjek lain yang menunggu untuk disiapkan...
Saya juga rajin bertanya dan buat kuiz sesama rakan saya untuk menguatkan lagi kefahaman saya...

Bila ada test bagi subjek yang saya rasa susah, saya akan ke library untuk buat ulangkaji suapaya lebih fokus..
Begitu juga setiap kali peperiksaan...
Library adalah bilik belajar saya..
Dan saya akan cari meja individu untuk mengulangkaji..
Bagi subjek yang susah dan memerlukan pengiraan, saya akan mencari kawan yang boleh membantu saya..

Okey, itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan..
Harap boleh membantu adik-adik yang bersemangat menuntut ilmu...



Monday, 13 April 2015

Pernah tak kau rasa?




Pernah tak kau rasa?
Seakan hidup ini sudah tiada makna lagi..
Ibarat sudah psampai enghujungnya...
Kau tidak lagi mahu meneruskannya...
Penat dengan semuanya..
Penat dengan segala benda yang kau tanggung di dada....

Pernah tak kau rasa?
Kau ingin mulakan kehidupan dengan ingatan baru...
Tanpa sedikit pun mengingati perkara lalu...
Sakitnya, pedihnya hanya Tuhan sahaja Maha Mengetahui...

Pernah tak kau rasa?
Air mata yang tak pernah surut mengalir...
Bergenangnya hanya menunggu masa empangannya pecah...
Dan apabila ia menangis seakan mahu pecah dada...

Pernah tak kau rasa?
Rasa pedih dan sakit yang dibawa seakan tidak pernah dapat diubati...
Kalau kenangannya menyesakkan dan menyakitkan hati....
Rasa seperti mahu mati....

Tapi jangan kau ikutkan rasa hati sebab betul kau akan mati...
Jasadnya seperti kau hidup lagi, tapi dalamannya kau sudah tiada lagi...
Berdoa dan bersabarlah duhai hati...

Allahu...
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani...
Ampunkanlah dosa hambaMU ini ya Allah.. T_T




Friday, 6 February 2015

Tazkirah Untuk Jiwa Rungsing

Bismillahhirramanirrahim....

1. “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

2. “Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )

3. "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." ( Hadis riwayat Muslim)

4. "Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti 'Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." ( Hadis riwayat Ahmad )

5. “Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )



Thursday, 20 February 2014

~Perkahwinan Jarak Jauh~

Assalammualaikum....



“Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!”


Wah, sedar tak sedar dah menghampiri bulan Mac...
Maksudnya lagi 3 bulan pernikahan saya dan suami mencecah anniversary pertama...
Huwaa, nak tulis entri ini pun air mata saya bergenang (dah mengalir pun)...
Sudah lebih 6 bulan saya bekerja jauh dari suami (taknak mengaku PJJ)... Huhu...
Memang cemburu melihat pasangan yang dekat antara satu sama lain..
Tapi saya yakin akan ketentuan Allah..
Hanya mampu berdoa dan berusaha  supaya cepat2 pindah dekat dengan suami...
Alhamdulillah, dan sekarang zuriat kami sedang membesar dengan sihat dalam perut mamanya...
Syukur pada Mu ya ALLAH...

Apa jua kepayahan, keperitan sepanjang berjauhan ini hanya ALLAH yang tahu...
Thinks positive, always thinks good, banyakkan bersabar, banyakkan berdoa...
Semuanya akan menjadi okey... All is well, insyaALLAH...
Walaupun kadang2 (selalu kot) terburai air mata ni.. Hahaa... (iye, cuba menjadi cool)

Sini saya nak kongsikan nasihat daripada Ustaz Hasrizal...
Usaha selagi termampu untuk hidup bersama..
Takmo lama-lama berjauhan...
Semoga dipermudahkan Allah semuanya.. AMinnn... =)

Sebelum tu saya nak kongsi pantun dari Semanis Kurma;

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan tuhan,
Biarpun jauh tetap SETIA...


              Hasrizal Abdul Jamil
·         Berkahwin tetapi berjauhan daripada pasangan, boleh memberikan ‘nikmat’ yang tidak dikecapi sama ada oleh orang bujang mahu pun yang telah berumahtangga iaitu hidup macam orang bujang tetapi tiada tekanan untuk berkahwin sebab sudah berkahwin.


              Hasrizal Abdul Jamil
·         PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja memang susah. Yang penting jangan mengalah!


              Hasrizal Abdul Jamil
·         Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik. Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.


~Selamat Mengambil Input~

(^__^)


Friday, 27 December 2013

~Luahan Perasaan~



Assalammualaikum....

Lamanya tak update blog...
Sebenarnya banyak nak share cerita tapi segan...
Sebab ramai dah tahu siapa pemilik blog ni...
Especially bila ada yang tercari cari cerita terkini daripada saya...
Okey, dah perasan macam artis terkenal...
Saja bagi tajuk entri kali ini ala2 kababooom sikit...
Ngeee... =p

Alhamdulillah, hidup sekarang so far so good...
Setiap kehidupan seorang manusia, kalau takde dugaan maka kita akan jauh daripadaNYA...
Dari situ baru kita sedar kita ni manusia biasa, yang sangat lemah...
Even dengan sekelumit rasa, kita akan boleh jadi 'down' dengan tiba-tiba sahaja...

Kadang-kadang terfikir, apa yang aku nak sebenarnya, semua yang aku minta, Allah dah bagi...
Alhamdulillah, aku syukur sangat....
Even yang aku tak pernah impikan atau kata lain aku tak sangka akan dapat, Allah Maha Pemurah dah anugerahkan...
Sampai menitik air mata sebab begitu kasih ALLAH pada aku....
Kasih sayangNYA yang melimpah ruah...

Ketepikan apa yang aku tak dapat...
Ketepikan sakit pedih yang aku rasakan...
Ketepikan semua dugaan yang aku tempuh...
Rahmat dan rezeki Allah lagi banyak yang aku terima...
Kalau tak kerana sakit, pedih, dugaan tu semua...
Aku tak rasa aku akan hargai kehidupan aku sekarang...
Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH...

Aku selalu pesan pada diri aku...
Jangan pernah rasa iri hati pada orang lain...
Jangan pernah rasa dengki dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain...
Allah Maha Adil, Allah Maha Pengasih....
Kita tak pernah tahu apa yang dia pernah lalui...
Mungkin sebelum ni hidup dia sengsara, derita...
Setiap orang ada rezeki masing2, rezeki tersendiri...
Selalu bersyukur dengan apa yang ada..
InsyaAllah, rezeki kita akan berganda daripada yang sedia ada...

Aku pun manusia biasa...
Lupa, leka, berdosa...
Aku harap aku tak lupa berdoa supaya Allah ampunkan dosa-dosa aku dan dosa-dosa insan yang aku sayangi...
Semoga kasih sayangMU melimpah ruah untuk kami semua, ya Allah...
Amin Ya Rabbalalamin....

I LOVE ALLAH... =)



Wednesday, 11 December 2013

~Sabar Dan Solat~


2 Safar 1435

Jika kita bersetuju yang seluruh kehidupan – sama ada suka atau duka – merupakan ujian, maka penyelesaian kepada bagaimana mahu menghadapi ujian menjadi tersangat mudah. Inilah kunci utama kepada tindakan seterusnya. Kehidupan dunia bukan lagi menjadi sasaran akhir. Ia penting tetapi bukan ia bukan segala-galanya.

Ia hanya laluan yang perlu dilalui bagi menuju destinasi akhir yang kekal abadi, menginap di syurga yang tiada penghujung. Manual menghadapi ujian telah dinyatakan dengan cara yang agak mudah melalui firman Allah SWT. Inilah yang patut dilaksana dan dilakukan oleh semua orang apabila menjalani kehidupan harian. Allah menyatakan secara jelas melalui surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud,

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
 Malah Allah tegaskan sekali lagi melalui surah yang sama tetapi ayat yang berbeza. Ayat 153 ini membawa maksud,
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Saya terkenangkan hari pertama ketika pulang melihat rumah yang dilanda banjir. Hati saya sayu dan sebak melihat keadaan rumah, harta benda di dalamnya terutamanya kitab-kitab yang menjadi kesayangan, kereta NAZA yang masih lagi berbaki hutang yang banyak, dan peralatan elektrik dan perabut yang hampir 100% musnah. Allah gerakkan hati saya untuk mengajak Roza solat sunat dua rakaat dan seterusnya bermunajat kepadaNya.

Allahu Akbar, serta-merta Dia menghilangkan perasaan gundah-gulana, saya boleh bergurau senda dengan tetamu yang hadir malah Allah memberikan kekuatan untuk saya memikirkan apakah rahsia di sebalik ujian yang menimpa kami. Akhirnya, Allah anugerahkan buku ini – Bersyukur Saat di Uji –  yang menjadi tatapan khalayak pembaca.

Sungguh. Ia sangat benar dan sungguh sebagaimana maksud ayat 153 yang mahu manusia meminta kepadaNya walaupun untuk menjalankan perintahNya yakni untuk beramal ibadat. Ia bukan perkara yang senang terutamanya dalam konteks melaksanakan amal ibadat khusus secara ikhlas dan kusyuk.

Malah ia lebih rumit untuk melakukan perkara sunat terutamanya apatah lagi ketika menghadapi ujian yang luar biasa. Manusia sangat cepat berputus asa dan terburu-buru dalam mengambil tindakan. Malah tindakan yang diambil akibat ujian duka yang diterima tidak mempunyai logik akal. Mereka memilih untuk menyusahkan diri sendiri berbanding mencari ketenangan yang hakiki.

Jika ujian suka, mereka akan lebih lagi merai dan menyukakan diri sehingga ia sampai peringkat melampau yang melalaikan, menimbulkan maksiat dan pastinya menjauhkan diri daripada Allah SWT. Hakikat sebenar, Allah memberi kaedah mudah untuk menghadapi sebarang bentuk ujian – duka atau suka – bagi memandu manusia agar sentiasa berada di landasan yang lurus.

Asas utama ke atas segala ujian ialah dengan mendirikan solat dan bersabar. Itulah rahsia sebenar kenapa sesetengah manusia dapat menghadapi sebarang ujian dengan penuh ketenangan. Kesan besar, dalam apa keadaan pun ia akan menyebabkan mereka berjaya menjadikan kehidupan ini ke arah menyembah dan beramal ibadat kepada Allah SWT.

Fitrah manusia gemar bercerita, mengadu atau berkongsi rasa. Mereka yang sedang menghadapi masalah rumahtangga – misalnya – amat gemar menceritakan masalah mereka dengan teman yang paling rapat terutamanya di pejabat. "Henny, jangan cerita pada sesiapa tahu, ini rahsia. Aku ceritakan kepada engkau sahaja," kenyataan yang selalu dipesan setelah menghabiskan kisah aib suami yang mungkin mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Malah cerita-cerita seumpama ini boleh disampaikan dalam tangis dan sedu yang tidak boleh ditahan-tahan. Pada hari yang lain, Henny yang juga mempunyai fitrah yang sama bercerita tentang kisah-kisah yang terpendam di dalam hati. Juga kepada teman lain yang paling rapat dengan pesan seiras, "Rosmawati, jangan kau cerita pada sesiapa kerana Maznah hanya memberitahu kepada aku sahaja".

Akhirnya, dalam tempoh seminggu-dua kisah yang sepatutnya menjadi rahsia tiga sekawan pecah terberai ke seluruh pejabat yang kadang-kala merebak tanpa sempadan. Akhirnya aib keluarga sendiri menjadi perbualan seluruh masyarakat.

“Daripada Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ketika duduk antara dua sujud: “Ya Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, berilah aku petunjuk dan kurniakanlah aku rezeki”

Allahu Akbar. Mengadulah kepada Allah. Bangunlah solat malam. Bermunajatlah kepadaNya dengan penuh pengharapan betapa Dia yang Maha Berkuasa untuk menyelesaikan kusut-masai. Menangislah kepadaNya. Merayu dan merintihlah, biar kita terasa yang jiwa dan perasaan kita tersangat hampir denganNya.

Luahkanlah rasa hati kepada Allah yang Maha Mendengar. InsyaAllah, Dia tidak akan membuka aib kita sehingga kisah kita menjadi bualan sepejabat yang tidak membawa sebarang faedah. Bukankah Allah telah berfirman melalui satu hadis qudsi yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud,

Allah SWT turun ke langit dunia, ketika 1/3 malam masih tersisa, Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya?”


Bagaimana pula dengan keluarga yang kelihatan bahagia? Suami-isteri mewah, dikurniakan anak-anak yang comel dan pintar, berterbangan ke London, Paris dan New York dan mempunyai kuasa, darjat dan kemuliaan yang tinggi. Ini juga merupakan ujian. Fitrah manusia suka bercerita tentang kegembiraan yang mereka alami juga tidak terkecuali.

Namun satu persoalan yang mudah, "berapa kalikah mereka melaksanakan sujud syukur menyatakan secara formal tentang kegembiraan ini kepada Allah SWT?". Bangunkah mereka pada 1/3 malam yang tersisa menangis dan tersedu di atas nikmat yang Allah berikan. Bersolat malamkah mereka? Allah... Allah... Allah... berdoakah mereka kepada Allah supaya segala kemewahan dan kejayaan yang dicapai lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saya bukanlah orang yang berilmu tinggi. Namun saya terkesan dengan kisah perjalanan Rasululullah SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam peristiwa agung Israk-Miraj yang sentiasa diceritakan setiap tahun.

Allah kisahkan peristiwa ini melalui ayat awal surah al-Israa yang bermaksud, "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".


Baginda SAW memulakan perjalanan ini dengan solat sunat dua rakaat di Masjidil Haram. Allahu Akbar, ia teladan paling mudah untuk diikuti. Saya selalu berpesan kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta kaum keluarga supaya bersolat sunat apabila mahu melakukan sesuatu walupun ia tugas rutin. Ketika berceramah Israk-Miraj, saya nyatakan,

"kita mendengar ceramah israk-miraj setiap tahun. Apa yang kita amalkan selepas tamat ceramah? Apakah yang boleh dijadikan ilmu yang bermanfaat. Saya cadangkan kita solat sunat dua rakaat ketika ingin melakukan sesuatu yang spesifik. Ia tanda kebergantungan kita kepada Allah, ia tanda kita berharap dan mohon pertolonganNya kerana setiap apa yang kita lakukan merupakan ujian Allah. Ia menyedarkan kita kenapa kita hidup di dunia ini, menyembah dan beramal ibadat kepadaNya".

Allahu Akbar, kaedah menghadapi ujian kelihatan dan nyata mudah iaitu, sabar dan solat. Ia agak mudah buat mereka yang ingin mencari keredhaan Allah. Mudah buat mereka yang mengerti kenapa mereka dicipta dan diberi kehidupan dunia. Mudah buat mereka yang kusyuk. Kusyuk ini bukan sahaja dirujuk kepada kusyuk dalam solat tetapi melangkaui hubung langsung dengan Allah SWT dalam segenap kehidupan.

Kami mohon keampunan Allah.

Monday, 25 November 2013

Pengorbanan seorang IBU

Bismillahirrahmanirrahim...

Antara kasih sayang yg terbesar dalam hidup seorang anak tentulah kasih sayang seorang ibu...
Bukan sahaja ketika sakit melahirkan..
Tetapi sejumlah rasa yang pelbagai ketika mengandungkan anak tersebut...
Lesu, sakit, lemah, tidak berdaya selama 9 bulan sudah cukup memberi sebab knp syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Namun tidak pernah ibu sebutkan kesakutan itu walaupun sedikit kpd anak anaknya...
Sebab dia tahu itu adalah pengalaman terindah dlm hidupnya...

Besarnya pengorbanan ibu sampai ke akhir hayatnya...
Hingga anaknya dewasa dan berumahtangga...
Tidak akan pernah tertinggal walau sebaris doa untuk anak anaknya...


Tuesday, 12 November 2013

~Makna Kehidupan~

Bismillahirrahmanirrahim...




Semua orang ada impian...
Dan impian inilah yang memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya sebuah realiti...

Kehidupan lebih bermakna sekiranya semua impian dapat dicapai...
Namun bukannya kehidupan tidak bermakna kalau ada impian  atau kesemua impian tidak dicapai..
Pasti terselit hikmah di sebaliknya...

Makna kehidupan bukan terletak pada harta, pangkat, wang semata atau berapa banyak impian di dunia ini dapat kita capai...
Apatah lagi kalau kita tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada...
Kesemua yang kita perolehi adalah sia-sia...

Sepatutnya kita sendiri yang memaknakan kehidupan...
Menjadikan kehidupan kita ini lebih bermakna untuk kehidupan yang abadi di akhirat sana...
Dan sama2 membantu memaknakan kehidupan insan lain sedaya yang kita mampu..
Tidak semestinya menjadi superperson dengan mengerahkan tenaga yang ada...
Hanya dengan secebis doa pun sudah menunjukkan keperihatinan kita...

Banyakkan berdoa, banyakkan beristighfar...
Semoga dengan amalan kita ini akan membantu kita di alam kubur dan akhirat sana...
Bukankah tujuan kehidupan di dunia ini lebih bermakna dan seterusnya dapat dicapai...
InsyaAllah... 



Wednesday, 9 October 2013

~Sabar dalam Bersabar~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Aku dah puas bersabar!!! Dah cukup sangat bersabar!"
Pernah tak kita mendengar ayat ini?


Ayat yang menunjukkan seseorang sudah puas bersabar...
Sehingga tahap kesabaran dia sudah tidak dapat dibendung lagi...
Dan akhirnya menghasilkan kemarahan yang meluap-luap.... (+__+)

Benar, setiap manusia ada kekurangannya...
Sejauh mana dia bersabar, pasti ada tahap kesabaran yang dia boleh tahan....
Namun, kalau kita selidik kebaikan yang kita dapat dalam bersabar adalah lebih banyak...
Bukankah Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang bersabar...


Bersabar dalam ketaatan kepada perintah Allah....
Bersabar dalam membuat kebajikan dan kebaikan...
Bersabar dalam menegakkan kebenaran...
Bersabar dalam menghadapi ujian...
Bersabar dalam mengharungi kesakitan...

Sabar dan terus bersabar...
Sabar dengan sentiasa berharap kepadaNYA...
Sabar dengan berdoa kepada Allah yang Maha Esa...
InsyaAllah, akan dibukakan jalan untuk kita semua...
Dan semoga SYURGA buat mereka yang sabar dan tabah..
Amin Ya Rabbalalamin....


Nabi Muhammad S.A.W pernah menggambarkan sabar dalam suatu hadis...

"Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, 
namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah..." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

p/s: Amalkan ayat al-Quran ini (Surah Al Imran ayat 31 dan ayat 200) dalam kehidupan dan doa seharian... Fahamkan maknyanya... Semoga mendapat manfaat...



~SABAR itu sebahagian daripada IMAN~
(^__^)


::Kenapa SOMBONG?::



Assalammualaikum....

Tajuk blog ni buat diri yang bernama 'aku'....
Berkaitan kesombongan aku kepada Pencipta aku...
Kesombongan aku pada sesiapa jua...

Aku fikir aku yang baik...
Aku fikir aku yang betul...
Aku fikir aku yang sempurna...
Aku fikir aku sudah cukup berjaya...
Aku fikir aku sudah memiliki segala galanya...

Sehinggakan aku aku fikir aku ada hak untuk menggunakan sesiapa jua...
Sehinggakan aku fikir manusia yang lainnya tiada perasaan, tidak mempunyai hati...
Sehinggakan aku sanggup berbuat sesuka hati aku...

Menyakiti hati manusia yang menyayangi aku...
Menjauhkan diri dari keluarga yang banyak membantuku...
Meninggalkan kawan-kawan yang banyak bersamaku ketika susah...

Sebab diri aku adalah hak aku...
Aku ada kepentingan walaupun terpaksa menyakitkan hati orang lain...
Aku berhak atas apa yang dipunyai aku...
Sebab semua itu adalah hak aku....
Ya, manusia yang lain tiada hak dalam hidup aku...

Dengan Allah pun aku sombong...
Bila ada masa terluang, aku solat...
Bila aku solat, doa aku hanya seminit dua...
Dan tidak pernah aku fokus pada solat dan doa yang kupohon...




Sehingga suatu tahap aku terjelepuk jatuh...
Orang yang menyayangi aku pergi meninggalkan aku...
Seorang demi seorang...

Pada mulanya aku ingat aku masih lagi bertahan...
Sebab aku boleh hidup sendiri tanpa mereka....
Aku boleh berdikari tanpa pertolongan mereka...
Sebab aku orang yang berjaya...

Rupanya aku tetap manusia biasa....
Yang tidak punyai apa-apa...
Aku mula merana kerana aku tidak lagi merasa kasih sayang yang sebenarnya...
Kalau selama ini aku masih mencari kasih yang lain, baru aku sedar semuanya palsu...
Kasih yang dianugerahkan Ilahi juga yang benar-benar menusuk kalbuku ini...

Sehingga ke hari ini aku masih bertanya dalam hatiku...
Kenapa aku terlalu SOMBONG?

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku....
Amin Ya Rabbal Alamin...



~Akhlak yang baik akan menarik perkara yang baik-baik~
(+__+)


Monday, 30 September 2013

~Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman~

Assalammualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....


Sebuah buku yang masih di dalam senarai semak..
Masih belum menjumpainya lagi...
Berharap sangat dapat memiliki dan membaca buku ini...
Walaupun sekadar membaca petikan sebahagian dari buku ini, sangat terasa tujuan penulis berkongsi kehidupannya pada waktu lalu dan pada waktu sekarang...
Kerana ianya penceritaan kisah hidup yang telah dilalui...

Hakikat kehidupan manusia ini semuanya mengejar kebahagiaan...
Dan bahagia yang hakiki ialah SYURGA di alam sana...

Sila klik sini untuk melihat secubit kisah penulis dalam karya beliau... 
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan Hidayah daripadaNYA... AMinn.. =)


Wednesday, 28 August 2013

~SYURGA untuk WANITA yang MENTAATI SUAMI~



Bismillahirrahmanirrahim....

Sudah hampir 1 minggu keseorangan kat rumah sewa...
Minggu lepas pun sama...
Sunyi sebab takde kawan untuk bercerita... Huhu...
Jadi memandangkan sudah lama tidak mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias, jadilah video ini sebagai sumber ilmu dan penghibur hati...
Beshhhhh.... =D

Jom dengar tazkirah dari Ustaz Kazim Elias....
Nasihat untuk wanita yang bergelar isteri....
Ada juga diselitkan nasihat untuk lelaki yang bergelar suami...
Semoga mendapat manfaat... Amiinn...




~ (^_^)~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads