Tuesday 29 May 2012

::TiNta di aWaL paGi::

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama rasanya tak menulis di blog.... Alang2 tak tido lagi ni, rasanya baik menulis kan.. Sepatutnya kena study dan siapkan assignment.. Tapi tahu-tahu jelah bila penyakit 'M' tu melanda...

Emm, bila tengok FB, kecoh pasal Sejuta Belia... Sebab terdapatnya pertunjukan KPOP dan lain-lain... Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab tak menjejakkan kaki pun ke Putrajaya semasa Sejuta Belia berlangsung.. Ikutkan ada juga pengisian yang lain, yang menjurus kepada Islam itu sendiri tapi pengisian yang 'entah apa-apa' lagi banyak... 

Manusia, fitrahnya suka kepada kebaikan dan sememangnya sentiasa mencari kebenaran... Kita hidup di dunia ni sebab apa??? Bukankah Allah berfirman dalam al- Quran (Surah Adzaariyat: ayat 56), "Dan Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan supaya mereka menyembahKu"... Lihat, dah terang-terang Allah bagitahu kita semua dalam Al-Quran... Allah suruh kita beribadah kepadaNya, bukan mengikut tingkah laku syaitan yang sememangnya sukakan hiburan...

Tepuk dada, tanya iman.. Selalulah mendekatkan diri kita pada al-Quran... Baca, dan fahami maksud ayat-ayat Allah.. Beli tafsir al-Quran, tak mahal mana pun.. Dekatkan diri kita pada orang-orang Soleh.. Berusaha mencari hidayah Allah... 


Kita sebagai manusia, iaitu hamba Allah memang tak sempurna... Bila buat salah atau dosa, kita menyesal.. Dan kadang2 kita buat lagi..  Tapi Allah Maha Pengampun... PengampunanNYA Maha Luas... Kuatkan hati, kuatkan iman kita... Bersabarlah dengan dugaan... Hidup di dunia ni sementara je.. Yang kekal adalah di akhirat sana... Entah esok, entah lusa kita akan menghadapNya.. Kita pun tidak tahu.. Tapi yang kita tahu dan kita pasti, semua yang hidup pasti akan mati... 

Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan Allah dalam iman.. AMinn... 

Pesanan tuan punya blog, carilah makanan yang Halal, rezeki yang Halal, kehidupan yang Halal. dan juga hubungan yang Halal.... 

Cinta itu anugerah Allah.. Sangat suci.. Jangan jadikan cinta itu fitnah... Cinta juga berkait dengan jodoh... Serahkan pada Allah... Bersyukurlah sekiranya orang yang kita cinta itu memang ditakdirkan untuk kita.. Namun sekiranya dia bukan untuk kita, jangan bersedih.. Bersyukurlah kerana Allah telah merencanakan yang terbaik buat diri kita.... 

~ ALLAH KNOWS WHAT IS BEST FOR US ~


5 comments:

  1. "Emm, bila tengok FB, kecoh pasal Sejuta Belia... Sebab terdapatnya pertunjukan KPOP dan lain-lain... Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab tak menjejakkan kaki pun ke Putrajaya semasa Sejuta Belia berlangsung"

    Saya rasa awak da terlanjur menjadikan FB medium fitnah ni.
    As Salam Cik Mimi, Maaf, Awak tak hadir Himpunan Belia Putrajaya dan juga mungkin Himpun Sejuta Umat Bulan 10/2011 di Shah Alam, mana adil untuk awak menjustifikasikan pendapat dania menjadi kata kunci carian di Internet sedangkan awak tak rujuk nisbah 500 aktiviti, 38 Segmen yang ada.

    Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/114-beli-belia/9799-himpunan-sejuta-belia.html
    http://www.hbn.gov.my/

    Agak keterlaluan apabila pendapat lemah cik mimi dan ketidakhadiran di lokasi sebenar tetapi disokong oleh petikan Al-Quran. Moga ia menjadi iktibar kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Maaf

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam En.Walnut..

    Saya tidak menidakkan acara-acara lain yang bermanfaat yang berlangsung di himpunan sejuta belia.. Banyak booth yang dibuka untuk menambah pengetahuan hadirin...

    Saya cuma tidak bersetuju apabila belia kita selalu disogokkan dengan hiburan.. Terlalu banyak.. Dan selalunya hiburan itu memberi impak yg sgt besar pada mereka...

    Dan lagi satu, saya tidak menjadikan FB sbg medium fitnah.. Harap maklum..

    ReplyDelete
  3. maksudyer cik mimi kerap setuju pendapat dan cite fb org lain.
    K-Pop tu kerjasama belia dan kedutaan Korea.

    Seperti risikonya internet di tangan kita, bergantung pd ape kita nak search tu.Sy pun ada mlm tu tp sy tonton games tomoi je.

    Dan sy rasa tak manis kt nak share pengetahuan am, kita mulakan perenggan awal seolah2 kt bagus dan org lain keterlaluan. cik mimi kena dtg setiap senario tu dgn hati lapang. dekati belia dgn cara mereka, bukan cara kite.

    cik mimi pnh terlibat sukarelawn HIV? mcm mane cik mimi dkati mereka 1 jam pertama, insyaallah mcm 1 tahun cik mimi hargai mrk. Mereka ni akan respek kt ckp bersabar, Qada Tuhan dll jika kita juga senasib mcm mereka.Tak semua mangsa ni akur dgn petikan Al-Quran jika da hilang pertimbangan. Pastu kt dtg mcm ustaz segera.kalau ckp dr belakng tabir ujung sana, adkh ia jd kebaikan?

    Nasihat utk sy dn awak jg,berkata-kata, menulis,menilai, menjustifikasikan keadaan pd semua belia yg hadir ibarat kita pukul sama rata semua mcm tu(sogokan hiburan), kecuali kita diplomasi,sm2 blaja,sm2 berganding bahu,sm2 menyampai, sm2 memujuk, bg cadangan,bg timbal balik yg bernas, pendekatan natural bhw ade mereka yg lg berilmu dunia akhirat hadir mjlis tu, baru kt rasa kecil nk menulis sesuatu entry di blog.

    Harap maklum

    ReplyDelete
  4. Kalau En.Walnut ada informasi berkenaan sukarelawan HIV tu atau apa sahaja, bolehlahh share dengan saya... Mungkin ada laman web yang boleh saya refer...

    En.Walnut, siapa yang tak pernah susah, tak pernah ditimpa kesedihan atau musibah.. Even saya, awak dan sesiapa je pun tak terlepas... Penggunaan ayat al-Quran bukanlah tiket untuk kita menjadi ustaz@ustazah segera... Tapi sbg perkongsian kpd mereka... Apa hikmahnya sabar dll... Untuk kita sampaikan ayat-ayat iaitu firman Allah untuk memujuk, dan 'guidance' kepada hambaNYA...

    Saya manusia biasa, sering melakukan silap, dan saya bukannya bagus pun... Saya cuma tidak puas hati sebab dah selalu sgt program-program berkaitan belia dan remaja menggunakan hiburan.. Mesti awak pun perasan kan...

    Saya minta maaf.. Salah saya... Tulisan saya terlalu umum.. Seolah olah menghukum semua sekali.. Sebenarnya,saya memang tidak layak pun untuk menghukum sesiapa pun... Sangat tidak layak...

    Terima kasih En.Walnut atas ingatan... =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah, sm2 la kita saling menegur. kita sebenarnya beruntung hingga saat ni masih ditemani ibu bapa dan keluarga-mereka la yg sebenarnya hero kita.

    belia yg kehilangan hero dr kecl,tak semestinye lalai dlm idup,mereka ni da terpakse jd hero saat melihat wjh ibu bapa mereka kali terakhir.cume jd hero baik @tak je.sy pun xsehebat hero2 mcm ni sbb tu sy lbh cenderung jd org yg tak tahu apa drpd amik risky jd serba tahu.

    Rujuk http://akuhivpositif.blogspot.com/ utk mula blaja jd hero hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads