Monday, 6 April 2015

Cara dan Proses Menggemukkan Badan

Assalammualaikum...

Gemuk itu AWESOME....!!!
Yupp, siapa tak pernah gemuk tu rugilah... Hahaha...
Tajuk entri kali ni memang kena dengan gaya hidup masa kini...
Semua makan nak sedap tetapi kurang khasiatnya...
Contohnya Char Kuey Teow Udang (tak suka kerang) ni...
Ditambah air bandung soda....
Slurrppppp......................................
Sampai menjilat sudu... =p



Senang je proses nak gemuk ni...
Korang kena sentiasa makan makanan berkalori tinggi dan manis yang amat...
Contohnya Brownies Crepe dari dip n dip ni...
Ya Allah sedapnya hanya yang pernah makan je tahu...
Tapi pada tuan blog ni Nutella dan 10 keping  sekeping roti lagi yummy.... =D



Dan yang penting, korang makan tido, makan tido...
Tak payah bersenam... 
Kalau jalan pon, takyah angkat kaki..
Main seret-seret kaki... 
Pastikan parking kereta berhampiran dengan bilik ofis, sebab malas nak jalan kan  senang nak tengok ada tak orang duk usha kereta kita... 
Jaga keselamatan...

Lagi satu nasihat...
Kalau korang nak gemok, sila bagitahu dan hebahkan sebab sudah pasti ramai yang galakkan..
Kalau korang nak kurus, jangan sesekali hebahkan sebab sepuluh tahun pon orang akan ungkit benda yang sama sebab korang masih debab boolat berisi macam dulu bahkan lebih lagi...
Cakap banyak, action takde... Piirahhh...
Korang akan gila stress dan akan makan lagi banyak mengalahkan gergasi  kucing..

Sekian, terima kasih...

Wednesday, 11 March 2015

Saya terpaksa berhenti KERJA

Assalammualaikum...

Persoalan yang bermain di minda dan rasanya sudah ada beberapa jawapan...
Kenapa seorang wanita yang sudah ada kerjaya mantap dan bergaji tinggi terpaksa berhenti kerja...
Jawapannya mungkin kerana mereka sudah ada bisnes yang mantap dan ingin fokus pada bisnes tersebut...

Atau ingin fokus pada anak-anak...
Ada sejarah yang menyebabkan wanita tersebut trauma untuk meninggalkan anak dengan orang lain untuk menjaganya.

Atau wanita tersebut sangat merindukan anak-anaknya dan emosi selalu terganggu akibat kerinduan itu......
Tidak dapat fokus pada kerjaya dan prestasi merudum....

Tuesday, 10 February 2015

NAMAKAN PENERIMA SIMPANAN KWSP ANDA HARI INI JUGA!

Pengenalan
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.
Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.
Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
·         Anda berumur 18 tahun atau lebih.
·         Anda seorang warganegara Malaysia.
ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk  mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
Bukan Warganegara Malaysia yang
o    Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU

o    Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Siapa Yang Boleh Dinamakan? 
·         Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar' sebagai penama/pentadbir. Mana-mana ‘orang sebenar' adalah merujuk kepada individu dan bukannya organsasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.
·         Anda dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu/bapa untuk menerima/mentadbir simpanan anda. Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris.
Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam
·         Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak.
Penamaan Bagi Ahli Bukan Islam
·         Penama adalah merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia.
·         Bagi ahli bukan beragama Islam, jika penama meninggal dunia
o    Sebelum kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat ahli yang meninggal dunia.
o    Selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama. Ini kerana penama adalah pemilik mutlak simpanan ahli yang meninggal dunia.
Bagaimana Membuat Penamaan?
Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut  dengan lengkap dan teratur:-
·         Borang Penamaan (KWSP 4)
·         Salinan Kad Pengenalan Diri sama ada;
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)
ATAU
Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan sendiri oleh ahli di mana-mana Pejabat KWSP.
CATATAN:
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.
Saksi-Saksi Yang Dibenarkan
Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan dalam borang penamaan itu, petugas kaunter KWSP dan anggota KWSP.
Bagaimana Penamaan Anda Boleh Terbatal?
Penamaan yang dibuat boleh terbatal sekiranya:-
·         Semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa ahli masih  hidup.
·         Ahli mengemukakan Notis Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
·         Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
CATATAN:
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.
Wasiat tidak membatalkan penamaan.
Bagaimana Mengemaskini Penamaan?
Penamaan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum anda mencapai umur 75 tahun. Pengemaskinian penamaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru. Borang KWSP 4 yang baru akan membatalkan penamaan anda yang terdahulu.
Bagaimana Penamaan Boleh Disemak?
Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh menyemak penamaan tersebut melalui cara berikut:-
·         Menyemak status penamaan melalui kemudahan i-Akaun (Ahli);
·         Hadir di mana-mana Pejabat KWSP;
·         Melengkapkan Borang Semakan Penamaan (KWSP 4B) dan menyertakan salinan kad pengenalan/bukti pertalian ke alamat seperti berikut:-

Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.
(U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)
STATUS PENAMAAN KE ATAS AHLI YANG MEMBUAT PENGELUARAN 55 TAHUN BAGI TEMPOH-TEMPOH BERIKUT;


SEBELUM
1 NOVEMBER 2007

TEMPOH PERALIHAN
1 NOVEMBER 2007 –
31 JANUARI 2008

MULAI 1 FEBRUARI 2008
·         Sekiranya ahli telah membuat pengeluaran keseluruhan kredit di bawah pengeluaran 55 tahun. Penamaan yang dibuat oleh ahli sebelum pengeluaran 55 tahun dianggap tidak terpakai bagi caruman baru yang dibuat.
·         Dalam ertikata lain jika ahli mencarum semula dan kemudiannya meninggal dunia -
            i.        Penamaan terdahulu tidak terpakai;
           ii.        Pembayaran dibuat kepada waris menurut Peraturan 8 "Pembayaran atas kematian ahli jika tiada penamaan."
·         Sekiranya ahli membuatpengeluaran umur 55 tahun sekali gus iaitu mengeluarkan kesemua simpanan, maka penamaan yang dibuat sebelum ini tidak lagi terpakai.
·         Sekiranya ahli masih bekerja dan memilih untuk mencarum semula, ahli hendaklah membuat penamaan baru bagi caruman baru tersebut.
·         Sekiranya ahli membuat pengeluaran umur 55 tahunselain daripada sekali gus(sama ada pengeluaran bila-bila masa atau bayaran bulanan), maka penamaan ahli yang telah dibuatsebelum ini adalah terpakai selagi ahli masih mempunyai baki simpanan di KWSP(termasuk simpanan di mana-mana sub akaun).
·         Pengeluaran 55 tahunsama ada penuh, sebahagian, bulanan atau secara kombinasi tidak membatalkan penamaan. Pembatalan penamaan hanya merujuk kepada keadaan-keadaan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan KWSP 2001.
 

Pertanyaan
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai penamaan, sila hubungi:-
·         Mana-mana Pejabat KWSP
·         Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-89226000
·         Maklum balas online, http://enquiry.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli apabila berurusan dengan KWSP.
Anda Keutamaan Kami


Monday, 9 February 2015

Merenung Luar Jendela


Sekarang ni, bila tengok tingkap terbayang lirik lagu....
"Merenung ke luar jendela"...
Bila ingat balik rupanya lirik daripada lagu Najwa Latiff...


Tajuk:  AdaMu...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan


Friday, 6 February 2015

Tazkirah Untuk Jiwa Rungsing

Bismillahhirramanirrahim....

1. “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

2. “Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )

3. "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." ( Hadis riwayat Muslim)

4. "Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti 'Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." ( Hadis riwayat Ahmad )

5. “Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )



Friday, 9 January 2015

Maafkan Aku Wahai Suami



MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

 Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu
Tekanan terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

 Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku
Kau kepunyaanku
  
Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini
Maafkan diriku wahai suami......



Thursday, 8 January 2015

Kami SERUPA

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...
Begitulah kehenseman yang dimiliki oleh anak aku...
Diperturunkan dari mamanya yang cute lagi comel......
Ini gambar aku masa kecil, tapi kurang jelas...
Dua dari kiri, aku yang paling kecik tu...
Okeh aku memang cute...
Thanks sebab puji.. Heheh... =D


Kat bawah ni gambar buah hati, intan payung aku...
Anak soleh ni nama manjanya Danish...
Muka awak serupa dengan mama....
Mmmuuuahhhhh.... ♥♥♥


Assalammualaikum semua..
Saya Danish...
♥♥♥


Kopi Dalam Tin

Slurrpppp......
Tiba2 hari ini teringat  kopi dalam tin...
Dimakan bersama dengan roti bakar inti mentega dan kaya...
Cuaca sejuk pulak tu....
Nyaman bangattt....

Kali pertama dikenalkan dengan kopi dalam tin semasa kerja di kilang Faiza...
Lupa nama uncle tu tapi dia memang rajin belanja makan...
Kopi tu memang sedap...
Letak dalam tin dan ada tutupnya...

Dalam seminggu mesti Uncle tu belanja kami makan sekurangnya dua kali...
Nasi arab, pizza hut, rojak pasemboq, aiskrim susu kambing dan lain-lain...
Murah rezeki uncle ni...
Dan lagi satu kami memang kuat makan.... Hehe...

Ada satu kedai makan di Penang pun ada jual kopi ais atau kopi panas dalam tin....
Tapi Chinese lorhh....
Boleh tengok sajalah... Huhu...

Okeh ini gambar pinjam dari Uncle Google...
Lebih kurang macam ni lah kopi dalam tin tu...
=)




Monday, 29 December 2014

Saya agen produk JSD di Rompin, Pahang

Assalamualaikum...

Lama tak update blog..
Disebabkan maghrib tadi minum kopi o kaw, jadi nya malam ni saya tak boleh tido..

Just nak sharing...
Saya sekarang sah menjadi ahli JSD..
Iaitu Jamu Susuk Dara...
Terus terang nak bagitahu produk JSD ni bagus dan berkesan..
Testimoninya ialah diri saya sendiri..
Orang Rompin yang nak beli produk JSD bolehlah contact saya...

Semoga banjir di negeri yang terlibat surut dengan cepat... Aminn...



Monday, 8 December 2014

Makanan puree 'solid food' untuk bayi



Bismillahirrahmanirrahim....

InsyaAllah 12hb Disember ni Danish genap 6 bulan... 
Tarikhnya jatuh pada hari Jumaat..
Lagi empat hari je nak bagi solid food pada Danish... Huhu..
Sedang belajar cara nak prepare puree ni...
Maybe akan pilih cara stim berbanding rebus untuk kekalkan khasiat makanan...
Banyak yang perlu disediakan...
Okeh, mama kena rajin....



First puree mungkin mama akan pilih epal untuk Danish... Yummy..


Inilah buah hati pengarang jantung mama...
Sekejap dah besar ye sayang...
Mama doakan Danish sihat selalu... Aminn...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads