Monday 25 March 2013

::Ketenangan::

Bismillahirrahmanirrahim...



"Orang Tenang Akan Menang"...
Kata-kata yang selalu dituturkan oleh Prof Dr Muhaya.....
Dan kata-kata ini yang saya cuba jadikan motto dalam kehidupan....
Setiap hari saya cuba selami apa maksud TENANG...
Walaupun sebenarnya usaha ke arah tenang itu memerlukan hati dan minda yang kuat....

Kemenangan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk kekuatan...
Tetapi ianya hanya untuk diri sendiri....
Seperti dalam cerita Kungfu Panda, Po dengan quote "INNER PEACE"...
Bila ketenangan itu ada dalam diri kita, masalah yang datang bertalu talu pun kita dapat atasi...
Is it TRUE???
Yup, with one condition...
We must close to ALLAH Taala first, our Lord...

Saya pasti semua orang mahukan kejayaan...
My lecturer has told me once...
"SUCCESS IS A JOURNEY.. BUT THERE IS ULTIMATE JOURNEY- JANNAH.."

It took years for her to understand what is the great success...
Even she's surrounded with good people, with good attitude, she never be like them...
She made mistakes a lot, and absolutely  far from Allah...
For her, wealth and popularity are everything...
If you don't have them, you will be nothing....
Yes, that's her... 
Few years ago...
And she's not proud of it...

Then, she now realized that....
"Once you far from ALLAH, you will get nothing..."

...ALHAMDULILLAH...
THANK YOU ALLAH for everything...



~KETENANGAN~

Saturday 16 March 2013

::Salam KURUS::

Assalammualaikum semua....

Kali ini tuan punya blog nak ajak semua pembaca blog untuk menguruskan diri....
Ada orang, memang susah nak kawal makan macam saya...
Okeh, sometimes...
Then, bila takde selera nak makan, takde pulak rasa nak berlari atau nak bersenam...
Rugi rugi....

Kadang2 tu terfikir jugak....
Kenapa beria nak kurus??
Bila tengok orang lain yang berbadan besar tu bahagia je....
Atau diri sendiri yag takde keyakinan...

Yang sebenarnya,bukan untuk siapa2...
Tetapi untuk diri sendiri dengan niat kerana Allah...
Lagipun, menjaga kesihatan tu kan salah satu perkara yang dituntut Islam...
Bila badan dah bertambah besar, nak berjalan pun payah...
Apatah lagi untuk menunaikan ibadah...
Yup, its true....
Pengalaman sendiri dan pengalaman melihat orang lain...
Cepat semput walaupun baru rakaat kedua...
Tak boleh duduk tahiyat akhir lama sikit...
Cepat2 nak bagi salam, nak habis baca doa...
Sebab sakit kaki... Huhu...

Bukan senang untuk turun berat badan...
Dan bukannya susah...
Well said, perlukan konsistensi...
Well said konon.. Sendiri pun tak buat.. Hehe...

Baiklah, jangan cakap banyak...
From now, just do it...
Berjogging 30 minit setiap hari...
Kalau tak, sila skipping atau lompang bintang sebanyak 100 kali sehari...
Pastu, kenalah kawal makan...
Nasi, hanya setengah genggam setiap kali makan...
Makan banyak sayur dan protein (ikan lebih baik)...
Kurangkan makan makanan bergoreng (pisang goreng, kopok goreng, karipap goreng) dan sebagainya...
Minum air masak banyak2 (3 liter minimum)...
Kurangkan makan atau minuman manis (at least sekali sehari -sila patuh arahan ini)...
No biskut manis, no roti manis (okeh, muka manis dibolehkan).... =p

So, nak tambah apa lagi?
Siapa2 boleh tolong tambahkan...
Last but not least...
Semoga berjaya turunkan berat... 
Minimum 5 kg, maksimum 10 kg....
Kalau tak kurus, jangan putus asa...
Awak dah buat yang terbaik (cakap untuk diri sendiri- HUHU)....


~SALAM KURUS~
::Syamimi Hj Rahman::





~Tempat Tujuan~

Assalammualaikum....


Pernah terfikir di mana tujuan kita selepas hidup ini?
Pernah terfikir di mana kita akan berada selepas kehidupan di dunia?
Seperti yang dikatakan semua orang...
"Yang sudah pergi tu, memanglah dah pergi... Kita yang masih hidup ini perlu diteruskan..."

Bukankah yang sudah dicabut nyawa itu sama seperti yang hidup di dunia ini...
Sememangnya akan meneruskan perjalanan....
Perjalanan yang jauh lebih panjang daripada yang masih hidup...

Jika yang hidup perlu bekerja untuk mencari duit...
Jika yang hidup perlu makan dan minum untuk meneruskan kehidupan...
Apakah yang sudah mati tidak perlu melakukan apa-apa untuk kebaikannya di alam barzakh sana...

Benar, si mati perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan di alam kubur dan seterusnya di Hari Pembalasan...
Di saat Malaikat Munkar dan Nankir bertanyakan soalan...
Apakah mungkin soalan tersebut dapat dijawab dengan hanya berbekalkan sekelumit iman...
Dan mungkinkah kubur yang sempit itu menjadi semakin sempit atau menjadi semakin lapang...

Bagaimana pula menunggu dalam kubur yang gelap selama berpuluh tahun, beribu tahun....
Dipukul, disiksa kerana dosa yang dilakukan...
Dihimpit kubur yang gelap gelita...
Allahurabbi...
Hanya mereka yang sudah berada di alam sana mengetahui keadaannya di sana....
Dan hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui...

Bekalan untuk ke sana perlu diperbanyakkan...
Sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, hanya doa dan amalan yang berterusan sahaja dapat dilakukan...
Di setiap sujud memohon agar dosa diampunkan...
Berzikir supaya menjadi penolong ketika di alam sana..
Solat dan terus bersolat supaya dapat melengkapi apa yang kurang....
Membaca al-Quran dengan harapan menjadi peneman di alam barzakh...
Dengan penuh pengharapan agar dimasukkan ke SYURGA, dan diselamatkan dari api neraka...
Dan agar diampuni segala dosa...
Amiin...


Bismillahirrahmanirrahim....
"Ya ALLAH, akhirkanlah hayat kami (matikan kami) dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH dan janganlah akhiri hayat kami dalam keadaan SUUL KHATIMAH... Ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan berikanlah kami kurniaan RAHMAT-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah yang banyak memberi kurniaan..."
Amiin...





Sunday 10 March 2013

::Seindah Bahasa::



Dia tak pernah miskin...
Sebab dia kaya dengan kasih sayang...
Dia tak pernah miskin...
Sebab dia kaya dengan adab....
Dia tak pernah miskin...
Sebab dia kaya dengan ilmu...
Dia tak pernah miskin...
Sebab dia kaya dengan memuji....
Dia tak pernah miskin harta dunia....
Sebab dia kaya dengan harta jiwa...

::KATA-KATA HIKMAH::
"Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara"

"Luruskan jalan menuju TUHAN dengan tulusnya hati sesama insan"

"Yang kita cari dalam hidup ini adalah keberkatan.. 
Semoga dijauhkan Allah daripada rezeki yang tidak berkat..."

"Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu.."

"Hati yang ego bertuhankan 'maddiah' (material dan fizikal)"

"JALAN menuju ALLAH ertinya jalan menuju SYURGA"

"Sudah ditakdirkan, jalan menuju ALLAH penuh dengan godaan, ujian, dan kesukaran"

"Mustahil ALLAH mencipta kita untuk gagal"

"Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki, 
sebaliknya bergantunglah kepada ALLAH"

::Di Mana DIA Di Hatiku::
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~


Friday 8 March 2013

::NaSihat SYEIKH ALI TANTAWI kepada MusLiMat::


Bismillahirrahmanirrahim...


WAHAI PUTERIKU, 
Pintu pemulihan (cara mencegah) ada di hadapanmu..
Kunci pintu itu ada di tanganmu..
Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..

ENGKAU BENAR PUTERIKU,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita..
Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu...
Mereka tidak akan berkeras melangkah laju...
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..
Seandainya engkau tahu bahawa LELAKI ITU ADALAH SERIGALA
Dan ENGKAU ADALAH KAMBING...
Pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman serigala..

Sekiranya engkau sedar bahawa semua LELAKI ADALAH PENCURI,
Pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu)..

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu, iaitu HARGA DIRI dan KEHORMATANMU...
Nasib seorang GADIS YANG DIRAGUT KEHORMATANNYA LEBIH MENYEDIHKAN DARIPADA NASIB SEEKOR KAMBING YANG DIMAKAN SERIGALA...

WAHAI PUTERIKU,
Demi Allah!
Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian..

DEMI ALLAH!
Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian  lelaki..
Bahawa mereka MEMANDANGMU kerana AKHLAK dan ADAB..
BERBICARA denganmu SEPERTI SAHABAT..
Dan apabila MENCINTAIMU hanyalah sebagai TEMAN AKRAB...

BOHONG! BOHONG!
Demi ALLAH..
DIA BERBOHONG..
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri..

WAHAI PUTERIKU,
Lelaki yang BAIK dan SOLEH akan datang kepadamu..
Dengan segala KERENDAHAN HATI, MEMOHON KEMAAFAN...
Menawarkan kepadamu HUBUNGAN yang HALAL dan TERHORMAT...
DIA akan DATANG MEMINANG DAN MENGAHWINIMU...


p/s: Entri yang dah berhabuk dalam draft...  Semoga jadi panduan kepada semua muslimat.. Berusahalah menjadi hamba Allah, anak dan isteri yang solehah... Man jadda wa jadda.. =)

Friday 1 March 2013

~KASIH~

Bismillahirrahmanirrahim....


Antara kasih dan ingin...
Antara kasih dan kenyataan...
Antara kasih dan kasihan....

Dia kasih tetapi dia sakit....
Dia kasih tetapi dia sedih...
Dia kasih tetapi dia berlalu pergi....

Tanda kasih ialah menjaga....
Tanda kasih ialah mendoakan...
Tanda kasih ialah berkorban...
Tanda kasih ialah jujur akan segalanya....
Tanda kasih ialah berusaha menjadi yang terbaik...

Masih adakah kasih untuk dia??? 
Pergi meninggalkan tanpa sebarang kata dan mahu bertandang pada bila-bila masa sahaja...

Kasih sejati bukan pada harta atau wang ringgit...
Cukuplah menggunakan keduniaan semata-mata untuk menagih kasih...
Sebab kasih yang sebenar lahir dari hati...
Teristimewa untuk yang benar-benar menghargai...

Kasih itu bukan untuk dia...
Carilah kasih lain yang akan hadir khas untuk dirinya...
Carilah tanpa ego, dan dendam yang membara...
Carilah dengan hati supaya tiada lagi menyakiti...
Supaya kasih yang hakiki akan diketemui...


~I LOVE YOU~
♥♥

::Syamimi Hj Rahman::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads