Showing posts with label KeSiHaTaN. Show all posts
Showing posts with label KeSiHaTaN. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Saya Pengedar sah Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah mencuba produk Shaklee dan merasai sendiri keberkesanannya maka dengan rasminya saya menjadi pengedar sah Shaklee...

Shaklee ID 921990...
Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh menggunakan id saya ni untuk membeli produk Shaklee pada harga ahli di mana mana pusat stokis Shaklee...
Atau like FB page Pelangi Kesihatan..
Act, page tu baru buat, lom update lagi..
Tapi boleh je like dulu...
Ngee....
Sebarang pertanyaan boleh pm saya..

Jom saya share antara produk yg terbaik dari Shaklee... =)






Saturday, 6 April 2013

Saturday, 16 March 2013

::Salam KURUS::

Assalammualaikum semua....

Kali ini tuan punya blog nak ajak semua pembaca blog untuk menguruskan diri....
Ada orang, memang susah nak kawal makan macam saya...
Okeh, sometimes...
Then, bila takde selera nak makan, takde pulak rasa nak berlari atau nak bersenam...
Rugi rugi....

Kadang2 tu terfikir jugak....
Kenapa beria nak kurus??
Bila tengok orang lain yang berbadan besar tu bahagia je....
Atau diri sendiri yag takde keyakinan...

Yang sebenarnya,bukan untuk siapa2...
Tetapi untuk diri sendiri dengan niat kerana Allah...
Lagipun, menjaga kesihatan tu kan salah satu perkara yang dituntut Islam...
Bila badan dah bertambah besar, nak berjalan pun payah...
Apatah lagi untuk menunaikan ibadah...
Yup, its true....
Pengalaman sendiri dan pengalaman melihat orang lain...
Cepat semput walaupun baru rakaat kedua...
Tak boleh duduk tahiyat akhir lama sikit...
Cepat2 nak bagi salam, nak habis baca doa...
Sebab sakit kaki... Huhu...

Bukan senang untuk turun berat badan...
Dan bukannya susah...
Well said, perlukan konsistensi...
Well said konon.. Sendiri pun tak buat.. Hehe...

Baiklah, jangan cakap banyak...
From now, just do it...
Berjogging 30 minit setiap hari...
Kalau tak, sila skipping atau lompang bintang sebanyak 100 kali sehari...
Pastu, kenalah kawal makan...
Nasi, hanya setengah genggam setiap kali makan...
Makan banyak sayur dan protein (ikan lebih baik)...
Kurangkan makan makanan bergoreng (pisang goreng, kopok goreng, karipap goreng) dan sebagainya...
Minum air masak banyak2 (3 liter minimum)...
Kurangkan makan atau minuman manis (at least sekali sehari -sila patuh arahan ini)...
No biskut manis, no roti manis (okeh, muka manis dibolehkan).... =p

So, nak tambah apa lagi?
Siapa2 boleh tolong tambahkan...
Last but not least...
Semoga berjaya turunkan berat... 
Minimum 5 kg, maksimum 10 kg....
Kalau tak kurus, jangan putus asa...
Awak dah buat yang terbaik (cakap untuk diri sendiri- HUHU)....


~SALAM KURUS~
::Syamimi Hj Rahman::





Saturday, 23 February 2013

::Kebaikan Memakan BAWANG PUTIH::

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikum semua...

Hari ini tuan punya blog nak berkongsi kebaikan memakan bawang putih...
Amalan memakan bawang putih memang telah lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita, sama ada dalam masakan atau dalam mengubati penyakit tertentu....
Banyak kajian telah dijalankan oleh para saintis untuk membuktikan lagi peranan bawang putih dalam kesihatan manusia, dan juga mengubati penyakit tertentu...
Jom kita tengok kebaikan memakan bawang putih... 


1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical (salah satu punca kanser) di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

p/s: Untuk kesan yang baik, panggang bawang putih bersama-sama kulitnya.. Dan amalkan memakan begitu sahaja, satu atau dua 'clove' of garlic... Mungkin sebab tu kat pasaran sekarang banyak dijual pil bawang putih, sebab sudah terbukti kesannya dalam merawat pesakit... Apa salahnya mencuba kan, untuk kesihatan kita....

Okey, sampai ketemu lagi.. Selamat mencuba... (^_^)



Wednesday, 3 October 2012

DENDA...!!!

Assalammualaikum semua...

Hari ini nak update blog pasal kalori makanan...
Since dah makan banyak lunch ni, saya kena denda...
Kena publish apa yang saya dah makan from breakfast to lunch...
Sila state berapa kalori sekali okeh...
Sepatutnya kena publish kat FB tapi saya refuse... >.<

Breakfast :   Shake F1 + F3                   = 220 kalori
Lunch      :    Piza berkeju (2 keping)    = 480 kalori
                      Nasi bukhari                       = 590 kalori
                      Ayam Lada Hitam              = 160 kalori

                                          Total                 = 1450 kalori
          Pengambilan kalori sepatutnya   = 1775 kalori
               (based calculation) 

*Sila exercise double standard.. Pengsan.. Huhu... -_-"

p/s: Berpuluh kilogram lagi nak turun nih... Pasni jangan cuai lagi ya tuan punya blog... ^^


Gambo masa kecik... Memang tembam pun.. 
HUHU...   >.<

Sunday, 18 March 2012

Kaedah Rawatan Penyakit dengan Air Sejuk


Rawatan Penyakit dengan Air, Air Sejuk dan Ais

“Ya Allah, cucilah diriku dari dosa-dosaku dengan air batu dan air embun…”
Ucapan Nabi dalam doa iftitah, riwayat sahih dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim 

Air, Air Sejuk dan Ais

Air adalah makhluk Allah SWT dan ianya sangat patuh kepada manusia yang taat kepada Penciptanya. Air merupakan medium rawatan yang amat berkesan. 

Molekul air sejuk adalah lebih stabil daripada molekul air suam atau panas dan oleh yang demikian air sejuk dapat menerima dan merakam isyarat gelombang niat dengan lebih cekap. 

Air bersifat menyucikan dan meneutralkan gelombang dan memori yang tidak baik. Air yang terbaik adalah daripada sumber gunung, mata air, sungai yang mengalir deras dan embun. 

Air hujan malam Jumaat dan air daripada kolam masjid juga baik untuk digunakan dalam rawatan.

Air sejuk mengandungi unsur membekukan, menguatkan tubuh dan membersihkan kotoran, dan sifat ini tidak terdapat dalam air panas. 

Kotoran terbahagi kepada dua iaitu daki dan kesat (melemahkan) , dan kesan dua pengaruh itu diatasi dengan zat yang dapat membersihkan, menguatkan dan mengebalkan jantung menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya. 

Mengambil wudhu’ dengan air yang panas adalah makruh dan hukum ini nyata memberi petunjuk yang jelas mengenai pengaruh suhu air terhadap tubuh.

Minum Air Sejuk

Air yang sejuk adalah lebih baik untuk diminum dan bukannya air suam seperti yang dipercayai dan diamalkan oleh ramai orang. 

Yang ditegah ialah air yang terlampau sejuk seperti ais. 

Di dalam perubatan Nabi, air panas dan suam hampir tidak digunakan di dalam rawatan baik di dalam mahupun di luar tubuh.

Air yang terbaik untuk dijadikan khasiat untuk tubuh ialah air sejuk yang dicampurkan dengan manisan seperti kurma, kismis dan terutama sekali madu. Ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW . 



Air suam tidak menghasilkan keadaan sebegini malah ia mengembangkan dan menghasilkan keadaan yang berlawanan.

Di dalam buku “Medicine of the Prophet” tulisan Ibn Qayyim Al-Jawziyya, seorang imam dan ulama besar yang banyak mengumpul data mengenai rawatan dan amalan Rasulullah SAW dari segi perubatan, beliau telah mengatakan:

“When a drink combines the two qualities of sweet and cold it is one of the most beneficial things for the body and one of the greatest means of the preservaton of health; the spirits, the faculties, the liver and the heart have a great longing for it, and are nourished by it. When it combines the two qualities, nourishment is acquired, and the penetration and distribution of the food to the organs is fully achieved.”

Seperti yang diperintahkan kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod: 42, di mana Allah telah berfirman:

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Air sejuk adalah lebih baik untuk mengeluarkan penyakit-penyakt dari dalam tubuh. 

Yang penting ialah cara meminum air yang sejuk itu, dan cara yang terbaik adalah mengikut amalan dan ajaran Rasulullah SAW. 

Pada yang tidak biasa, air sejuk akan menyebabkan sakit-sakit urat, batuk dan sebagainya. 

Ini berlaku kerana penyakit telah dipendamkan oleh air yang suam atau panas dan mengamalkan minum air sejuk akan membongkar semua penyakit-penyakit itu. 

Amalan minum air sejuk harus diteruskan sehingga semua simtom tindakbalas hilang dan jadikannya amalan harian.

Berendam Air Sejuk
Hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’:

“Apabila salah seorang diantara kamu diserang demam - dan demam itu adalah percikan api neraka - hendaklah ia memadamkan api itu dengan air sejuk dengan berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. 

Hendaklah ia mengucapkan:

“Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Lalu berendam(menyelam) sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. 

Jika belum sembuh juga ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Walaupun di dalam hadith ini disebut demam, tetapi rawatan ini nyata amat berkesan untuk merawat rawatan penyakit panas yang lain seperti kanser, HIV, hepatitis, gout, stroke dan gangguan makhluk halus.

Mandi Air Sejuk

Dalam Sahih telah dipastikan bahawa Rasulullah SAW telah berdoa pada Allah:
“Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais”.

Fakta penting dalam hadis ini ialah penyakit dirawat dengan yang berlawanan dengannya. 

Dosa-dosa adalah bersifat panas dan merupakan pembakaran. Ia membawa dua kesan iaitu: penodaan (pencemaran) dan kelemahan. 

Oleh itu rawatan mandi air sejuk bertujuan untuk melenyapkan api itu lalu menguatkan jantung yang sepatutnya bersifat sejuk. 

Air sejuk mempunyai sifat-sifat menguatkan tubuh yang tiada dalam air panas. Mandian air sejuk adalah satu kaedah sebagai asas perubatan jasmani dan rohani. 

Mandi air sejuk merangsang deria-deria, menguatkan roh, menambahkan kadar oksigen di dalam darah, mengekalkan cas-cas ion -ve pada kulit, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang dan merawat penyakit.

Firman Allah SWT:

Dan ingatlah peristiwa hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ’Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab siksa (penyakit)”.

Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Surah Sod (38:41-43)


Dari firman Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut nyata air yang sejuk adalah penawar bukan sahaja untuk penyakit rohani dan jasmani tetapi juga dapat memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia di dalam kehidupan hariannya. 

Mandi air sejuk akan menguatkan hati seseorang supaya ia dapat bersabar dan redha atas musibah-musibah yang menimpanya. 

Kekuatan roh, hati dan iman juga dapat menjauhkan diri daripada syaitan yang sentiasa mempengaruhi manusia supaya berputus asa, sedih, kesal dan berdendam. 

Menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan pemikiran dan sikap yang positif adalah lebih mudah dilakukan jika mandian harian adalah dengan air yang sejuk.

Dari segi metafizik, mandi air sejuk akan 
  1. menguatkan tenaga spirit dan daya magnetik tubuh. 
  2. juga akan membersihkan medan tenaga elektromagnetik dan 
  3. meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh.
Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan.


Air dan Rawatan Untuk Gangguan Spiritual

Hadis riwayat Imam Malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya. Disebutkan di situ:

“Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada. Berwudhu’lah untuk menghadapinya. "

Manakala Abdurrazzaq meriwayatkan juga dari Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari ayahnya secara marfu’:

“Penyakit ‘ain itu nyata. Yang ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu sesuatu itu adalah ‘ain. Apabila salah seorang di antara kamu dituntut untuk mandi, hendaklah ia mandi.” 


credit to: berita harian online.com

Tuesday, 6 March 2012

Kurus VS Gemuk

Banyak-banyak tips, tips menurunkan berat yang paling disukai semua orang.... Percaya atau tidak, rakyat Malaysia telah menjadi juara untuk carta gemuk di Asia Pasifik (klik sini)... Restoran makanan segera yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada gelaran juara gemuk...

Salah ke gemuk?? Tak salah sekiranya tak beri apa-apa effect pada kesihatan kita.. Tapi bila dah start menyumbang kepada darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan sebagainya... Anda perlu lakukan sesuatu... Lagipun, mencegah lebih baik daripada mengubati kan.... Kan kan.. =)

Jadi, apa yang kita patut lakukan? Ini antara tips yang boleh dikongsi bersama...
  1. Minum air putih sebanyak yang boleh.... Lebih kurang 2 liter sehari.... Selain tiada penyumbangan kalori, air putih juga membantu dalam meningkatkan metabolisme badan kita...
  2. Kurangkan minum minuman manis (terutama yang mengandungi susu pekat dan juga minuman bergas).. Lagi bagus if takde langsung dalam menu seharian....
  3. Parking kenderaan jauh daripada tempat kerja... At least dapat membakar kalori...
  4. Banyakkan bergerak daripada duduk... Bagi yang memang kerjanya menghadap komputer, gerak-gerakkan kaki anda dan badan anda..
  5. Tido awal... Tido lewat akan menyebabkan anda lapar dan mula mencari makanan walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi..
  6. Banyakkan makan buah buahan seperti jambu batu sebab khasiatnya yang kaya dengan vitamin C dan juga dapat menurunkan kadar kolesterol...
  7. Banyakkan makan sayur sayuran... Sawi, bayam, kacang buncis dll....
  8. Bila menonton tv especially rancangan The Biggest Loser tu, ikutlah sekali peserta tu bersenam.. Bukannya sambil tengok diorang bersenam, sambil kunyah makanan... Silap tu...
  9. Jangan tinggalkan sarapan pagi...
  10. Kurangkan makanan berminyak...
  11. Rajin bersenam... Seminggu 3 kali, selama 30 minit... Skipping dan lompat bintang pun dah kira okey...
  12. Last but not least, bila orang offer makanan, toleh kiri, toleh kanan... Ulang banyak kali sampai orang tu paham yang anda sedang mengurangkan kadar pengambilan makanan... =)

p/s: Okeh... Saya cuma nak pesan, jangan paksa badan anda untuk kurus dengan drastik.. Lakukan secara perlahan lahan tetapi konsisten... Yang penting, jangan tension-tension.. Lantik seorang kawan@adik beradik untuk jadi coach anda, yang berani /rajin menasihati atau memarahi anda sekiranya anda tidak berdisiplin... 


Lihat Adele ni, berapa tahun dia ambil masa untuk kurus... Semoga berjaya... (^_^)


StOp SmOkiNg, StaRt RePaiRinG

Your body is REPAIRING........

In 8 Hours
excess carbon monoxide is out of your body

In 5 Days
most nicotine is out your body

In 1 Week
your sense of taste and smell improves

In 12 Weeks
your lungs regain the ability to clean themselves

In 3 Months
your lung function has increased 30%

In 12 Months
your risk of heart disease has halved

In 1 Year
a pack a day smoker will save over RM 4000

In 5 Years
your risk of a stroke has dramatically decreased


p/s: Love yourself, Love your family... ♥

Wednesday, 29 February 2012

KhaSiaT TeMpe


Siapa yang tak kenal tempe, makanan yang kaya dengan zat. Sekiranya budu sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe pula sinonim dengan orang Jawa. 


Apabila mengetahui khasiat tempe, pasti kita tidak sangka bahawa orang dahulu lebih bijak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat. Walaupun tiada asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi, mereka dapat mencipta makanan yang berkhasiat malah terkenal sepanjang zaman sehingga ke hari ini.

Cuba kaji balik cara tempe dihasilkan. Di situ ada satu istilah fermentasi iaitu satu proses pembebasan energi (tenaga) melalui tindak balas mikroorganisma. Proses yang sangat terkenal dalam bidang sains terutamanya sains makanan.


Selain kacang soya, bahan penting dalam pembuatan tempe ialah ragi (yeast). Ragi (yeast) mengandungi mikroorganisma Rhizopus Oligosporus. Dan mikroorganisma inilah yang akan melakukan proses fermentasi dengan kacang soya untuk menghasilkan tempe.




Jom tengok apakah nutrien yang ada dalam tempe... 

  • Vitamin B2 (riboflavin) -  pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel 
  • Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang
  • Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
  • Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
  • Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
  • Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)
  • Protein, karbohidrat, dll...


p/s: Kebanyakan vitamin B yang disebut ialah komponen utk Vitamin B Kompleks.. Free je dapat bila kita makan tempe.



Okey, ini adalah khasiat-khasiat yang kita boleh dapat daripada tempe....

  • Kaya dengan protein yang mudah dicerna oleh badan kita serta boleh mengatasi masalah diarrhea (cirit birit)
  • Mengandungi zat besi, flavoid yang bersifat antioksidan untuk menurunkan tekanan darah.
  • Anti infeksi. Maksudnya meminimumkan tindak balas infeksi ke atas tubuh badan kita. Atau dengan kata lain meningkatkan imunisasi dalam badan kita.
  • Kaya dengan antioksidan. Boleh membantu mengelakkan kanser.
  • Mencegah darah tinggi.
  • Tinggi kandungan kalsium. Dapat mencegah osteoporosis (tulang rapuh).
  • Membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • Menyeimbangkan pengambilan gizi harian. Maksudnya dalam tempe ada pelbagai zat-zat (nutrien) makanan.
  • Mengurangkan risiko anemia (penyakit kurang hemoglobin darah). Takdelah pening-pening, cepat letih, atau pitam.




Yang paling saya suka khasiat makan tempe ialah dapat mencantikkan kulit. Mak selalu pesan, nak kulit cantik, makan tempe. Jom makan tempe. Goreng dan cicah dengan sambal kicap. Memang terbaik dan sedap.. (^_^)

Wednesday, 11 January 2012

Penyakit TALASEMIA: apakah peranan anda???





Sekarang ni pihak kerajaan sedang berusaha memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai berkenaan dengan penyakit talasemia... Selalunya mereka yang menghidapi talasemia minor (pembawa gen talasemia) tidak mengetahui bahawa mereka adalah pembawa sehinggalah mereka mengalami simptom2 yang tertentu atau setelah bayi yang menghidapi talasemia major dilahirkan (sekiranya berkahwin dengan pembawa talasemia)... Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dan seeloknya sekiranya anda masih solo, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan..

Hmm, selalunya setiap kursus pra-perkahwinan yang dijalankan, bakal pengantin akan disuruh untuk melakukan ujian saringan ini, tapi rasanya macam dah terlambat if dua-dua adalah pembawa gen talasemia... Huuuu.... Oleh itu, saya nasihatkan supaya anda yang masih solo melakukan ujian darah...


Apakah penyakit TALASEMIA?
  • merupakan penyakit genetik sel darah merah 
  • pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi disebabkan oleh gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas..
  • hemoglobin adalah salah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita..



Bagaimana Talasemia merebak?

  • penyakit genetik di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa..
  • bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal..
  • satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia


Jenis-jenis Talasemia:

1) Talasemia Minor (pembawa gen Talasemia)
  • tidak menunjukkan sebarang masalah
  • boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya
2) Talasemia Major (pesakit Talasemia)
  • tanda2 dikesan sejak umur 3-18 bulan
  • badan akan akan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit (disebabkan pembengkakan hati dan limpa), tumbesaran terbantut


Rawatan bagi pesakit Talasemia:
  • transfusi darah sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan seumur hidup
  • Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  
  • Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. 


Langkah Pencegahan Talasemia:


  • Terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. 
  • Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. 
  • Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. 
  • Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal. 
CEGAH SEBELUM PARAH


Alhamdulillah.. This baby girl free from talasemia... (^_^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads