Wednesday 29 February 2012

KhaSiaT TeMpe


Siapa yang tak kenal tempe, makanan yang kaya dengan zat. Sekiranya budu sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe pula sinonim dengan orang Jawa. 


Apabila mengetahui khasiat tempe, pasti kita tidak sangka bahawa orang dahulu lebih bijak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat. Walaupun tiada asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi, mereka dapat mencipta makanan yang berkhasiat malah terkenal sepanjang zaman sehingga ke hari ini.

Cuba kaji balik cara tempe dihasilkan. Di situ ada satu istilah fermentasi iaitu satu proses pembebasan energi (tenaga) melalui tindak balas mikroorganisma. Proses yang sangat terkenal dalam bidang sains terutamanya sains makanan.


Selain kacang soya, bahan penting dalam pembuatan tempe ialah ragi (yeast). Ragi (yeast) mengandungi mikroorganisma Rhizopus Oligosporus. Dan mikroorganisma inilah yang akan melakukan proses fermentasi dengan kacang soya untuk menghasilkan tempe.




Jom tengok apakah nutrien yang ada dalam tempe... 

  • Vitamin B2 (riboflavin) -  pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel 
  • Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang
  • Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
  • Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
  • Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
  • Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)
  • Protein, karbohidrat, dll...


p/s: Kebanyakan vitamin B yang disebut ialah komponen utk Vitamin B Kompleks.. Free je dapat bila kita makan tempe.



Okey, ini adalah khasiat-khasiat yang kita boleh dapat daripada tempe....

  • Kaya dengan protein yang mudah dicerna oleh badan kita serta boleh mengatasi masalah diarrhea (cirit birit)
  • Mengandungi zat besi, flavoid yang bersifat antioksidan untuk menurunkan tekanan darah.
  • Anti infeksi. Maksudnya meminimumkan tindak balas infeksi ke atas tubuh badan kita. Atau dengan kata lain meningkatkan imunisasi dalam badan kita.
  • Kaya dengan antioksidan. Boleh membantu mengelakkan kanser.
  • Mencegah darah tinggi.
  • Tinggi kandungan kalsium. Dapat mencegah osteoporosis (tulang rapuh).
  • Membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • Menyeimbangkan pengambilan gizi harian. Maksudnya dalam tempe ada pelbagai zat-zat (nutrien) makanan.
  • Mengurangkan risiko anemia (penyakit kurang hemoglobin darah). Takdelah pening-pening, cepat letih, atau pitam.




Yang paling saya suka khasiat makan tempe ialah dapat mencantikkan kulit. Mak selalu pesan, nak kulit cantik, makan tempe. Jom makan tempe. Goreng dan cicah dengan sambal kicap. Memang terbaik dan sedap.. (^_^)

Tuesday 28 February 2012

JaNgaN BerPuTus aSa


Bismillahirrahmanirrahim....

Seringkali kita diduga dengan perkara yang kita tidak jangkakan.... Dan juga seringkali kita kecewa apabila sesuatu perkara yang kita harapkan dan usahakan tidak menjadi kenyataan... Luluh hati kita bahkan kadang2 tidak terdaya rasanya menghadapi hari-hari yang mendatang... Penat, kecewa, marah dan semua yang negatif bersarang dalam hati kita... 

Tapi pernah tak kita terpikir semua yang terjadi itu adalah izin daripada Allah Taala... Ya... Allah yang Maha Mengkehendaki lagi Maha Berkuasa... Ujian yang kita hadapi sebenarnya adalah tarbiyah iaitu didikan daripada Allah untuk menjadikan kita manusia yang kuat bukan sahaja dari segi emosi, bahkan iman juga... Mana mungkin seorang manusia yang berjaya dalam hidupnya tidak pernah mengenal apa itu kesusahan, kesedihan, dan kegagalan... Setiap daripada kita ada jalan hidup masing-masing.. Semua dah tersurat... 

"Maka sesudah kesulitan itu (pasti) ada kesenangan.. 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan..." 
(Surah al-Insyirah: ayat 5-6)


Jangan berputus asa... Kuatkan hati anda.... Apa jua masalah, pasti ada hikmah tersembunyi dan jalan penyelesaiannya... Percaya pada Allah...  Be positive.. Siapa lagi yang akan bantu diri kita  kalau bukan diri kita sendiri... Berdoalah, dan minta padaNya ketenangan dan jalan keluar bagi masalah anda.... InsyaAllah dimakbulkan.... 

Turn to Allah for it is He who knows you better than yourself, and knows how you are feeling... It is He who understands you and can help you more than anyone alse.. Turn only to Allah... If Allah brings you to it, He will bring you through it... InsyaAllah... (^_^) 


"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu...."
(Surah al- Mukmin : ayat 60)








Monday 27 February 2012

Memasak : Proses Pembelajaran Tidak formal


Assalammualaikum.....

Percaya tak kalau ada perempuan yang sudah berumur 30 tahun, tapi masih tidak tahu memasak... Mesti pelik kan... Kalau tak tahu masak rendang ke, nasi beriani ke, atau yang complicated tu, takpe kot.. Ini yang goreng2, masakan simple seperti masak kicap, goreng sayur pun tak tahu, apa nak jadi... Pengsan.... Huhu... Nak salahkan famili dia ke, atau nak salahkan diri dia sendiri... Rasanya salahkan diri sendiri sebab taknak belajar... Pada saya jangan salahkan orang perempuan je dalam bab memasak ni.. Orang laki tak pandai memasak pun tak patut jugak...

Memasak adalah proses pembelajaran tidak formal... Untuk pertama kali memasak, biasalah tak sedap... Then, esok cuba lagi... Ada masa, cuba lagi... Sampai berjaya... Jangan putus asa.. Lepas tu rajin2kan diri anda untuk menulis resipi dalam buku khas supaya senang nak refer balik.... Selain itu, cara ini dapat membantu menguatkan daya ingatan anda tentang resipi yang dimasak... Yang penting, tiap2 hari tu, cuba pelbagaikan masakan... If dah bosan dengan lauk kampung, cuba masakan barat... Takpun, masakan ala thai dan masakan cina... 

Selalunya ilmu masakan ini bukan hanya diperoleh dari internet semata mata.. Tapi juga hasil perkongsian dengan emak kita sendiri, saudara-mara, rakan-rakan, kakak-kakak yang telah berkahwin dan siapa2 sahaja yang ada ilmu masakan.... Saya nasihatkan supaya tidak fokus pada lauk tengah hari dan malam sahaja, tetapi luaskan juga dalam konteks sarapan pagi dan minum petang... Contohnya ilmu membuat kuih muih, kek, nasi lemak, lontong, mee goreng dan sebagainya... Aduh, sedapnya... Saya tulis sendiri pun dah terliur... Sebab tengah lapar kot.. Huuu...

Macam mana nak tarik minat diri sendiri untuk belajar memasak??? Berkawan dengan kawan2 yang pandai dan juga rajin memasak... Kaedah yang saya rasa sangat berkesan.. Sebab secara tidak langsung kita akan berasa sangat cemburu melihat kepandaian mereka.. Atau memang saya seorang yang kuat cemburu.. Entah... Selalunya mereka yang rajin memasak ini, automatik akan rajin juga untuk membawa makanan yang dimasak ke ofis... Kat situlah kita akan dapat satu semangat untuk jadi rajin seperti mereka.. Selain tu, lihat rancangan tv yang berkaitan dengan memasak... Pertandingan memasak pun okey... If tak sempat tengok kat tv, boleh tengok di youtube.... 

Senang kan.. If rasa susah jugak, mulai hari ini cuba untuk masak walau satu jenis masakan sahaja setiap hari.. Yang simple2 pun takpe.. Tapi bukan maksudnya rebus telur atau goreng telur sahaja... Buatlah sambal telur, takpun telur masak kicap.. Buat jemput2 pun dah kira okey... Pelbagaikan inti jemput2.. Jangan terhad pada bawang dan ikan bilis... Letaklah kentang yang dipotong-potong, atau udang ataupun sosej... Semua tu terpulang pada citarasa anda dan famili...

Last but not least, jangan lupa baca bismillah sebelum memasak.. Sambil tu berselawat supaya masakan kita lebih sedap dan rezeki kita lebih berkat... InsyaAllah... (^_^)

Sunday 26 February 2012

PereMpuaN yang Bukan BiaSa-BiaSa



“Awak sudah kahwin?” tanya bos India yang muda itu.

“Belum,” balas Shikin.

“Bertunang?”

“Belum juga,” jawab Shikin tersenyum sambil dalam hatinya memikirkan apakah motif bos muda itu bertanyakan soalan sedemikiam.

“Sudah ada yang istimewa?” lelaki itu seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Shikin.

“Belum lagi,” Shikin semakin tidak selesa dengan soalan yang diajukan. Tapi Shikin positif. Emm, boleh jadi dia ingat aku ingin bekerja di syarikatnya kerana ingin dekat dengan bakal suami. Tapi aku memang masih single.

“Umur U berapa tahun?”

“25 tahun...”

"Pelik sebab awak masih belum mempunyai kekasih walaupun rupa awak bukan yang biasa-biasa,” tegas bos muda itu lagi. Seakan tidak percaya akan jawapan Shikin.

"Maksud encik?” Nasib baik temuduga. Kalau sekadar perbualan biasa, dah lama aku angkat kaki. Shikin sedang menahan sabar. Cukuplah dengan jawapan yang aku berikan. Apa yang pelik sangat tak tahulah.

"Yalah, zaman sekarang ni dengan rupa yang biasa-biasa pun orang boleh mendapat seseorang yang istimewa… Cuba awak tengok, budak sekolah pun dah pandai bercinta… SMS, telefon selalu… Keluar sana sini dengan kekasih hati… Tapi awak yang ada rupa bukan biasa-biasa, masih sendiri lagi… Hati awak ni kuat.."

"Sebenarnya encik, rupa saya biasa-biasa sahaja.. Mungkin kebetulan encik lihat rupa saya hari ini bukan biasa-biasa.. Hmm.. Dan memang saya sedang kuatkan hati saya... ," balas Shikin sambil memandang meja.



Setelah selesai temuduga, hati Shikin mula bermonolog...

"Adakah rupa yang bukan biasa-biasa ini adalah tiket untuk aku menggoda mana-mana lelaki untuk dijadikan kekasih.. 


Apakah perbezaan mempunyai rupa yang biasa-biasa dan mempunyai rupa yang bukan biasa-biasa.. 


Dan apakah perbezaan menjadi perempuan yang biasa-biasa dan perempuan yang bukan biasa-biasa..  


Apa yang aku tahu aku tidak mahu menjadi perempuan yang biasa-biasa, walaupun rupaku bukan biasa-biasa.. 


Tetapi aku ingin menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun rupaku biasa-biasa sahaja... 


Mari sini aku jelaskan... 


Sekiranya aku perempuan yang biasa-biasa, sudah pasti aku sudah mempunyai kekasih untuk aku melampiaskan kasihku dan cintaku padanya... Walaupun rupaku biasa-biasa sahaja.. 


Kerana fitrah manusia itu ingin berpasangan dan selalunya cintalah yang akan menarik lelaki dan perempuan itu untuk berpacaran... Aku dan dia akan selalu bermesej, berjumpa dan mengungkap kata-kata cinta serta janji tanpa mengetahui bahawa jodohku sebenarnya adalah rahsia Allah.. 


Dan apabila rupaku bukan biasa-biasa, sudah tentu peluangku untuk mencari lelaki lain akan sentiasa ada sekiranya aku putus dengan kekasih lama... 


Wah, begitu senangnya mengungkap kata cinta... Ya, ketika itu aku adalah perempuan yang biasa-biasa dengan cinta yang biasa-biasa.... Sepertinya kelihatan cintaku seperti cinta yang murah....


Tapi, aku bukan begitu.... Aku adalah perempuan yang bukan biasa-biasa... Sebenarnya, aku sedang berusaha... 


Ketika ramai rakan kuliahku, dan kini rakan sekerjaku mengerling ke arahku, aku masih tetap mahu menundukkan wajahku... 


Aku tidak mahu menggunakan rupaku yang bukan biasa-biasa ini menjadikan diriku perempuan yang biasa-biasa... 


Aku sedar, umur aku sentiasa meningkat.. Bukankah dengan berperangai sedemikian menyebabkan aku seorang yang menjual mahal lantas menidakkan kehadiran jodohku.. Oh, tidak.. Tolong jangan salah sangka... 


Aku sedang berusaha menjadi seorang perempuan yang baik, dan menjadikan mereka lelaki yang lebih baik juga... Aku tidak mahu mereka yang mengerling ke arahku tersasar daripada perasaan yang tidak sepatutnya... 


Aku hanya mahu lelaki yang berani... Bukan berani memandangku tetapi berani untuk berjumpa emak dan ayahku melamar aku... 


Aku bersyukur kerana telah diajar sejak kecil oleh abang-abangku untuk menjaga diriku... 


Abang-abangku sangat tegas dan garang dalam hal yang berkaitan dengan lelaki.. Mungkin kerana mereka ialah lelaki... Mereka tahu apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan.. 


Aku ingat lagi kata-kata yang pernah keluar dari mulut abang-abangku ketika aku masih belajar... Walaupun aku tahu ada antara situasi ini yang pernah mereka lakukan, aku turutkan sahaja.. 


Kerana prinsip yang diajar oleh guruku, jangan lihat siapa yang beri nasihat, tapi lihatlah apa yang dinasihatinya.. Sekiranya baik, ambillah...

"Jangan pernah bawa lelaki balik ke rumah walaupun sekadar kawan..."
"Kalau abang nampak engkau keluar dengan lelaki, atau kawan-kawan abang mengadu nampak engkau keluar dengan lelaki, siaplah...."
"Jangan nak bercinta, pegang-pegang tangan... Macam budak depan ni..."
"Jangan bonceng motosikal dengan lelaki... Ingat pesan abang..."
"Belajar yang penting, bukan bercinta...  Kalau setakat bersms, telefon, ajak jumpa selalu.. Lupakanlah.... Lelaki yang berani sahaja akan jadikan engkau isteri... Masa tu dah jadi suami isteri, nak bercinta sakan, bercintalah.. Bercinta tengah belajar, merosakkan adalah....."

Banyak sungguh nasihat abang-abang aku sampai suatu tahap aku mahu melupakan nasihat mereka.. 


Aku mahu bercinta... Ya, aku mahu dikasihi, dicintai, berkongsi hal yang aku lakukan setiap hari.... 


Dan aku juga mahukan hadiah harijadi daripada si dia yang istimewa... Hadiah patung beruang comel yang besar yang sentiasa aku dambakan... Kerana aku perempuan, dan aku sukakan yang comel.. Dan apabila memeluknya di malam hari membuatkan diri menyedari ada sang kekasih yang sedang merindui.. 


Sungguh kelakar, kerana sehingga hari ini aku tidak pernah memperolehnya... Kerana aku masih teringat ingat akan amaran abang-abangku... Cukuplah aku memeluk patung beruang yang comel di pasaraya  sekadar untuk memenuhi tuntutan jiwaku... 


Masa berlalu dengan pantas... Dan aku masih berusaha menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun langkahku pernah tersasar juga...  


Ya, kerana aku sedang berusaha... Menyebabkan langkahku hampir tersasar dalam mencari si dia... Aku tertanya tanya adakah dia sekarang ini jauh daripadaku, atau dekat denganku... 


Sekarang aku masih berusaha mencari... Cuma aku tidak tahu cara manakah yang perlu aku lakukan... Aku takut tersalah lagi... Dan kerana itu, aku masih lagi sendiri walaupun umurku sudah menginjak 25 tahun... 


Walaupun begitu, aku masih positif dan optimis dalam pencarianku dengan berdoa padaNYA... 


Semestinya impianku tidak lagi  berpaksikan untuk memiliki patung beruang besar yang comel, tetapi cita-cita ku ingin menggapai cinta yang direhaiNYA iaitu cinta suamiku agar aku menemui cinta Allah yang Satu.... 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diriku... Moga suatu hari nanti aku ketemu juga dengan jodohku... InsyaAllah....


Walau siapapun jodohku, hanya dia yang layak untuk cintaku yang sememangnya BUKAN CINTA BIASA... 




~PereMpUan yaNg bUkan BiaSa-BiaSa~



Friday 24 February 2012

Dialog Dengan Orang Bercinta

Aku bosan. Entah apalah sampahnya tulisan cinta sesetengah orang. Tidak berpijak pada realiti. Bermain kata untuk menyedapkan hati. Ada kawanku, bersungguh-sungguh mempercayai tulisan-tulisan berbunga seperti itu. Dia tidak bercinta, seperti aku. Apa yang dia tahu?
Jadi, engkau sedang bercinta?
Ya. Dan cintaku tidak hipokrit. Antara aku dan dia, tiada siapa yang boleh memisahkan. Hati kami telah bertaut rapat, sekian lama. (Tersenyum, dengan hati berbunga-bunga)
Engkau tidak takut dengan bahayanya cinta? Sudah ramai teman-teman hawamu rosak sebelum masanya. Semuanya kerana cinta.
Oh come on lah. Inilah jenis orang yang membaca pelbagai tulisan sampah tentang cinta. Bertazkirah cinta, konon! Tidak lebih sekadar hipokrasi dan prejudis semata-mata. Perempuan-perempuan yang rosak itu, mereka tidak tahu makna cinta, faham?
Jadi, engkau tahu makna cinta?
(Tergelak) Sudah tentulah aku tahu, tapi aku tak pandai mengungkapkan dengan kata-kata. Tapi aku suka dengar banyak lagu yang sangat hebat mentafsirkan gelora jiwaku saban waktu dan ketika. Ah, ia suatu perasaan yang sangat hebat, sukar dijelaskan, tapi ada. (Tersenyum panjang).
Adakah engkau maksudkan cinta itu sekadar satu perasaan? Umpama seorang yang sering terbang ke awanan?
Ya. Lebih kurang begitulah. Tapi cinta itu suci. Cinta itu bersih. Aku dan kekasihku sangat memahami dan menjiwainya. Cinta kami tiada anasir kotor. Jangan engkau fikir aku seperti perempuan-perempuan yang engkau maksudkan. Meskipun kami seringkali berdua ke mana sahaja, tetapi kami tahu menjaga batas. Kami masih ada agama. (Wajahnya sungguh yakin).
( Giliran aku tersenyum ) Betul, engkau dan dia memang manusia baik. Tidak rugi aku berbicara dengan manusia yang baik dan punyai hati yang baik. Begitu juga dengan kekasih engkau, juga manusia yang baik.
Habis, masihkah engkau mahu berkata itu dan ini, konon mahu mengajar aku cara bercinta?
Iya. Kerana engkau dan dia adalah manusia baik, maka aku lantunkan kalimah-kalimah ini ke telingamu. Manusia baik, punya pendengaran yang baik, dan kata-kata yang baik, insyaAllah juga akan masuk ke dalam hati yang baik.
Aku tak faham.
Hm. Izinkan aku bertanya. Apa beza hidupmu sebelum dan selepas engkau dan dia bercinta?
Sudah tentu banyak bezanya. Sebelum itu, hidup aku hanya dengan pelajaran dan keluarga. Ibu dan ayah. Tapi kini, aku rasakan hidup aku lebih banyak warna. Semuanya kerana kehadiran dia. Wajahnya, kata-katanya, gurauannya, sentuhan tangannya, semua membuatkan aku rasa dunia ini sungguh bahagia (Senyum).
Engkau mahu cintamu bertahan sampai bila?
Sampai ke Syurga! Jangan engkau silap menilai diriku. Salah satu impianku adalah menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali kepada anak-anakku nanti. Dan aku bersyukur, dikurniakan kekasih yang punya ciri-ciri bakal suami dan bakal bapa yang cukup baik.
Alhamdulillah. Aku tumpang bergembira dengan impianmu itu. Tapi aku sekadar mahu pastikan, adakah engkau tahu semua impian itu perlu kepada proses pembinaan?
Aku tahu.
Dan, proses pembinaan itu bermula sebelum berkahwin lagi?
Tahu. Kerna itu aku tidak tinggal solat. Kadang-kadang ketika kami berjumpa, kami bincang tentang masa depan.
Engkau punya musuh?
Tidak. Aku bukan seorang yang gemar bermusuh. Dia juga begitu. Mengapa begitu ganjil soalan engkau?
( Senyum ) Benarlah engkau dan dia manusia baik. Tetapi ada satu musuh yang ingin aku perkenalkan, dan engkau perlu terima hakikat bahawa dia adalah musuh. Namanya Syaitan. Surat perjanjiannya dengan Tuhan untuk menyesatkan keturunan Adam masih tersimpan kemas dalam Al-Quran. Dan engkau, setiap kali bertemu dengan kekasih engkau, Syaitan itu akan ikut bersama.
Mana engkau tahu?
Nabi kita, Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang khabarkan. Katanya, tidak berdua-duaan mana-mana lelaki dan perempuan yang bukan mahram, melainkan Syaitan adalah yang ketiga. Engkau tidak nampak Syaitan, tapi dia ada. Engkau percaya dengan kata-kata Nabi kita, bukan?
( Terdiam )
Oklah. Biarkan dulu tentang itu. Berbalik tentang cinta. Engkau benar-benar sayangkan kekasih engkau?
Of course aku sayang. Bahkan setiap hari, sayangku bertambah-tambah. Kerna itu aku benci bila ada orang melarangku dari perasaan ini.
( Senyum ). Aku juga fikir mereka tidak patut melarang engkau dari perasaan itu. InsyaAllah aku tidak akan larang. Tetapi aku mahu bertanya, adakah boleh dikatakan seseorang itu benar-benar sayang jika dia tergamak mencampakkan kekasihnya ke dalam salah satu gaung dari gaung-gaung neraka?
Ngeri betul aku dengar. Kan sayang itu ertinya memiliki, kenapa pula mahu dicampak-campak.
Engkau mungkin tidak mencampak kekasihmu ke dalam neraka, tetapi engkau sedang menghantarnya ke pintu neraka tanpa engkau sedar.
Pardon?
Adakah engkau biarkan tanganmu disentuh oleh semua lelaki?
Tidak, hanya dia.
Sebabnya, engkau yakin dengan kuasa cinta, bukan? Engkau percaya sentuhan itu adalah kerana cinta, bukan nafsu bukan?
( Mengangguk )
Tetapi hakikatnya, sentuhan itu mendatangkan ransangan pada lelaki. Aku yakin engkau tahu fakta tersebut. Sama sahaja dengan perasaan cinta ataupun tidak. Syaitan tidak pernah leka dari kerjanya. Engkau boleh mengakui perkara ini dengan kejujuranmu.
( Terdiam )
Apabila engkau membiarkan dia menyentuh tanganmu, maka berlakulah dosa. Semakin kerap engkau berdua-duaan, semakin banyak menabung dosa. Akhirnya, engkau seolah membantu dia untuk terjun ke neraka.
( Mengeluh ) Dia pernah timbulkan tentang itu. Tetapi aku elakkan dari bercakap tentang itu. Aku katakan, itu normal bagi mereka yang bercinta.
Di barat, normal saja tidur sekatil dalam tempoh bercinta.
Itu keterlaluan. Kita masih ada agama. Itu tidak normal dalam masyarakat kita.
Itu silapnya engkau meletakkan sempadan normal pada lokaliti. Barat berpendapat tidur sekatil itu normal, engkau berpendapat pegang tangan itu normal. Sedangkan Al-Quran dan Hadith mengatakan kedua-duanya tidak normal, dengan hujah dan alasan yang lebih kukuh. Mana yang mahu engkau ikut?
( Terdiam )
Engkau katakan cinta itu suci dan bersih. Tetapi aku lihat, ia berkalut dengan kezaliman.
Siapa yang zalim?
Zalim itu bukan hanya membunuh atau menyakiti seseorang. Tetapi juga dikira zalim apabila engkau membiarkan dia bertarung dengan keimanannya setiap kali engkau dan dia berjumpa. Engkau tahu kan, iman manusia ada naik turunnya? Adakah engkau kira dia selama-lamanya mampu menahan nafsunya setiap kali bersentuhan dan berduaan? Dan kiranya dia kalah, engkau juga dikira zalim kerana membantunya untuk kalah.
Tapi, aku sangat mencintainya.
Sudah aku katakan, aku tidak menghalang perasaanmu. Tetapi aku mahu mengajakmu masuk ke dalam zon yang selamat. Tinggalkan zon merbahaya yang sedang engkau dan dia duduki sekarang.
Bagaimana caranya?
Segerakan berkahwin. Itu bukti cinta sejati.
Mudahnya engkau membuat kesimpulan. Apakah cinta itu hanya terbukti dengan berkahwin?
Iya. Cuba engkau fikirkan. Cinta sejati tentulah mahu memiliki sampai mati, bukan? Dan tidak ada ikatan lain yang boleh menghalang orang lain dari memiliki apa yang dia miliki, melainkan dengan perkahwinan. Kalau dah jadi isteri, tiada siapa boleh sunting perempuan itu lagi. Itu kan bukti sebenar memiliki?
( Termenung panjang )
Seseorang yang berdegar-degar bercakap tentang cinta sejati tetapi langsung tidak mahu menyentuh bab perkahwinan secara serius, dialah sebenarnya manusia yang paling hipokrit. Justeru itu, muncul tulisan-tulisan cinta yang engkau ibaratkan sebagai sampah. Namun sampah itulah yang banyak menyedarkan kaummu duhai hawa.
Aku tak sanggup kehilangan dia, tetapi aku juga berbelah bagi dengan apa yang kami lakukan.
Cinta itu suci, engkau cuma perlu kembalikan kedudukan itu ke tempatnya yang sebenar. Jangan kau cemari dengan perilaku maksiat. Perasaanmu, tiada siapa yang halang. Tetapi awasi apa yang engkau dan dia buat, kerana setiap satu kesilapan boleh menghancurkan kebahagiaanmu di masa hadapan.
Nantilah aku fikirkan. Anyway, hidayah milik Allah kan?
Yup. Hidayah itu milik Allah, tetapi kita sebagai manusia kenalah berusaha untuk mendapatkan hidayah tersebut :)

Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads