Tuesday 31 July 2012

::Nukilan Si Gadis::


Kawan pemuda itu pernah cuba menyampaikan...
Menerangkan kenapa mata si pemuda selalu melirik kepada si gadis itu..
Menerangkan rahsia senyuman pemuda itu tatkala terserempak dengan si gadis...
Sehingga cuba mendapatkan cerita yang cuba dikemas simpan dalam hati..

Si gadis cuba menjauhkan diri..
Bukan mahu menafikan dan bukannya menjual mahal..
Tetapi tidak senang dengan kelakuan si pemuda...
Mata melirik ke arah si gadis itu, tetapi mendekati gadis-gadis yang lain...

Ya, kerana si gadis bukannya sebarangan perempuan yang mudah didekati...
Dibawa ke sana ke mari...
Sehingga berpagi pagi...


Pemuda itu telah menggunakan teori yang salah...
Teori berkenalan dengan ramai gadis dan kemudiannya mahu menjadikan isteri di kalangan mereka...
Logik akal dan hati mana yang dia cuba praktikkan...

Bukankah dia tidak tahu dia telah menyebabkan kawan si gadis memendam rasa, mengalirkan air mata...
Perkenalan yang rancak, disusuli bait-bait pemanis kata...
Rupanya kawan si gadis hanya dianggap sebagai pengisi kesunyian dan kawan semata-mata...

Pemuda,
Gadis mana yang kamu inginkan?
Adakah gadis yang mudah ditakluki hatinya oleh ramai pemuda...
Adakah gadis yang sentiasa bermanja dan mudah bermesra dengan pemuda yang lain...
Adakah gadis yang mudah diusung ke sana ke mari oleh kamu atas dasar teman...
Sehingga berpagi pagian...
Adakah gadis yang sentiasa melayan mesej pemuda yang lain di laman sosialnya..
Hanya kerana semua pemuda kenalannya diistilahkan sebagai kawan dan teman...

Kalau itu yang kamu cari,
Kamu bukan mencari si gadis itu...


Dan si gadis itu tetap setia sebagai pemerhati..
Selangkah si pemuda rapat kepadanya, beribu langkah dia menjauhkan diri...
Mungkin kerana gelagat si pemuda selalu di depan matanya...
Menyebabkan si gadis muak untuk mendekatinya, apatah lagi menerimanya..

Namun sampai bila si gadis perlu melarikan diri...

Tatkala si pemuda berusaha mendapatkannya..
Usaha dengan cuba menjadi yang terbaik..
Usaha memenuhi syarat-syarat si gadis...

Maaf..
Syarat itu bukan untuk kamu...
Walau kamu menawarkan harta dan kemewahan kamu...
Walau kamu seakan akan sudah menyesali perbuatanmu...

Maaf..
Bukan peluang si gadis yang kamu perlukan sebenarnya...
Tetapi peluang yang satu lagi...
Peluang untuk kamu membaiki kesilapan kepada kawan si gadis...

Maaf..
Si gadis bukan mencari sang 'buaya'...
Tetapi bapa kepada anak-anaknya...
Peneman setia disisinya..
Sehingga ke SYURGA-NYA...

:: NuKiLaN Si GaDiS ::


2 comments:

  1. Salam,adakah cik mimi da jumpe pemuda tu...

    ReplyDelete
  2. Salam En.Walnut..

    Setakat ni, soalan yang takde jawapan.. Saya akan jawab bila saya dan pemuda tu dah diijabkabulkan.. Emm, boleh terima tak jawapan saya ni? =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads